bab 12

168 3 0
                                    

Aku menyandarkan badan ke kepala katil kemudian melepaskan keluhan berat. Kata-kata mak terngiang di kepalaku.

"Mak nak tanya kenapa dengan kaki kau ni!" Tempik mak dengan kuat tatkala melihat kakiku yang berbalut sebaik saja aku masuk ke dalam rumah. Aku menelan liur. Sudah lama aku tidak melihat wajah mak seperti sekarang. Aku lantas meletakkan beg bajuku ke sofa dan menghampiri mak yang masih tercegat.

Sepanjang aku melibatkan diri dalam silat, aku menyembunyikan hal ini dari pengetahuan mak. Mak masih fobia selepas abang aku meninggal dunia beberapa tahun yang lalu. Abang antara orang yang memperkenalkan aku dalam dunia persilatan, minatnya dan sikapnya sama denganku.  Namun malang tidak berbau apabila abang ditikam dengan keris semasa sesi latihan, dan sekaligus meragut nyawanya.

Sejak itu mak melarang apa saja berkait dengan silat dalam keluargaku. Abah turut tidak mampu melarang tindakan mak, kerana abah faham mak bersikap begitu disebabkan dia tidak mahu pisang berbuah dua kali.

" mak..qaseh jatuh tangga je. Kem memang lasak sikit. Lagipun kaki qaseh terseliuh, bukan patah." Lantas aku memaut bahu mak dan mengusap lengannya. Hati seorang ibu..aku tak mengerti tapi kesedihannya dapat aku rasai. Dia tampak kuat hakikatnya dia menyimpan rindu teramat dalam pada anaknya.

Mak mencerunkan pandangannya. " betul ni? Qaseh tak tipu mak?"

" be..betullah mak...dah lah penat ni. Mak marah pula. Qaseh lapar tau balik dari kem." Bohongku.

" ingat ya qaseh..mak tak nak apa yang jadi pada arwah along jadi pada qaseh. Cukup mak hilang seorang nyawa mak. Mak tak nak hilang qaseh. Anak-anak mak nyawa mak." Pesan mak. Nadanya agak bergetar, matanya kelihatan mula berkaca.

Aku meraih senyuman dan mengangguk.

" qaseh takkan tinggalkan mak. Mak jangan risau ye. Dah senyum. Nanti berkedut kalau asyik sedih je. Abah pun lari tau!" Selorohku. Serentak itu mak mencubit lenganku. Mak terlihat cuba menyembunyi senyumannya.

" ha macam nilah mak qaseh. Dok muncung buat apa." Gurauku lagi. Akhirnya terbit senyuman manis dibibir mak selepas bermuram durja buat seketika.

***

Imbasan wajah mak hilang dari benak, kini wajah abang haikal pula singgah dalam kotak ingatan. Entah apa yang dia sedang buat. Sudah seminggu lebih dia tidak menghubungiku. Hanya pesanan ringkas ditinggalkan olehnya, namun ketika aku membalas pesanan ringkasnya tiada respon yang aku terima.

Assalamualaikum. Abang minta maaf abang tak dapat tengok pertandingan qaseh dengan rafael. Abang dengar qaseh cedera? Get well soon sis. Abang postpone dulu dinner yg abg jnji tu smpai qaseh smbuh ye. Abg tak blh lme, ad urusan sikit. So qaseh make sure get rest and focus on ur study okay? Bye my beloved sis. ^^

Aku mendengus. Hish..kalau aku tak terseliuh mesti aku dah dapat makan malam dengan jejaka idaman aku itu. Perasaan rinduku padanya semakin menebal, tambahan aku jarang melihatnya disekolah.

Bip!bip!

Pesanan whatsapps masuk, mengejutkankun dari lamunan. Siapa pula malam-malam mesej aku ni.

Rafael?

Rafael: Tidur dah ke?

Liurku ditelan. Jarang aku terima pesanan dari dia guna ayat yang sopan.

Aku : Belum. Ada apa?
Rafael: kau cuti lagi ke esok?
Aku: aku sekolah. Kau nak suruh aku beli apa-apa ke?

Akadku buatmuWhere stories live. Discover now