bab 21

149 3 0
                                    

Aku membuka pagar rumah dengan laju tatkala teruja melihat lori kerja abah terparkir di depan rumah. Lebar senyuman ku ukir di bibirku.

"Assalamualaikum!!!" Laungku kegirangan, menjangkakan abah akan menyambut kepulanganku.

Sunyi.

Perasaan aneh menyerbu diriku, lantas aku melewati ambang pintu rumah yang terkuak luas itu. Anak mataku terus terpaku pada ruang tamu.

Senyuman di bibirku spontan hilang. Suasana rumahku sunyi walaupun kelihatan mak, abah, dan...kak airin?kehadiranku seakan tidak disedari oleh mereka. Hampa menjentik perasaanku apabila terasa diabaikan.

Abah menoleh kemudian menggamitku untuk duduk bersama.

Lantas daun pintu ditutup cermat memandangkan waktu sudah menjelang magrib.

" err kenapa senyap ni?" Soalku sambil melabuhkan punggung di sebelah kak Airin.

Wajah mak dipandang. Masam mencuka. Semakin aneh. Tiada seorang pun kelihatan mahu membuka mulut.

" macam mana exam tadi?" Abah membuka bicara.

" okay je. Nasib semua topik ramalan masuk."

" alhamdulillah. Baguslah macam tu. Qaseh dah makan belum?"

" dah. Qaseh makan dengan Lela. Ni akak bila balik?" Soalanku beralih pada kak airin disebelah.

Kak airin menundukkan wajahnya. Lebih tepat dia sedang melarikan wajahnya dari terlihat. Semakin aneh aku melihat sikap akak kesayanganku ini.

" akak sampai tengah hari tadi." Balasnya namun tidak memandangku. Aku mengerutkan dahi.

Eh selalunya kak airin seorang yang ceria dan kuat berceloteh macam mak, tapi kali ini jadi seorang yang berat mulut pula?

" hish! Geram betul saya dengan jantan tak guna tu! Dia ingat anak saya ni apa? Patung?!"

Suara mak serupa halilintar itu mengejutkan aku, hingga terangkat punggungku dari tempat duduk. Terpinga-pinga aku melihat wajah berang wanita disebelah abah itu,memandangkan aku tidak tahu hujung pangkal cerita.

" dah la tu..."

" abang cakap dah?! Ni abang tengok!" Sembari dagu kak airin ditolak keras memaksa dia mengangkat wajahnya. Serentak itu juga terserlah lebam pada mata  dan dahinya. 

Kelihatan abah menutupkan matanya, sebelum melepaskan keluhan berat. Dia turut tidak sanggup melihat kecederaan pada wajah anak perempuannya itu. Bahu kak airin mula terhenjut-henjut, esakan kecil kedengaran. Deras air matanya membasahi pipi.

" kak. Siapa buat akak macam ni." Aku memegang lengan kak airin yang kurus itu.

" siapa lagi kalau bukan abang ipar kesayangan qaseh tu! Bukan main dulu datang merayu-rayu nak kawin dengan anak kita. Dah dapat? Buang macam sampah! Tak boleh jadi memang nak report polis!" Rengus mak. Emosinya begitu berkecamuk dan begitu jelas terlukis pada wajahnya yang kian menua.

" sabar...jangan bertindak melulu..ini hal rumahtangga airin. Kita tak boleh tentukan keputusan. Jadi apa-apa nanti nak jawab?"

Mak terus menarik muncung panjang. Abah pula menggeleng-geleng kepalanya lemah.

"Dah lah. Qaseh bawak kakak masuk bilik. Biar dia rehat."

Aku sekadar mengangguk faham, bukan masa yang tepat untuk aku menyampuk.

"Airin jangan fikir banyak, buat masa ni airin rehat dan fikir jalan terbaik untuk selesaikan masalah keluarga airin. "Nasihat abah. Kak airin  kemudiannya mengangguk lemah.

Hari ini abah yang kebiasaannya seorang pendiam, menjadi seorang yang banyak cakap, malah mak turut kalah berdebat dengan abah. Seraya aku membantu kak airin untuk bangun dan membawanya ke bilikku.

***

"Noah dengan mikael mana kak?" Soalku sambil menanggalkan tudung sekolahku dan dicampak ke dalam bakul baju kotor. Rambutku yang sudah serabai, kurapikan semula ikatannya.

"Ada kat bilik akak. Tengah tidur...maaf ye..akak menyusahkan qaseh pula."  Kak airin tersenyum tipis. Seraya aku menghembus nafas berat.

Aku melangkah ke katil kemudian menghenyak punggungku disebelahnya. Wajah sugulnya kutatap penuh kasih.

" jangan cakap macam tu..qaseh suka akak balik sini. Dah lama sangat kita tak borak macam ni kan lepas akak kahwin.takkan ada perkataan menyusahkan bagi adik beradik. Selama mana akak perlukan kami semua, selagi itu kami akan bantu akak.."

" terima kasih..akak bangga ada adik macam qaseh. Selalu berkorban untuk orang lain. Kadang-kadang akak malu dengan diri akak. Akak lansung tak matang. Akak tak fikir lansung perasaan mak dan abah. Bila dah kena macam ni barulah akak menyesal.." lirih suaranya. Dapat kurasakan keperitan dalam tatapan mata beningnya.

" apa akak macam ni..mak dengan abah sayang akak sangat. Dan qaseh tahu akak pun sayang dengan mak dan abah. Kalau tak kenapa akak sanggup terima pinangan mak ngah. Walaupun akak baru nak bina kerjaya akak..kat sini tak ada sesiapa yang salah.." aku berjeda sebentar mengambil nafas.

" akak...kalau akak tak nak cerita pun, qaseh faham. Qaseh takkan paksa akak. Qaseh pun macam abah, qaseh takkan campur urusan akak..cuma qaseh sedih tengok keadaan akak sekarang.  Qaseh pun macam tak percaya yang abang Zarif buat akak macam tu..." rungutku menyuarakan rasa tidak puas hati.

Kak airin menyeka air matanya.

" akak tak sampai hati nak beritahu mak dengan abah pasal ni...dan akak pun tak nak jadi isteri derhaka. Akak tak sanggup nak buka aib abang zarif nanti perburuk hubungan keluarga kita dengan keluarga mak ngah.."

Aku mengangguk sambil mengusap lembut belakang badannya.

" apa punca suami akak macam tu?"

Kak airin melarikan pandangannya, mulut diketap kuat. Semakin deras air matanya mengalir. Pertanyaanku dibiarkan, barangkali terlalu sukar untuk diluahkan. Tatkala esakannya semakin kuat, lantas aku membawa tubuh kecilnya ke dalam dakapanku.

" its okay kak..everything will be fine..." tuturku, cuba menenangkannya.

Pada malam itu, kak airin hanya mampu menangis. Mulutnya seakan dikunci. Tiada sepatah kata pun meniti dibibirnya. Berat benar dugaan yang ditanggung oleh kakakku, andai aku berada di tempatnya mampukah aku?

Melihat dirinya, serta merta diriku fobia untuk bercinta dan berkahwin. Kepercayaan dan kasih sayang yang bakal terhakis bersama lanjutnya usia perhubungan. Lantaran itu apa yang tinggal? Tanggungjawab? Meneruskan hubungan tanpa dibumbui rasa cinta adalah mimpi ngeri buatku.

Dalam bab ni baru keluar abah and akak dia kan.hehehe. tak mau bg panjang, satgi hampa bosan. ^^
















Akadku buatmuWhere stories live. Discover now