Bab 32

260 5 1
                                    

Hujan renyai-renyai membasahi jalan raya di kota metropolitan ini. Ramai yang berlari mencari tempat berteduh. Ada yang berpayung dan ada juga yang meredahi titisan air dari perut awan itu.

Cuti sakit masih berbaki sehari saja lagi. Bila dihitung sudah 4 hari aku bercuti. Tiada panggilan dari Rafael sejak soalan cepumas itu diberikan kepadaku. Walaupun rasa ingin tahuku sudah membuak-buak. Namun apakan daya kalau empunya badan turut membisu seribu bahasa. Terima aja takdirnya. Gitew.

Aku menghirup air jus oren menggunakan straw sambil meliar mencari kelibat faizal.

Hari ini aku nak pulangkan semula cincin yang diberi oleh faizal tempoh hari. Nak tak nak aku kena hadapi semua ni. Biarlah hubungan persahabatan yang dibina runtuh,sudah memadai bagiku melihat keluarga Faizal bahagia.

Tiba-tiba kedengaran suara menegurku, menghentikan pencarianku. Spontan aku menoleh. Faizal sedang berdiri di tepi meja sambil tersenyum.

" Berkerut muka..marah sangat ke tu? Sorry late."

Sosok faizal lantas melabuhkan punggungnya di depanku. T shirt brwarna biru tua yang sering dipkai ketika melawat tapak nmpak sedikit basah. Ah mungkin dia parkir agak jauh.

" Its okay..aku dah order air untuk kau. Americano kan?" Tekaku sambil menolak cawan kopi yang telah aku pesan lebih awal. Jimat masa.

Dia tersenyum lalu mencapai cawan tersebut. Raut wajahnya nampak dia sedang keletihan. Terbit simpatiku terhadapnya, bebannya terlalu banyak, hingga aku tak tahu bagaimana hendak menghulurkan bantuan buatnya.

" Thanks..ingat juga kau ye pada selera aku. Sorry sangat. Aku tak sempat call kau 2 3 hari ni. Banyak urusan aku kena selesaikan. Pinggang kau macam mna? Dah okay? Tak apa ke keluar jalan-jalan? " Dia menyuarakan kegusarannya. Tercuit sedikit kegembiraanku apabila Faizal menunjukkan dia masih mengambil berat. Tapi sayang, aku tak mampu terbuai lama, realiti terlalu pahit menekan benakku untuk teguh berpijak di dunia nyata.

" Dah okay. Jangan risaulah.. Aku faham kerja kau.. tapi kau nampak kurus. Banyak sangat ke kerja bos kau bagi? " suaraku semakin perlahan. Entahlah mungkin aku sedang menelan hakikat faizal bakal jauh dari aku.

" biasalah...by the way..Are you okay? Muka kau nampak pucat."

Ketara sangat agaknya,pipiku disentuh dengan tapak tangan kanan. Sejuk wajahku, mungkin disebabkan penghawa dingin.

" Okay je. Kau tu yang tak nampak okay. Badan kau susut. Kau tak jaga makan ke faizal?"

" Erm...penat sikit. Banyak masalah kat tempat kerja..kejap itu kejap ini. Sampai tak menang tangan.." omelnya sambil tangannya mengacau perlahan kopi americanonya.

Walaupun mulutnya mengomel, matanya yang redup itu memandang sepi air yang dikacau. Pandangan mata tak pernah menipu. Itulah yang sering abah katakan padaku.nilailah kejujuran orang melalui tatap mata. Dia muram tak seperti Faizal yang aku kenal selama ini.

Aku menarik nafas, cuba untuk brtenang.

" By the way apa yang kau cerita kat aku hari tu? Nampak macam penting sangat." 

Matanya yang layu sebentar tadi berubah segar, dia membisu seketika. Cawan berisi air kopi yang paling aku benci itu dihirup sedikit. Soalanku dibiar tanpa jawapan buat seketika. Dia berat hati mahu memberitahu hal perpindahannya ke cawangan utara.

Anak matanya menyorot ke arahku. Pandangan sugul itu sudah cukup buat aku mengerti.

"Aku..kena jaga cawangan utara next week..and aku tak tahu bila aku akan balik sini semula.." dia melepaskan keluhan berat.

" Okay.." hatiku memberat. Senyumanku mati sama sekali, walaupun aku sudah bersedia. Ternyata emosiku masih belum cukup bersedia.

Bibirnya digigit kecil, beberapa kali dia melarikan pandangannya ke luar kendra kaca.

Akadku buatmuWhere stories live. Discover now