Bab 24

138 3 0
                                    

Aku membelek baju kurung berwarna hijau muda yang membaluti tubuhku didepan cermin tandas. Dipadankan pula dengan selendang warna kuning air yang dihadiahkan oleh abah sempena ulang tahun kelahiranku.

Berdebar rasanya hendak melaporkan diri pada hari pertama bekerja. perasaanku ketika ini melonjak-lonjak ibarat pelajar yang bary masuk darjah 1.

Jam ditangan sudah menunjukkan jam 7. 45 pagi. Masih berbaki 15 minit lagi sebelum waktu bekerja bermula. Lantas aku mengorak langkah ke arah lif.

Setibanya aku di depan lif, keterujaanku berterbangan. Mati sudah rasa berdebarku tatkala berdepan dengan lautan manusia yang menunggu giliran di depan lif.

Aku melepaskan keluhan berat. Pengsan kalau macam ni setiap hari. Kalau tingkat pejabatku berada di tingkat 2 atau 3 boleh juga aku gagahkan diri memanjat tangga. Masalahnya pejabat aku berada di tingkat 7. boleh tercabut skru kaki aku.

Balun jelah..nama pun cari rezeki. Setakat masalah kecil hendak dirungutkan baik buka syarikat sendiri.

Sambil menunggu dengan penuh tawaduk dan redha, ada sesuatu yang janggal pada pemerhatianku. 4 lif yang disediakan, hanya sebuah lif di sebelah kiri belakangku saja yang tak digunakan.

Hairan! Tak rosak pun. Ada saja yang masuk keluar dari lif tersebut.

Pandanganku meliar pada individu yang masuk ke dalam lif 'lengang' tersebut. Aku mengecilkan sedikit mataku yang sudah semakin kabur. Tak jelas kerana dia membelakangkanku.

Pintu lif itu terbuka sembari tumpuanku teralih, melopong mulutku melihat kepadatan lif di depanku.  Sementelahan lif disebelah masih lagi terbuka dan hanya menanti masa untuk tertutup kembali. Aku mula gelisah. Pilih satu!

Ah lantaklah.

"tunggu! tunggu!" lincah jariku menekan butang di dinding lif, menahan pintu lif dari tertutup. Nasibku baik kerana pintu lif terbuka kembali. Bibirku memekarkan senyuman lega sambil mula mengorak langkah.

" terima kasih..." ucapku namun tergantung tatkala pandanganku bertembung dengan seseorang. senyumanku mati. Tergamam aku di ambang lif. Mimpikah aku? Jantungku spontan berdetak laju.

Mata hazelnya...

"Tak nak masuk ke?"

Suara tersebut mengejutkan aku. Seakan tersedar dari lamunan yang panjang aku mengangguk laju dan memboloskan diri ke dalam. Salah orang kut?

Pintu lif tertutup semula.

Ruang lif menjadi sunyi menambah debar di dadaku berkocak hebat. Persoalan memenuhi ruang fikiranku saat ini. Aku tak pasti sama ada individu yang berada di sebelahku ini orang yang sama atau hanya pelanduk dua serupa.

Aku mencuri pandang melalui pantulan imej di dinding lif. Hish mustahil pelanduk dua serupa. Dah macam fotostat. Tak salah. Dia memang Rafael!

Berbezanya dia berbanding 8 tahun lepas. Tampak lebih maskulin dan matang. Ada sedikit jambang nipis pada dagunya. Kemas dan dijaga rapi. Potongan rambutnya pula mengikut trend terkini. Wow...terpaku aku melihat betapa bergayanya dia sekarang.

Kehadiranku seakan tidak wujud. Dia diam dengan wajah seriusnya. Sayang sekali wajah kacak tapi miskin senyuman.

Oh.. Lupa pula, aku dan dia hanya tinggal sejarah. Bagi seorang Rafael, Noor Qaseh hanya seorang perempuan hina dina, dan pengikis harta benda orang lain. Tak layak untuk diingati.

Ironisnya bagiku, Rafael masih kekal sebagai lelaki yang naif. Hatinya penuh dendam, menyebabkan dia tidak tahu bagaimana hendak melayan seseorang secara baik.

Aku tunduk diam, menanti lif membawaku ke destinasiku.

Lebih baik begini. Biarpun kekok, tiada apa yang mampu aku lakukan.


"Saya perkenal our new staff, cik Noor Qaseh Binti Naim. Dia akan bertugas dalam illustrasi produk. Sila beri kerjasama kepada cik Qaseh okay?"

Encik ramli, manager jabatan grafik dan ilustrasi kelihatan ramah. Dengan tubuhnya yang gempal dan pipi chubby yang dimilikinya, membuatku tercuit. Tambahan apabila senyuman diukir, matanya hilang serta merta. Segaris saja yang tinggal.

Bebola mataku melirik pada staf yang berada di situ, kelihatan semua ceria dan sangat mengalu-alukan kedatanganku. Terselit rasa lega tatkala diterima baik semua orang.

" Nadia! Tolong guide cik Qaseh for the first month okay. Sebab adibah cuti lagi sebulan. So awak guide sampai dia mahir." Arah encik Ramli sambil mengusap perutnya. Jangan pandang...jangan pandang....risau kalau orang terkejut dengar gelakku yang kuat. Aduh sakit rahang aku macam ni. Punyalah comel manager aku ni.

" alah...kenapa saya bos..." kedengaran Nadia mengeluh.

" erm..erm..erm.." jari telunjuk encik Ramli ditolak ke kiri dan kanan sambil kepala digelengkan.

" jangan macam tu Nadia. Tak mau macam tu. Tak mau! Tak mau!" Manja benar suara tegurannya. Seriously?

Nadia menarik muncung, kemudian tersenyum kembali. " yelah bos. Tapi bos belanja makan."

" ewah..ewah..! Badan nak meletup lagi suruh saya belanja makan." Aku tersengih sambil melirik mereka berdua. Kedua-duanya gempal, tetapi mengata antara satu sama lain. Elok sangatlah tu.

" entah kau ni Nadia. Asyik nak makan je." Sahut seorang staf lelaki yang dari tadi ralik dengan wacomnya.

" biarlah dia nak makan. Nadia selagi kau boleh makan kau makan. Sat gi kau dah sakit jangan fikir nak makan dah. Lemak-lemak tu buat bekal." Seorang staf lagi menambah.

" setan!" Carut Nadia. Serentak itu semua tertawa. Termasuk aku. Boleh tahan ceria rakan sepejabatku ini. Semua jenis masuk air. Suasana kerja pula terlihat sangat santai ditambah dengan ruang pejabatnya mempunyai dekoratif hipster, membuatku tidak sabar untuk memulakan kerjaku di sini.

Akadku buatmuWhere stories live. Discover now