PART 2

22.9K 896 28
                                    

"Ring!Ring!Ring!" Bunyi jam menandakan pukul enam pagi.

Mata yang masih mamai digosok perlahan.

"Good morning the world!"
Ayrena menggeliat. Lena betul tidur malam tadi.

Tubuhnya bingkas bangun dari pembaringan dan menuju ke arah cermin berukuran Ketinggian sama dengan parasnya. Menjadi rutin harian untuk melihat muka sendiri setiap hari.

"Arghhh! Beautiful like always!" Itulah kata-kata yang sering diucapkan menandakan semangat di pagi hari.

Tuala mandi dicapai untuk membersihkan diri dan menunaikan kewajipan sebagai seorang muslim

"Harini disebabkan nak yang nampak confident, so warna merah!" Dress merah dan seluar palazo material leather diambil dan disarung ke tubuh.

"perfect! Perfect!" Tubuhnya dipusingkan gaya model.

"Harini kita makeup simple je. Sebab apa? Sebab I dah memang cantik semulajadi." Berus makeup diambil dan bermulalah seorang yang   artistik bernama Ayrena.

"Hurmm! Boleh lah. Ini lah, bila aku nak pakai tak jadi pula! Eyeliner tolong beri kerjasama ya!"  Ini kalau orang lain dengar, mahu dituduh kurang siuman.

"Eyeliner ni lah punca aku jadi lambat. Aku tahu lah kau copy ori jangan lah buat aku macam ni!"

Shawl satin yang sudah siap digosok terus diambil dan dipakai.

"Perfect!" Handbag berwarna hitam diambil dan di gayakan.


"Good morning Mama!" Anak tangga dilangkah satu persatu.

"Morning sayang!"

"Mama je? Mana Good morning abang?" Pandangan merenung tajam Adrian yang sudah berada di meja makan.
Dia ni kalau satu hari tak kacau Ayrena memang bukan Adrian.

"Untuk abang kena bayar!"

"Amboi budak bertuah! Senang lah buat duit lepas ni. Nak cakap kena caj."

"Mestilah!" Kerusi ditarik perlahan.

"Wah! Mama masak pasta lah!"   Pasta yang sudah terhidang nampak sungguh menyelerakan membuatkan selera makan semakin bertambah. Tambahan pula semalaman tidak menjamah sebarang makanan. Melayan perasaan katakan.

Terus makanan di hadapan disambar. Maklumlah orang kata rezeki jangan ditolak.

"Mama! Sedapnya! Ini kalau mama jual, mesti laku keras." Sempat juga Ayrena memuji.  Ia merupakan satu hakikat. Masakan mama adalah kegemarannya.   Masakan yang tiada tandingan.

"Bertuah punya budak! Makan elok-elok!"

"Sedap sangat!"
"Srlpp!"

"Mama ada masak lebih ke? Ayrena nak bawa bekal."

"Boleh! Nanti mama bungkus kan! Boleh tolong hantar pada Atheena sekali!"

"Boleh juga! Ayrena memang cadang nak jumpa Atheena kejap lagi! Dia pun mesti rindu masakan mama."

"Baiklah Ayrena! Makan tu sopan sikit." Kesan kuah pasta di bibir Ayrena di kesat menggunakan tisu.

"Ayrena dah okay?"

"Huk!Huk!Huk!" Tersedak dibuatnya apabila mendengar suara yang cukup dia kenali. Kini, sistem saraf mula menghantar data untuk diproses ke otak. Seketika baru lah dia seakan kembali ke dunia nyata.

"Papa!" Segera Ayrena  berlari ke arah papa yang muncul dari arah dapur.

Tuan Razi yang sedang membawa jug berisi air teh strawberi hanya tersenyum manis ke arah  Ayrena.

"Papa! Ayrena rindu papa! Bila papa balik? Kenapa takda orang bagitahu pun papa dah balik? Siapa ambil papa?"

Bertalu-talu soalan  ditanyakan. Rindu sangat dengan hero dia.

"Banyak betul dia soal siasat Papa! Papa balik semalam!  Lepas je mama call papa, cakap anak papa ni menangis terus papa balik. Tentang papa balik, papa yang suruh mama dengan abang Ad rahsiakan. Sebab nak surprise kan Ayrena lah. And last answer, Papa suruh Qash yang ambilkan papa! Menjawab soalan kan? Dah! Jom makan."

"Papa ni! Selalu buat Ayrena macam ni. Dah hampir lima bulan papa dekat Luar negara tu. Call Ayrena pun jarang-jarang.  Tiba-tiba dah sampai rumah. Kalau macam ni biar abang  je lah yang uruskan business papa tu. Papa duduk rumah je rehat dengan mama. Tak perlu tinggal kitorang dah. " Ayrena mula berhujah seperti biasa. Entah mengapa perasaan sebak mula menyinggah. Seakan tidak mahu berenggang dan berjauhan lagi.

"Ayrena tak jawab lagi soalan papa! Ayrena dah  okay?"

"Tak nak! Ayrena tak nak cakap pasal dia! Dah move on!" Ayrena membuat lagak biasa lebih confident. Agar tidak dipandang lemah disebabkan oleh seorang lelaki.

"Baguslah kalau macam tu! Abang pun daripada dulu lagi,  tak suka Ayrena rapat dengan dia. Muka Mikael tu dah lah  baby face! Abang tak suka!"

"Betul! Papa pun tak berkenan sangat dengan dia. Daripada dulu lagi papa cakap kan, jangan pernah kecewa disebabkan seorang lelaki yang tidak reti menghargai."

Ayrena hanya mengangguk faham, walaupun sepatah pun tiada kaitan. Namun, Itu lah hakikat nya. Mikael dan dia bagaikan langit dan bumi.

Adam Mikael merupakan anak seorang jutawan ternama. Cukuplah Tuan Razi dikenali sebagai ahli perniagaan. Sejak tiga tahun ini perniagaan keluarga Tuan Razi diuji, ada naik dan turunnya. Tuan Razi juga kehilangan banyak saham dan kerugian yang besar. Namun sekarang Tuan Razi mengembangkan perniagaan di luar negara. Adrian pula mengambil alih jawatan di Malaysia. Ayrena pula sedang bertarung dengan perniagaan Cafe.

Kejayaan itu tidak mudah untuk digapai, namun jika usaha kita memadai pastu hasilnya juga akan memadai. Puan Fateema  pula hanya menjadi suri rumah merangkap suri hati kepada Tuan Razi.  Sekadar bersyukur akan nikmat yang telah kami nikmati. Segala puji bagimu ya Allah.

"Kalau takde apa-apa, malam nanti kita sambung perbincangan kita. Ayrena dah lambat ni." 

Ayrena bergegas bangun.

"Nanti lambat empat orang tu bising pula. Membebel kalah makcik bawang. Sebelum telinga aku bernanah sebab kena tazkirah pagi, baik aku pergi cepat." Laju saja kunci kereta kesayangan di capai.

Sehinggalah
Kereta Nissan GTR berwarna hitam pekat meluncur laju keluar daripada perkarangan banglo Tuan Razi. Tiga pasang mata hanya menjadi pemerhati sikap kelam-kabut Ayrena.

"Tengok tu, sampai lupa bekal ni."

"Tak pe mama! Biar Ad tolong hantar pada budak tu." Bungkusan di tangan Puan Fateema di ambil.

"Kalau takde apa-apa, Ad pun dah lambat ni."

"Nanti kita sambung ya! Papa dengan mama dating lah dulu sebelum anak-anak mama dengan papa ni pulang bekerja."

"Bertuah punya budak!" Geleng kepala Tuan Razi. Itulah Adrian.

Mr.Cruel (BAKAL DIBUKUKAN ‼️)Where stories live. Discover now