PART 72

7.4K 390 6
                                    

Nafas sudah tercungap-cungap. Udara disedut secara paksa. Atheena dan Ayrena duduk bersandar di penjuru dinding. Sudut mata meliar mencari di mana lagi jalan keluar yang mereka boleh pergi.

Bagaikan terlihat sinar saat mata Ayrena tertancap pada satu jalan lurus yang keluasannya lebih kurang 1 meter setengah.

"Atheena, sini."

Mereka berdua berjalan perlahan untuk mengelakkan sebarang bunyi.


"Kita dah boleh apply masuk askar dah kalau macam ni. Merangkak, memanjat semua kita dah buat." Bisik Atheena perlahan dari belakang Ayrena. Saat mereka sudah tiba di penghujung jalan, hanya tinggal satu pilihan untuk mereka selamat.

Ayrena pandang Atheena, kemudian dia pandang cenuram di hadapan. Ini saja cara yang mereka ada. Mereka hanya berdua, tapi yang kejar mereka ramai. Silap-silap boleh tertangkap mereka nanti.

"Aku tak yakin aku boleh terjun." Awal-awal lagi Atheena dah mengaku kalah. Acah berani je dia tadi boleh apply masuk askar.

"Nak atau tak, kita kena terjun. Kau nak ke kena tangkap macam lelaki tadi? Kau nak kena tembak macam tu? Kau nak kena siat macam tu?"

Atheena geleng laju. Memang dia tidak sanggup. Dia masih muda. Berkahwin pun belum lagi, masih panjang perjalanan hidup dia.

"Habis tu? Apa lagi pilihan yang kita ada?" Ayrena separa berbisik. Dia dah jengil mata sehabis mungkin pada Atheena. Sudahlah mereka dikejar, si Atheena pula buat hal tak mahu terjun. Kalau ikutkan hati dia, sudah lama dia tolak Atheena guna kaki.

"Terjun." Jawab Atheena teragak-agak. Berapa kali dia teguk liur saat melihat cenuram yang dia akan buat aksi Pandalela rinong sebentar lagi.


"Jadi, jom kita terjun!" Ayrena regangkan segala urat yang patut diregangkan.

"Kita terjun sama-sama. At least kalau mati, kita mati sama-sama." Atheena genggam tangan kanan Ayrena.

Tak sempat Ayrena balas, Atheena dah terjun dan tarik dia sekali.

Sekelip mata saja dia rasa badan dia berguling dari tempat tinggi dan jatuh di atas jalanraya.

Dia boleh buat spekulasi sendiri saat terasa urat yang tadi dia regangkan macam dah terputus. Sakit dia, ya ampun.

Perkara yang terakhir Ayrena nampak adalah sebuah lori yang sedang menuju ke arah mereka. Suara Atheena juga kedengaran menerjah gegendang telinga tapi fizikal dia seakan tidak merespon. Bibir kaku. Ekor mata masih menangkap bayangan Atheena dalam cahaya yang terang benderang. Perlahan-lahan mata dia terkatup rapat.

"Ayrena! Ayrena!" Pipi Ayrena ditampar penuh geram.

"Bangun, Ayrena bangun! Kau jangan mati lagi. Ayrena!" Berkali-kali Atheena goncangkan tubuh Ayrena yang sudah tidak bergerak.

"Cik! Kenapa ni?"

Atheena toleh mencari punca suara. Yang dia nampak sekarang adalah seorang lelaki kacak yang baru saja keluar dari pintu lori dan menuju ke arah dia. Tidak sempat dia nak berangan, segera Atheena kembali ke dunia nyata.


"Encik! Tolong saya. Tolong hantar saya dengan kawan saya di hospital yang paling dekat dengan sini."


______________

Botol kaca dipusingkan di tengah-tengah meja. Menunggu giliran siapa yang bertuah untuk soalan seterusnya. Mereka sekarang sedang bermain permainan truth or dare. Darren dan anak buahnya yang lain masing-masing duduk di atas kerusi secara pusingan bulatan.

"Jangan aku! Jangan aku! Jangan aku!" Bob dah berzikir laju. Meski ia hanyalah permainan, namun ini bukan permainan biasa-biasa.

"Ezra!" Masing-masing bersorak gembira saat hujung botol berhenti ke arah Ezra.

"Truth or dare?" Soal Darren pada Ezra. Di sebelah kaki kanan Darren ada binatang peliharaan yang duduk berlendeh dengan dia. Di leher binatang tersebut ada satu rantai berukiran nama Triston. Seekor anak harimau belang peliharaan Darren.


"Dare!" Yakin Ezra balas.


Darren senyum senget, ini yang dia tunggu-tunggu dari tadi.


"Bos jangan yang bukan-bukan."


"Aku cabar kau berdiri tegak dekat hujung dinding tu. Ambil Apple ni dan letak atas kepala." Darren hulurkan satu apple merah dan disambut Ezra.


"Okay." Tanpa bantahan Ezra bangun dan berdiri di hujung dinding.


"Bob!"

"Ya, bos!"


"Ambil pisau ni, baling tepat pada Apple merah tu." Darren hulur pisau dia pula. Sambil jari menuding ke arah apple di atas kepala Ezra.


"Kalau kau baling tepat pada epal tu, aku double kau punya gaji bulan ni."


"No problem bos!" Bob ambil pisau di tangan Darren. Dia atur langkah ke arah Ezra.


"Ezra! Sekarang nyawa kau di tangan aku. Kalau aku baling ni, kau rasa kena kat mana?" Bob angkat alis.


"Aku percayakan kau, Bob. Kalau aku luka, kau pun akan luka berkali-kali ganda." Ezra bagi amaran. Kalau Bob yang baling, harapan untuk dia hidup hanya separuh.

"Just wait and see!" Bob angkat pisau. Sedia Untuk dibaling ke arah sasaran. Tangan dia dah bergetar bila dah diugut sebegitu. Kalau Ezra cakap, Ezra akan buat. Sama seperti Bos.

"Harapnya tepat!" Bisik Bob sebelum dia mula mengambil posisi untuk membaling. Demi double gaji!



ZAP!


Sekali saja balingan Bob buat masing-masing tergamam.











Mr.Cruel (BAKAL DIBUKUKAN ‼️)Where stories live. Discover now