PART 27

8.9K 462 10
                                    

"Handsome kan dia?" Sebaris ayat keluar dari bibir Ayrena. Jujur dari hati. Darren dan Adrian yang sedang meeting dia pandang dari celah dinding.

"Tapi, orang handsome macam tu, mustahil nak pandang kita." Balas Atheena. Dia juga terpesona dengan kekacakan Lelaki yang selama ini diperkatakan Ayrena.


"Buat apa pandang kita? Cukup dengan pandang aku, dah buat dia jadi tak betul tahu tak?" Yakin Ayrena beri jawapan. Kali ini, dia sudah benar-benar tekad. Dia mahukan lelaki itu. Dia sudah jatuh cinta. Setiap kali Pandangan dia berlaga dengan mata hazel Darren hati dia seakan-akan sudah terpanah dengan panahan cinta. Menusuk-nusuk ke dalam jiwa dan raganya.



"Cik Ayrena dengan Cik Atheena buat apa ni? Mengendap eh?" Jari telunjuk ditujukan kepada mereka berdua. Bibir sudah ukir senyum nakal.


"Mmm...mana ada! Kitorang tengok dinding ni. Nak kena cat baru. Cat ni tak sesuai. Tengah fikir warna apa yang okay." Permukaan dinding dia pegang. Ditilik dinding tersebut dan buat gaya lagak berfikir.


"Macam-macam lah Cik Ayrena harini. Pelik!" Lily kerut kening sebelum dia mula atur langkah ke dapur. Dulang kosong ditangan dia bawa sekali. Sesekali, dia menoleh kembali ke arah Ayrena dan Atheena. Melihat kelakuan Ayrena dan Atheena yang masih merapat di dinding itu buat dia ukir senyum. Macam lah dia tidak tahu apa yang mereka berdua sedang buat.


"I need to go now! If there is anything, just call me!" Pamit Darren. Briefcase dia capai. Bingkas dia bangun apabila  Ayrena melangkah mendekati ke arah dia dan Adrian.


"Sure!" Adrian hulur tangan untuk bersalaman sebelum Darren keluar dari cafe. Beberapa ketika, terlihat kereta Darren sudah menyusur keluar di persimpangan.


"Abang Ad memang sengaja buat meeting dekat sini kan? Kenapa? Banyak lagi tempat dekat Malaysia ni, cafe Ayrena juga abang nak bawa dia." Tayang muka bengis. Dia tolak sedikit tubuh Adrian ke dinding.




"Well! Saja!" Adrian angkat bahu pakej buat wajah innocent. Suka dia lihat Ayrena begini.



"Saja?" Dia rapatkan tubuh. Dicekik leher Adrian sehingga Adrian terdorong ke atas lantai. Dasar abang yang menyakitkan hati.


"Ayrena! Okay! Okay! Sorry okay! Abang saja je buat meeting dekat sini. Tak salah, kan? Kedai Ayrena juga." Kedua-dua tangan Ayrena dia tahan dari terus mencekik.



"Itu yang salah, abang! Sebab ini cafe Ayrena. Abang tahu tak Ayrena punya rasa malu yang tempoh hari pun tak habis lagi. Abang nak malukan Ayrena ke? Abang sengaja, kan?" Dada bidang Adrian dia pukul berkali-kali.


"Fine, okay! Fine! Sorry! Dah puas pukul abang? Boleh turun! Ayrena dah berat!" Menyempat Adrian tambah Ayat hujung.


"Tak nak! Ayrena tak nak turun! Ayrena berat, kan? Biar abang penyek macam lempeng. Biar orang tanya, Adrian mana? Adrian anak Tuan Razi yang CEO..."


"Adrian!" Satu suara yang terdengar sungguh maskulin bergema di ruang Cafe. Serta merta mematikan tingkah Ayrena.


"Darren! Kenapa? Ada apa-apa yang kita tak habis bincang lagi ke?" Soal Adrian yang masih terbaring di lantai.


"Actually aku tertinggal barang!" Segera dia melangkah ke arah meja yang mereka duduk tadi. Sebatang pen dia ambil dan dimasukkan ke dalam poket coat. Pandangan dia masih kekal menatap gadis yang bernama Ayrena.


Ayrena kejung. Lidah dia kelu. Saat ini, lantai lebih menarik untuk dipandang berbanding jejaka tampan itu. Dia hilang kosa. Malu dia makin membuak-buak akibat Adrian. Kalau bukan sebab Adrian membawa lelaki tersebut untuk meeting di cafe dia, semua ini tidak akan terjadi.



"Aku dah ambil barang yang tertinggal tu. So, jumpa dekat Office esok." Tangan kanan dimasukkan ke dalam poket seluar. Atur langkah, dia mula menapak kembali ke perut kereta.


Ayrena seakan kembali semula ke alam nyata. Telinga dia masih berfungsi dengan elok. Mr Cruel itu pandai berbahasa Melayu? Yang selama ini dia kutuk itu... Tidak percaya, dia terus mengejar Darren yang kian menjauh.



"Encik faham bahasa melayu?" Ayrena sudah tergagap. Maknanya, selama ini apa yang dia kutuk dan yang dia perkatakan, Mr Cruel ni...Faham?


Mati langkah. Darren tutup pintu kereta kembali. Dipusingkan tubuh menghadap Ayrena yang hanya berdiri di belakangnya.



"What if I say no? Or... should I say yes?" Darren sandar di sisi kereta, di tundukkan kepalanya sedikit untuk memandang Ayrena.



Ayrena masih dengan reaksi melopong tidak percaya. Kalau tadi malunya sudah tidak dapat dibendung, bagaimana pula kali ini?


Dari tadi Iris mata dia memerhati Ayrena tanpa henti, sebelum dia mulai langkah mendekati Ayrena. Dibongkokkan sedikit tubuh hingga bibir dia berada di sebelah telinga kanan Ayrena.


"You look like a fool and that's an intertainment for me!" Darren beri senyum sinis sebelum menghilang ke dalam perut kereta meninggalkan Ayrena yang masih berdiri pegun.

Mr.Cruel (BAKAL DIBUKUKAN ‼️)Donde viven las historias. Descúbrelo ahora