PART 73

7.8K 395 11
                                    

"Ini ke rumah tok kadi tu?" Mata Darren meliar melihat suasana di luar kereta.

"Iya bos, ini rumah tok kadi tu." Ickey cabut tali pinggang yang tersarung di tubuh. Sesekali dia pandang ke arah driver di sebelah.

"Kau okay, Bob?" Mahu tergelak Ickey setiap kali dia pandang Bob.


"Jangan tanya." Bob pegang pipi yang bengkak. Bandage yang membalut kepala juga diusap sesekali.


"Jom!" Darren dah mendahului Bob, Ickey dan Ezra.

Perlahan saja Ezra melangkah keluar dari perut kereta. Ini kalau tergerak ganas sikit, habis jahitan di dada kanan dia terbuka. Si Bob punya penangan semalam tak pasal-pasal dia dapat parut baru di dada.

"Assalamualaikum!" Sekali saja Darren beri salam dah ada yang menyambut kedatangan mereka.


"Waalaikumussalam. Ya, cari siapa?" Muncul seorang lelaki tua dari sebalik tirai.

"Saya cari seseorang." Darren mula bicara.

"Jemputlah masuk. Jangan segan-segan."


Dapat saja Greenlight Bob lintas Darren yang sedang membuka kasut. Bukan saja Darren, dengan tuan rumah dia lintas dulu dan duduk di sofa.

"Pakcik, panas ya cuaca kampung ni." Bob seka peluh di dahi.


"Biasalah, kan. Musim sekarang musim panas. Duduk dulu ya, biar pakcik buatkan air dulu. Maklumlah duduk sorang je. Orang rumah pergi kenduri kampung sebelah."


"Baik, Pakcik." Beredar saja tok kadi dari ruang tamu, Bob bawa keluar satu botol dan satu tuala kecil dari poket.

"Bob, Sabar! Belum lagi." Darren putuskan tingkah Bob.

"Bila nak culik? Saya lapar ni bos."


"Belum lagi." Darren bagi pandangan helang. Mereka tak boleh silap langkah. Sudahlah masih siang hari.

"Anak-anak semua ni mesti kawan Adam anak pakcik, kan?" Satu persatu air sirap dihidangkan di depan mata.


"Haaa! Betullah tu, kami kawan Adam." Ickey mengiyakan. Entah siapa Adam yang Pakcik ini katakan.

"Anak-anak semua ni, silap hari. Adam baru balik ke Cherating dua hari lepas."

"Lah ya ke? Kami tak tahu pula pakcik." Bob makin menghayati watak. Sesekali dia pandang Darren.

"Anak-anak semua ni, nama apa?"


"Saya Bob, yang ni Mat." Bob tunjuk pada Ickey.


"Yang ni Iskandar." Ezra pula jadi mangsa nama melayu rekaan Bob.

"yang ni pula Mikael." Akhir sekali baru Bob tunjuk Darren.

"Sedap nama semua. Sekejap ya, biar pakcik telefon Adam dulu. Mana telefon pakcik letak tadi." Sedang ralit mencari di mana kedudukan telefon, Bob sambung dialog yang masih tersisa.

"Pakcik pertama kali, kami semua ni nak minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki."

"Eh, Kenapa pula nak minta maaf?"


"Sebab..." Bob bangun perlahan.


"Sebab ni pakcik!" Di tekup perlahan mulut pakcik tersebut. Saat pakcik itu dilihat seakan tidak sedar, Bob jauhkan kembali kain tersebut.

"Buka bonet!" Bob cempung pakcik tersebut gaya Bridal style.

"Banyak lah kau nak letak dalam bonet." Darren berjalan ke arah kereta. Dia buka pintu Passengers sebelah driver.


"Sini, letak tok kadi tu dekat sini."

"Tak sangka kita buat kerja gila harini semata untuk bos kahwin." Bicara Bob apabila kereta yang dipandu Darren Mulai bergerak keluar dari kawasan parkir.


"Sana sikit lah Ickey, Kau tu gemuk." Bob tepis tangan Ickey.

"Kalau kau sempit, tak perlu sibuk nak duduk tengah." Ickey tolak tangan Bob kembali sampai terhimpit Ezra ke cermin tingkap.

"Nak aku berhenti turunkan korang bertiga ke?" Darren pandang dari rear view mirror.

"Tak bos!"

"Ni Bob ni."

"Mana ada, Ezra dengan Ickey ni bos himpit saya."






Mr.Cruel (BAKAL DIBUKUKAN ‼️)Where stories live. Discover now