PART 32

8.9K 426 3
                                    

"Mummy! Daddy!" Tubuh kecil kanak kanak perempuan yang berumur lingkungan dua tahun itu mula bergerak ke arah kerusi hadapan. Mendapat kan dua sosok tubuh yang sudah kaku. Tangan kecil turut menggenggam erat tangan ibu dan bapanya. Cecair panas yang hampir menyelubungi seluruh tubuh mengalir tanpa henti.


"Asyap! Asyap! Mummy! Daddy! Angun! Asyap! Asyap!" Mata digosok perlahan. Pedih asap di bahagian depan kereta yang mula memasuki ruang di dalam kereta. Tangan kecil naik ke arah kedua-dua pipi ibunya. Digosok dan di goyangkan tubuh yang sudah tidak bernyawa. Tiada tindak balas.  Kini langkah mula berpindah ke arah kerusi pemandu. Daddy! Daddy! Angun! Angun lah! Asyap!" Juga tiada balasan. Tubir mata mula mengeluarkan cecair jernih. Rasa takut dan sakit yang kian terasa. Haba panas mula menerpa ke arah seluruh tubuh yang kini semakin membahang.



"Mummy! Daddy! Angun! Ayeena akut! Tolong! Tolong! Anash!"  Jeritannya bergema-gema meminta pertolongan dari dalam kereta. Kini, yang dia nampak hanyalah kegelapan malam yang hanya bertemankan lampu kereta yang sudah menunggu masa untuk meledak.



PIN!
PIN!
PIN!

Bunyi hon yang kuat menyentak Ayrena untuk bangun dari lena.



"Ouch!" Terus dia pegang kepala yang terasa berdenyut-denyut akibat bangun mengejut.


"Anak siapa main hon pagi-pagi ni?" Soal Ayrena yang masih mamai. Dia gosok kelopak mata perlahan. Kemudian, dilihat sekeliling ruangan bilik yang seperti bukan bilik tidurnya. Serta merta dia kaku apabila mengingati apa yang telah terjadi semalam. Perkara yang terakhir dia ingat ialah dia meminta pertolongan.


Garu kepala yang  tidak gatal, bingkas dia bangun dari katil yang bersaiz king. Hati mula bertanya-tanya rumah siapa yang dia tumpang sekarang. Yang pasti, bukan sebarangan orang punya rumah. Segala dekorasi dan perabot di dalam bilik itu adalah diimport dari luar negara. Sungguh tampak eksklusif dan mewah. Karpet yang sedang dia pijak itu pun, terasa seperti karpet mahal. Sempat saja dia belek pasu kecil yang elok terletak bersebelahan katil. Terbeliak biji mata saat dia amati pasu itu betul-betul. Ini pasu daripada zaman dinasti yang terdahulu. Terus pasu itu dia letakkan kembali.



Kini, mata dia tertancap pada beberapa lukisan yang tergantung di dinding. Tengok pada lukisan itu, dia sudah telan liur entah keberapa kali. Ini, antara lukisan yang paling termahal di dunia. Ketap bibir. Dia teruskan lagi penerokaan. Kini, langsir pula dia tuju. Ini, kalau langsir ni pun mahal, tak tahu lah nak cakap apa. Langsir je pun. Namun, sekali lagi dia terkesima saat dia tilik langsir di tangan.


"Sudahlah! Memang barang-barang dekat rumah ni import ke? Kaya sangat ke owner rumah ni? Anak datuk ke? Atau anak pemilik syarikat penerbangan? " Ayrena lontar kata.


"Dah puas tilik barang-barang tu semua?" Suara yang muncul tiba-tiba dari arah belakang mengejutkan Ayrena. Lantas dia pusing tubuh menghadap si pemilik suara.


"En...Encik Darren?" Kerut kening, dia melangkah ke belakang satu tapak, terkejut.


Darren hanya beriak seperti biasa. Serius saja sambil peluk tubuh dan bersandar di bingkai pintu bilik tetamu.


"Aku dah selamatkan kau. Tapi aku tak tahu aku selamat kan kau dari apa dan untuk apa. So, tell me! Kenapa kau lari semalam? Kau daripada mana? Kau jangan cakap kau hutang dengan orang, sebab tu kau lari." Sinis Darren tayang senyum.


"Huh! Whatever! It's not important for me to know that, right?" Sambung Darren lagi saat tiada balasan dari gadis tersebut.


"Kau nampak lembap sikit harini, kau tahu? Kalau tidak, aktif je macam terlebih vitamin. Atau mungkin sebab kau terhantuk kuat sangat semalam? Doktor tak cakap pula kau punya sel-sel otak terputus." Angkat kening dia pandang Ayrena yang masih kelihatan seakan tidak faham.


"Terhantuk? Saya tak terhantuk pun semalam." Ayrena geleng. Dia masih ingat dengan jelas apa yang berlaku semalam. Tiada pula dia terhantuk saat bergaduh dengan Eric.



"Tchh! Seriously? Ayrena Rosebell! Kau lain. Kau tak macam abang kau, Adrian. Adrian tu cerdik, pandai. Aku tak sangka pula adik dia..." Pandang Ayrena atas bawah. Dia mula menapak perlahan ke arah Ayrena. 


"Tak mewarisi kecerdikan tu." Sambung Darren lagi. Kedua-dua tangan dimasukkan ke dalam poket seluar. Ayrena masih dengan muka cemberut.

"Aku rasa better kau pergi mandi dulu. Mungkin Sel-sel otak kau perlukan air untuk berkembang. Pergilah mandi! Teruk sangat dah rupa tu. Ini kalau Bob nampak, lari tak cukup tanah dia." Tambah Darren lagi sebelum bergerak ke arah pintu.


"Ouh by the way, one more thing! Aku bukan anak datuk dan bukan anak pemilik syarikat penerbangan. Aku, Darren Del Lucca anak Dante Del Lucca." Usai kata, dia terus tutup daun pintu kembali dan hilang dari pandangan Ayrena.


"Tak tanya pun nama papa dia." Garu kepala, kemudian Ayrena hilang ke dalam bilik mandi. Sempat dia toleh ke arah cermin sebelum membersihkan diri. Benarlah apa yang lelaki tersebut perkatakan. Lipstick yang dia pakai sudah pun  comot dan maskara juga sudah mencair di bawah mata. Hanya eyeliner saja yang masih elok terletak.



Mr.Cruel (BAKAL DIBUKUKAN ‼️)Where stories live. Discover now