PART 89

6.2K 378 23
                                    

Laju Darren hayun kaki menuruni anak-anak tangga. Sejak tadi lagi telinga dia mendengar lagu rockers yang dinyanyikan di bilik karaoke. Dia yang sedang online meeting di tingkat tiga pun boleh dengar dengan kuat lagu tersebut.

Selesai saja meeting terus Darren buat keputusan untuk turun ke tingkat dua dengan tujuan ingin periksa pemilik suara yang menyanyikan lagu rockers tersebut. Kalau merdu nyanyiannya tidak apalah juga.

Ini nyaring sungguh!

Pintu bilik karaoke yang berwarna hitam emas Darren tolak secara perlahan. Patutlah bising sampai ke atas, rupanya pintu tidak ditutup dengan rapi.

Kepala Darren menjenguk ke dalam. Dapat dilihat dengan jelas tiga orang manusia yang sedang menghayati lagu rockers tersebut sambil mikrofon di dalam genggaman. Grandpa, Bob dan Ayrena yang sedang asyik dengan lagu yang mereka nyanyikan.

Menggeleng kepala Darren bila lihat apa yang dihadapannya sekarang.

"Bagai mimpi kau kutemu,
Gadis yang kudambakan terserlah ayu,
Terbit kasihku namun tertunduk malu,
Kerna kutahu bezanya kau dan aku,"

Rangkap pertama dinyanyikan oleh Grandpa. Terangguk-angguk mereka bertiga yang terlihat sungguh menghayati lirik dan beat lagu tersebut.

Lagi terhibur Darren rasa, bila perasan rambut palsu afro yang dikenakan grandpa di atas kepala. Sudahlah rambut palsu afro itu besar dan melebihi saiz dua kepala. Tidak lama kemudian terukir lagi senyum di bibir Darren bila melihat Bob yang menyambung rangkap seterusnya.

"Kau menjelma bak cahaya,
Suluhku yang terabadi dalam dada,
Assalamualaikum hulur bersapa,
Bersama kita mencipta bahagia,"

Bob naik ke atas sofa panjang. Sudah rupa gaya rockers sebenar Bob apabila menyanyi dengan penuh emosi.

Kali ini giliran Ayrena pula yang menyambung.

"Dibalik selendang sembunyi nur kasihmu,
Tersimpul hatimu hatiku satu,
Persis si Majnun menagih kasihnya Laila,
Terbelah dunia tetap bersama,

"Dibalik selendang sembunyi nur kasihmu,
Tersimpul hatimu hatiku satu,
Persis si Majnun menagih kasihnya Laila,
Terbelah dunia tetap bersama,"

Baru Darren perasan yang Ayrena turut memakai pakaian serba hitam seperti Grandpa dan Bob. Make up look juga dibuat secara ala-ala rockers. Daripada muka pintu saja sudah boleh nampak lipstick dan eyeshadow Ayrena yang berwarna hitam pekat.

Rangkap last disambung dengan nyanyian mereka bertiga. Serentak!

"Bawaku bersamamu gapai sejahtera,
Dikenangi kau aku suci titisan kasih,
Seisi alam pun pastikan merestui,
Moga kasih Lailaku kan kekal abadi."

Habis saja nyanyian mereka, kedengaran tepukan yang diberikan oleh seseorang daripada arah pintu.

"Terima kasih, terima kasih." Masing-masing menunduk bangga.

"Darren, jom join nyanyi." Ajak Grandpa.

"Teruskanlah, Darren ada hal." Darren terus menoleh. Kemudian, telefon bimbit dicapai dari dalam poket.

"Darren, Darren!" Panggil Ayrena. Langkah kaki mengejar Darren yang sedang berjalan menuju ke pintu utama.

"Hurm, Kenapa? Aku tak nak dengar kau nyanyi. Cukup! Cukup untuk harini."

"Kenapa pula? Hello, suara saya merdu okay. Level-level international. Ni, awak nak keluar pergi mana? Lama ke?"

"Kenapa tanya? Somewhere. Ada hal sekejap. Emergency!"

"Alang-alang ni, saya nak minta kebenaran ni." Sambung Ayrena lagi.

"Permission for?" Henti melangkah, Darren berpusing menghadap Ayrena.

"Nak keluarlah. Nak pergi somewhere." Bersahaja Ayrena jawab.

"Pergi mana?" Kedua-dua kasut Darren sarungkan ke hujung kaki.

"Somewhere. Awak tak cakap pun nak pergi mana. Kalau macam tu, saya pun tak nak cakap yang saya nak pergi mana." Balas Ayrena lagi.

"Hurm, Okay. So i assume you are not interested in going out."

"Haish, fine. Nak keluar dengan Atheena. Dah lama tak keluar. Atheena ajak pergi makan dekat kedai yang baru buka tu. Saya pun tak pernah pergi lagi tempat tu. Jadi, saya nak pergi dengan dia, boleh?" Lihat reaksi Darren yang seakan sedang berfikir terus Ayrena sambar lengan kekar Darren.

"Please..." Pujuk Ayrena lagi.

"Pergi dengan siapa lagi? Takkan dengan Atheena je?" Terdiam. Ayrena memuncung gaya berfikir.

"Ha'ah! Dengan Atheena je."

"Really?" Terangkat sebelah kening Darren. Satu saja kelemahan yang Ayrena ada. Dia tidak pandai menipu!
Kalau bercakap dengan mata berkedip banyak kali sambil gigit hujung bibir ni, memang cara Ayrena temberang.

"Bolehlah...please! For the first time saya minta izin ni." Jari jemari Ayrena tidak duduk diam. Malahan mencucuk-cucuk sixpack Darren yang terlindung di sebalik baju kemeja berwarna hitam.

Walaupun berat untuk mengizinkan, kali ini Darren mengikut kehendak Ayrena.

"Just for this time."

"Yes! Yes! Yes!" Dapat saja greenlight, tangan kanan Darren Ayrena capai dan kucup berkali-kali.

"Thank you so much husband. Bye, love you." Laju Ayrena berlari masuk ke dalam mansion. Tidak sabar untuk keluar dengan Atheena.

____

"Bos, are you okay? What's wrong with your hands?" Ickey melirik ke arah tangan Darren.

Sejak tadi lagi dia hilang fokus dengan tingkah Darren. Lelaki itu terlihat lain. Seperti orang yang sedang dilamun cinta pun ya. Tersengih-sengih keseorangan sambil lihat tangan sendiri.

Perbincangan mereka pun masih tergendala dan belum selesai. Daripada tadi Darren hanya fokus pada tangannya.

"Nothing, carry on." Darren kembali fokus. Wajah juga turut bertukar kepada mood serius.

___

Mundar-mandir Ayrena berjalan di ruangan parkir bangunan shopping mall. Menunggu kehadiran Atheena yang masih tidak kunjung tiba.

"Babe," Bergema suara Atheena di lot parkir. Terus dia berjalan ke arah Ayrena yang sudah mencekak pinggang.

"Kau ni, aku ingat aku dah lambat dah, kau lagi lambat rupanya."

"Sorry. Eyeliner aku buat hal tadi. Sebab itu lambat sikit." Atheena bagi alasan yang betul. Memang eyeliner dia yang buat hal. Sebelah senget ke bawah, sebelah senget ke atas, alih-alih dia tekap saja dengan hujung kertas. Nasib baik cantik kejadiannya.

"Ada tak barang yang aku nak?"

"Woo baru aku perasan, banyak gangster muka kau, harini?"

"Of course, cantik tak?" Ayrena posing gaya model majalah.

"Not bad." Komen Atheena sambil hulurkan barang yang tersorok di belakang tubuh.

"Nah, barang kau."

"Thank you." Ayrena ambil bungkusan tersebut dan dibuka di hadapan Atheena.

"Kau dah try ke? Jadi tak?" Soal Ayrena lagi.

"Orang yang jual ni cakap, kena sekali confirm pengsan. Aku tak sure, nanti kau cuba lah. Kalau okay, bagitahu aku. Aku nak cuba pula."

"Harapnya menjadi lah." Ayrena simpan kembali stun gun tersebut ke dalam bungkusan.

"Kau nak buat pada siapa?" Tanya Atheena, hairan.

"Siapa-siapa je. Jangan risau lah. Aku gunakan benda ni pada jalan yang betul."

Atheena mengangguk. Entah apa yang Ayrena mahu buat dengan stun gun itu. Siapa yang dia mahu renjat?


Mr.Cruel (BAKAL DIBUKUKAN ‼️)Where stories live. Discover now