PART 16

10.1K 492 13
                                    

"You are my sunshine, my only sunshine, you make me happy..." Nyanyian Ayrena terhenti saat melihat sebuah kereta berjenama mewah yang elok terparkir di parkir berhadapan Te Amo Caffe. Cekak pinggang, bungkusan berisi kek batik buatan puan Fateema dieratkan pegangan.

"Ini kereta si jerebu minah senget tu ke?" Langkah dibuka ke arah buntut kereta. Ditundukkan sedikit tubuh untuk melihat nombor pendaftaran kenderaan.

"DDL 111! Hurm! Macam bukan. Takkan si jerebu tu beli kereta baru lagi?"  Soal Ayrena, hairan.

"Tapi enjin kereta hidup! Kaya sangat ke si senget ni sampai tak tutup enjin?"  Sinis saja bunyinya.

Kemudian, dia berjalan menuju ke arah cermin tingkap pemandu. Dilihat dari luar tingkap, seperti tiada orang. Kini tingkap penumpang belakang pula menjadi tinjauan. Intai dari luar, penampakan seakan figura seseorang.

Tanpa sabar, di ketuk tingkap Kereta. Pada mulanya ketukan hanya tiga kali. Namun apabila tidak diendahkan,lagi berkali-kali dia ketuk.

Sementara di dalam kereta pula, Darren hanya teruskan bacaan tanpa menghiraukan gerangan orang yang mengganggunya. Kalau itu Bob ataupun Ickey sudah lama mereka masuk tanpa meminta keizinan. Maknanya itu berkemungkinan budak kecil yang hanya bermain-main di kawasan parkir itu.


TOK! TOK! TOK!
"Excuse me! Sesiapa yang ada di dalam tu. I can see you. I nampak. Yes you yang tengah baca buku tu. You buat-buat pekak atau you memang pekak?"  Suara Ayrena sedikit tinggi. Puas dia ketuk sampai merah buku lima dia, masih diendahkan. Ini tak boleh jadi.

Mendengar perkataan yang dilontarkan itu, membuat Darren bertindak untuk menutup buku yang sedang dibaca. Keluh panjang. Langau apa pula yang mengganggu dia kali ini. Buku diletakkan di sisi sebelum jari telunjuk di bawa ke arah window switch. Diturunkan tingkap itu sedikit. Kini, hanya menampakkan sepasang mata hazel Darren.

Mata bertentang mata.

"What did you just say?" Soal Darren.

Ayrena telan liur saat lelaki yang berada di dalam kereta itu menatap ke arahnya. Tepat. "Lelaki rupanya. Silap orang!" Getus hati Ayrena.

"S..s..Sorry w..wrong car!" Balas Ayrena. Itulah padahnya bertindak terburu-buru. Tiada kepastian terus pergi serang. Malunya seakan mahu menyorok di bawah kereta.

TIT! TIT! TIT! TIT! Bunyi siren trak tunda yang mula berundur ke belakang mematikan kegagapan Ayrena.

"Lagi, lagi! Belakang sikit." Terlihat seorang lelaki cina yang memberi arahan kepada pemandu trak.


"Eh! Eh! Uncle! Uncle! Uncle buat apa ni?" Cemas Ayrena.


"I buat apa? I buat kerja lah. Tadi pagi, you sendiri cakap suruh towing itu punya kereta. Itu kereta sudah mari. Sekarang, I towing la."


"Uncle Wong! Sorry! Ini hari, Itu punya towing tak jadi lah!" Halang Ayrena.

" Tak jadi? Kenapa tak jadi pula? Kasi jadi sajalah. Ini lori pun sudah parking." Peluh di dahi di lap menggunakan sapu tangan. 

"T..tak boleh. Bukan ini hari. Lain hari lah , Uncle. Ini kereta my friend punya ma!" Tambah Ayrena

"Kalau itu macam, okaylah. Confirm, ini hari tak jadi?" Sekali lagi Uncle Wong menyoal.

"Confirm! Nanti saya call Uncle lagi. Thank you uncle." Ayrena senyum kelat. Anak mata melihat trak tunda yang kian menjauh. Nasib baik sudah bayar awal-awal, tidaklah Uncle Wong tuntut di hadapan jejaka bermata Hazel di hadapannya. Argh. Entah mengapa Jantung dia laju berdetak saat ini. Hati dia tidak memberi kerjasama. Orang kata, dari mata turun ke hati. Mata warna-warni ni, memang taste dia sangat. Bila pandang tu, bergetar tulang rusuk.  Baru pandang mata pun, dah terserlah kekacakannya.

Mama! Papa! Ini ke soulmate Ayrena! Handsome bangat! Bercampur bahasa hati Ayrena. Kadang melayu, kadang Indonesia.

"Friend! Tch!" Darren Berdecit.

"Oh! Sorry for the technical mistake." Ayrena simpul senyum kerang busuk dia. Senyuman yang dia beri Setiap kali dia membuat kesalahan. Namun, dari senyum kerang busuk bertukar kepada senyum angau apabila jejaka berdarah kacukan di hadapannya bertindak menurunkan tingkap sehingga menampakkan seluruh wajah.

"Whatever your reason, stay away from my car. Out of my sight!" Kata lelaki itu lagi. Tegas bunyinya.

"I'm dead mama! I'm dead papa! Adakah ini cinta?" Tubuh Ayrena sudah selamat bersandar di sisi kereta kak su yang diparkir bersebelahan kereta Darren.

Hela nafas, Darren tutup tingkap kereta kembali.  Membiarkan Wanita yang sudah seperti terkena  sawan bersandar di kereta sebelah. Malas dia layan. Lebih baik membaca buku yang akan memberi faedah dan pengetahuan.

______

"Cik Ayrena! Cik Ayrena okay tak ni? Kenapa ni?" Kak Su mendapatkan Ayrena yang masuk ikut pintu belakang cafe secara merangkak. Mujurlah di siang hari kalau tidak silap-silap dia yang pengsan.

"Air! Air! Nak air mocha!" Pinta Ayrena. Tangan dihulurkan ke atas meminta minuman. Kini, dia bersandar di dinding peti sejuk. 

Kak Su apa lagi, sepantas kilat dia pergi dapatkan air yang diminta. Orang kalau rupa dah tenat macam ni selalunya minta air masak. Lain pula kali ni, ada request.

"Cik Ayrena? Kenapa ni?" Rita yang baru masuk dari pintu yang memisahkan ruangan hadapan dan belakang cafe terus menuju ke arah Ayrena.

"I rasa kan.."

"Aha! Rasa apa tu?"  Rita pegang kedua bahu Ayrena.

"Rasa.."

"Rasa..?" Kak Su mendekat.

"Rasa macam dah jumpa my Prince Charming."  Habis ayat. Dia pegang dada yang masih berdebar-debar.


"Lah! Ingatkan apa lah tadi." Mendengar jawapan Ayrena,  Kak Su dan Rita mulai berdiri. Buat suspen je.

"Bila I nampak dia, jantung I rasa. Macam luruh sekejap." Sambung Ayrena.

Rita dan Kak Su pandang sesama sendiri. Masing-masing angkat bahu serentak. 

"Layankan aje lah!"

____

Ting! Ting! Ting! Call bell di kaunter ditekan berkali-kali.

"Bob, apa kau ni?" Lengan kekar Ickey menolak lengan Bob. Main tekan-tekan macam budak kecil pula.

"Saya dekat depan ni je. Tak perlulah nak tekan banyak kali." Tegur Nadine dalam intonasi yang sopan. Terlihat dua orang lelaki yang berdiri di hadapan dia saat ini. Seorang lelaki yang kelihatan sedikit besar yang mempunyai wajah seperti orang Malaysia dan seorang lagi lelaki kacukan seperti hero Turki yang gagah perkasa.

"Ya encik? Nak order apa? Macam-macam menu yang ada dekat sini,  Minuman ada makanan pun ada."

"Saya nak Air je. Bagi Americano satu, Cappuccino satu."  Tutur Ickey ringkas.

"Pandai cakap melayu? Amazing!" Nadine Bicara dalam hati. Kagum! Jari jemari lincah menekan-nekan screen ordering system.

"Encik pula?" Iris mata beralih kepada Bob.

"Saya nak air...Hurm, I love you ada?" Bob mengayat menggunakan taktik lama.

"Sorry! Not Interested!" Jujur Nadine. Itulah dugaan kalau bekerja di bahagian kaunter. Ada saja pickup line yang dia dapat setiap hari.
Bagai bulan lah, itu lah, ini lah. Semua perumpamaan dia dah jadi, Sudah dia lali dengan semuanya.


"Ehem! Ehem!" Bunyi deheman seorang lelaki mematikan kesunyian di dalam cafe akibat gurauan hambar Bob.

Bob telan liur yang terasa kesat 

"Err..Bagi je saya air Bandung! Ada air Bandung?" Tidak sempat dia berfikir air apa yang dia mahu apabila mendengar Darren yang sudah berdehem di belakang.

"Panik punya pasal, Bandung pun Bandung lah Bob." Ickey kemam bibir cuba untuk menahan tawa.


Mr.Cruel (BAKAL DIBUKUKAN ‼️)Where stories live. Discover now