PART 30

9.4K 445 5
                                    

"Bos! Saya nak keluar sekejap, boleh?" Bob membelakangkan Darren sambil tubuhnya dilekapkan di dinding. Jari jemari menguis-nguis permukaan dinding. Menanti kebenaran dari Darren. Sesekali dia menoleh ke belakang.

"Kau dah kenapa? Tiba-tiba jadi pekerja yang berwibawa pula ni. Semua nak minta izin. Bukan selama ni kau langgar je semua rules kan?" Sinis ayat keluar dari bibir.

"Boleh kan bos? Kan? Kan?" Bob Angguk berkali-kali. Kini, dia rapat ke arah Darren.

"Kan? Kan? Boleh kan bos? Kalau saya keluar, bos tak akan denda saya, kan?" Bob soal lagi.

"Tak! Aku tak denda! Tapi, Aku potong gaji kau 15,000." Darren balas. Terus dia gapai kunci motor dan berlalu pergi meninggalkan Bob berseorangan di dalam bilik.

"Bos tak adil. Semua orang keluar, kenapa saya tak boleh keluar? Bos pun nak keluar kan? Tinggal saya je dekat rumah ni." Bob menyusuri anak tangga mengikuti langkah Darren.

Darren hanya menghiraukan Bob yang seakan-akan memberontak. Dia teruskan ikatan tali kasut sehingga ikatan yang terakhir. Kemudian, helmet yang berada di dalam almari  Dia ambil.

"Bos! Bos! Bos! Saya tengah bercakap dengan bos ni!" Bob buka langkah membuntuti Darren yang sudah beredar ke kawasan garaj.

VROOM!

VROOM!

VROOM!

"BOS!" Suara Bob tenggelam dalam ngauman enjin motorbike Darren. Puas dia menjerit, namun langsung tidak membuahkan hasil.
Dia hanya berdiri kaku hingga motorbike yang dipandu Darren susur keluar dari kawasan Mansion.

"BOS! SAMPAI HATI BOS! TEGANYA KAMU MEMBUAT AKU BEGINI! JIWA KU MERINTIH. MENJERIT!" Entah lagu apa yang dia nyanyikan saat ini. Kini, hanya dia seorang yang berada di mansion. Yang lain, semuanya sudah keluar pergi entah kemana-mana. Namun, dia tidak diizinkan keluar disebabkan denda yang diberikan Darren. Dia didenda disebabkan misi yang dirancang tempoh hari gagal kerana dia.

________

"Encik! Maaf ya, cafe dah nak tutup. Kalau nak order minuman boleh. Tapi kalau nak order makanan dan lain-lain, esok baru ada. Encik boleh datang bila cafe dah buka esok." Ayrena yang sedang mengemas dan mengelap gelas, bersuara apabila melihat seorang pelanggan lelaki yang baru masuk ke dalam cafe.  Suasana cafe hari ini agak sunyi kerana hanya dia yang ada di cafe. Disebabkan Rita dan Nadine mengambil cuti sakit kerana demam serentak, habis kelam-kabut dia harini. Kak Su pula minta untuk balik awak disebabkan ada temujanji. Lily pula dari tadi pergi ke kedai dan masih belum kembali. Mahu dikatakan sesat, tidak mungkin. Kedai yang Lily pergi pun, memang kedai yang sama yang selalu mereka pergi. Lagipun kedai tersebut dan cafe tidaklah jauh mana. Jika berjalan kaki pun lima minit dah sampai. Ini tidak, Cafe dah nak tutup pun, masih tidak nampak batang hidung.

Melihat lelaki itu tidak berganjak membuatkan Ayrena terhenti. Dia pandang lelaki itu atas bawah. Seorang Lelaki tegap dan tinggi. Dipenuhi dengan ukiran tatu di leher dan buta di mata belah kanan. Satu saat, dua saat, kemudian liur ditelan kesat.

Setapak lelaki itu mara, setapak dia ke belakang. Melihat Ayrena yang seperti takut akan kemaraannya, dia terus atur langkah lagi. Kali ini, bertapak-tapak Ayrena berundur. Dengan pantas dia berlari ke arah kaunter dan meraba-raba permukaan kaunter. Ingin mendapatkan telefon bimbit yang dia baru letakkan tadi. Namun, belum sempat dia gapai telefon, leher terasa dijerut.

"Bagitahu aku, mana kau sorok Lily. Kalau kau nak hidup,bagitahu aku mana perempuan tak guna tu sembunyi selama ni." Suara garau menerpa gegendang telinga. Tindakan lelaki tersebut membuatkan nafas Ayrena kian tidak teratur.

"Siapa Lily? Aku tak kenal."Ayrena geleng. Tidak! Tidak semudah itu untuk dia beritahu tentang Lily. Hati mula menebak, Inikah gerangan lelaki yang menyebabkan Lily masuk penjara beberapa tahun yang lepas? Ini kah lelaki jahat yang  pernah menjadi suami kepada Lily yang merupakan pekerjanya? Inikah...Alex?


"A...aku tak kenal siapa Lily." Dalam kerongkong yang terasa sempit dia bersuara. Dipandang mata Alex dalam-dalam. Dia ingin mengalihkan perhatian Alex.

"T..tolong! Tolong!" Lantas mulut Ayrena ditekup kasar.

"Kau jangan nak menipu. Aku tak bodoh!" Dicengkam Rahang Ayrena pula. Bukan itu jawapan yang dia mahu.

Perlahan saja Ayrena capai satu gelas kaca. Saat lelaki itu seperti hilang fokus, dia angkat gelas kaca itu dan hentak di kepala Alex.
Hentakan secara tiba-tiba membuat Alex seperti hilang keseimbangan dan tersandar di kaunter.

Ayrena yang terkejut akan tindakannya terjatuh dan terduduk. Dia berundur sambil tubuhnya masih duduk di atas lantai. Disangkakan Alex akan pengsan dan tidak sedarkan diri. Namun, sangkaan dia salah. Sekarang Alex masih sedar dan langsung tidak jatuh ke tanah.

Ayrena cuba bangun untuk berdiri kembali. Berkali-kali dia cuba. Disebabkan rasa takut yang sudah menguasai membuatkan kaki dia tidak kuat. Sudah seperti kanak-kanak yang baru hendak belajar berjalan. Kejap terbangun kemudian terduduk kembali. Namun, untuk percubaan terakhir dia gagahkan diri.

Ayrena bangkit dan terus berlari ke arah pintu utama cafe. Saat sudah berjaya keluar dari kawasan cafe, dia  berlari selaju yang mungkin. Disebabkan waktu sudah hampir tengah malam membuatkan suasana di sekitar kedai sudah sunyi sepi.

Entah kemana arah dia tuju. Sekejap di atas jalan, sekejap di hadapan kedai-kedai yang sudah gelap gelita. Sesekali dia menoleh ke belakang. Kemudian dia teruskan larian dan toleh kembali sehinggalah.

"DUM!"

Terjelepuk dia ke atas jalan apabila terasa melanggar seseorang.

"Encik tolong! Tolong saya! A...ada..." Tidak sempat habiskan ayat Ayrena sudah tidak sedarkan diri.

"Ada...?" Jeda. Dia tarik nafas dalam-dalam sebelum telefon di dalam poket seluar dikeluarkan.

"Hello bos!" Suara Ickey kedengaran di hujung talian.

"Hello! Kau kata mana? Datang sini. Aku share location!"



Mr.Cruel (BAKAL DIBUKUKAN ‼️)Où les histoires vivent. Découvrez maintenant