PART 60

7.8K 410 6
                                    

"Kalau awak nak minta ganti rugi, awak boleh minta pada papa saya." Terngiang-ngiang bait kata Ayrena di fikiran dia. Kata-kata yang Ayrena ucapkan saat api yang membakar dapur Darren berjaya dipadamkan oleh Darren sendiri. Darren senyum tipis.

Dah masuk sebulan mereka tidak berjumpa antara satu sama lain. Selepas peristiwa hitam itu terjadi, dia tidak nampak bayang mahupun kelibat Ayrena. Di mana Atheena bawa Ayrena pergi pun dia tidak tahu. Malah budak-budak Darren sendiri tak dapat cari.

"Where are you, Ayrena. I hope you will be fine. I hope you will recover from this pain. I hope I can fulfill the promise I made to uncle. My heart hurts when you leave me like this, Ayrena. But, it doesn't hurt as much as you feel." Darren ucap kata dalam keadaan menyandar di balkoni. Bulan penuh yang mengambang di langit dia renung penuh pengharapan.

Pejamkan mata untuk seketika, Darren hembus nafas panjang. Dia gagahkan tubuh untuk berjalan masuk. Tuju ke arah wardrobe room, Darren ambil baju turtleneck dan sarung ke tubuh.

Kemudian Darren atur langkah keluar menuju ke arah kanan rumah. Dimana kedudukan lift terletak. Masuk dalam perut lift, butang lift ke dapur dia tekan.

Ting!

Buka saja pintu lift pandangan Darren dah kaku pada Spiderman gemuk yang duduk di kerusi yang di kerumun oleh kas, Jo dan Kar.

"Kau dah kenapa Bob?"

"Ouch sakit! Perlahan sikit Jo." Jo yang sedang menuam dahi Bob geleng kepala. Tak tahu nak cakap apa, si Bob sendiri yang cari penyakit.


"Bos tanyalah si Bob ni apa dia buat sampai kena belasah macam ni." Kas tunjukkan jari telunjuk kepada Bob. Dia pun tidak tahu nak mula dari mana. Lebih baik bos tanya pada tuan badan sendiri.

"Kau kena serang ke?" Darren mendekat. Dia dongakkan kepala Bob ke atas menghadap dia.

Bob geleng.

"Tak bos! Kena pukul sikit je ni. Tapi bukan kena serang."


"Kena pukul dengan siapa? Macam mana boleh kena pukul?" Darren sambung lagi.

"Saya nak tolong bos je. Saya pergi cafe cik Ayrena."

"Then?" Soal Darren sambil jongket kening sebelah.

"Saya nak cari Cik Ayrena, bos. Saya pergi sana nak tanya tentang cik Ayrena lah." Sambung Bob lagi.

"And then?"

"Masa saya masuk cafe cik Ayrena tu, pekerja dia tak perasan saya. Saya apa lagi, sergah lah dia."

"Kau pergi sergah dia?" Soal Kar.

"Ya! Tapi, aku tak sangka pula dia punya terkejut tu sampai macam tu, sampai terkeluar dia punya muay Thai." Cerita Bob dengan penuh emosi.


"Mana tak terkejut dia kalau kau sergah dia dengan pakai costume Spiderman kau ni."

"Manalah aku tahu." Bob buat muka. Sebelah tangan pegang cermin kecil. Sebelah tangan lagi pegang rahang yang terasa teralih.


"But it's okay. Demi bos, esok saya pergi lagi. Nak tanya tentang cik Ayrena. Takkanlah dia sebagai pekerja cik Ayrena sendiri, tak tahu apa-apa, kan?"

"Ikut kau lah Bob. Buat je lah apa yang kau suka. Tapi ingat, malam esok kita ada mission." 

"Baik bos!"

Mr.Cruel (BAKAL DIBUKUKAN ‼️)Where stories live. Discover now