PART 10

12.8K 519 3
                                    

"Mama! Papa! Ayrena ada perkara nak bincang sikit, boleh?" Pinta Ayrena yang sedang duduk di sofa berhadapan dengan Tuan Razi dan Puan Fateema. Senyuman di bibir diukir dengan sebaris gigi. Tangan memintal-mintal hujung kemeja lagak gaya Ingin memujuk.

"Kenapa? Ayrena, Nak apa pula kali ni?" Tuan Razi bagaikan sudah agak tindak tanduk Ayrena yang inginkan sesuatu.

"Ayrena dah buat keputusan. Dah fikir masak-masak dah pun. Tapi, kalau mama dengan papa tak setuju dengan permintaan Ayrena ni..." Ayrena diam sedetik.

"Ayrena terima je!" Sambungnya lagi. Perasaan dia kini bercampur baur. Rasa Serba salah pun ada. Namun, dia beranikan diri. Mengambil risiko untuk Berterus terang itu lebih baik.

Tuan Razi dan Puan Fateema apa lagi. Pandang satu sama lain. Persoalan mula menebak.

"Ayrena nak kahwin?" Serentak soalan itu diajukan. Ayrena mahu terima Adam Mikael kembali? Tidak mungkin. Malah mustahil untuk mereka lepaskan Ayrena kepada lelaki yang tidak bertanggungjawab seperti Adam Mikael.

"Eh! Apa pula mama dengan papa ni! Ke situ pula."  Ayrena menyangkal. Buat masa ini hati dia masih tidak bersedia untuk menerima lelaki. Ini kan pula berkahwin? Mustahil!

"Habis tu, perkara apa yang Ayrena nak bincang? Buat suspen mama dengan papa je."  Tuan Razi tarik nafas lega. Nasib baik bukan soal kahwin.

"Sebenarnya Ayrena dah fikir untuk pindah duduk rumah Atheena. Lagipun, Ayrena nak berdikari. Kalau boleh, Ayrena dah tak nak susahkan mama dengan papa. Selama mama dengan papa besarkan Ayrena, Ayrena rasa dah banyak sangat susahkan mama dengan papa." Perasaan sebak cuba dia tepis untuk pergi. Benar kali ini dia tekad. Biar untuk kesekian kali, dia benar-benar hidup di atas kaki sendiri. Menerima hakikat bahawa dia merupakan yatim piatu. Menerima hakikat bahawa Tuan Razi dan Puan Fateema hanyalah keluarga angkatnya. Sakit. Untuk berdamai dengan keadaan dan sebuah hakikat.

"Ayrena dah fikir betul-betul?" Soal Tuan Razi. Berat di hati ingin menerima permintaan Ayrena. Namun, demi kebahagiaan Ayrena, mungkin itulah yang terbaik. 

"Ayrena, sungguh ke ni?" Puan Fateema pindah duduk. Dari sebelah Tuan Razi kini di sebelah Ayrena. Tangan Ayrena di genggam. Digosok penuh kasih. Tak sangka anak yang mereka jaga dan tatang bagai minyak yang penuh, kini sudah meningkat dewasa. Menjadi seorang wanita yang berdikari dan berjaya. 

"Ini keputusan Ayrena! Ayrena akan selalu datang rumah ni, walaupun Ayrena pindah ke mana sekalipun. Ini kan rumah keluarga Ayrena!" Air jernih mula bertakung. Namun ditahan untuk tidak mengalir.

"Kalau itu kehendak Ayrena. Mama dengan papa tiada hak untuk halang. Kebahagiaan Ayrena, adalah kebahagiaan mama dengan papa." Tuan Razi mendekati dua tubuh yang berpeluk erat.
Digosok ubun-ubun Ayrena. Terbayang saat pertama kali Ayrena menjejakkan kaki di rumah mereka. Terbayang buat pertama kali Gelaran papa dipanggil oleh Ayrena buat Tuan Razi.

"Lahh! Patut Adrian cari dekat atas kosong! Dekat sini rupanya tiga beranak ni. Buat drama air mata." Adrian jalan mendekat ke ruang tamu.

"Kenapa ni? Apa yang sedih sangat ni? Ayrena! Abang Ad ketinggalan apa ni? Cerita lah!" 

"Ayrena nak pindah duduk dengan Atheena je! Ni, mama dengan papa ni! Dia punya reaksi tu, Macam Ayrena nak pindah luar negara pula." Ayrena angkat wajah. Memandang Adrian atau lebih dikenali sebagai Tuan Adrian yang mula melabuhkan punggung di sofa.

"Kenapa nak pindah? Tiba-tiba!"  kening tajam milik Adrian  bercantum. Tiada angin, tiada ribut, tiba-tiba saja mahu pindah.

"Ayrena nak belajar hidup berdikari lah, abang Ad! Asyik jadi anak manja mama dengan papa je! Bila nak belajar jadi independent, kan?" Tambah Ayrena. Mahu meredakan rasa di hati. 

"Hurm!" Adrian angguk, tanda setuju.
"Bila Ayrena pindah?" 

"Kalau jadi, bulan depan!"  

"Bulan depan? Lagi dua minggu dah bulan depan, kan?"  Tambah Adrian.

"Ha'ah! Jadi, lagi dua minggu Ayrena duduk sini!" Ayrena senyum kelat.

"Kalau Ayrena yang memang nak pindah, abang halang pun, Ayrena akan bantah!" Tambah Adrian. Memang dari dulu begitulah mereka. Dia cakap A, Ayrena akan cakap B.
Dia Cakap C Ayrena cakap D. Susah! Perempuan. Complicated!

"Abang Ad, tolong cakap dengan mama dengan papa ni, Ayrena boleh jaga diri. Ayrena kan dah dewasa." Tangan menepuk-nepuk belakang Puan Fateema. Memujuk. 


"Mama! Papa! Si Ayrena ni, nak pindah rumah si Atheena tu je! Bukannya jauh pun. Kalau mama dengan papa nak pergi melawat Ayrena Hari-hari pun, Ad boleh hantarkan. Tak perlu lah nak sedih sangat. Ayrena bukan nya pindah terus dan tak balik langsung. Ini kan rumah Ayrena juga. Jauh mana pun dia pergi, kita akan tetap satu keluarga!" Adrian memujuk. Ni kalau tak pujuk, memang sampai ke pagi lah mereka berempat di situ.


"Mama percaya yang Ayrena boleh jaga diri. Mama bagi kepercayaan mama pada Ayrena. Ayrena janji dengan mama, Akan kembali dekat rumah ni. Ayrena janji jangan tinggalkan mama. Ayrena satu-satunya anak perempuan mama dan akan kekal jadi anak mama sampai bila-bila. Sayang anak mama ni!" Pipi Ayrena dikucup berkali-kali.

"Ayrena janji mama! Ayrena janji! Kita satu keluarga sampai bila-bila, kan?."
Ayrena eratkan pelukan. Air mata yang kian tumpah dibiarkan tanpa di seka. Itulah keluarga yang membesarkannya dengan penuh kasih sayang tanpa mengira siapa dia.




Mr.Cruel (BAKAL DIBUKUKAN ‼️)Where stories live. Discover now