PART 43

8.5K 458 9
                                    

"Encik Darren, ambil gambar saya." Ayrena posing di satu sudut di atas Skybridge. Darren hanya ikutkan saja kehendak Ayrena. Sudah boleh dia iktirafkan diri dia sebagai personal photographer si Ayrena ni. Ini baru Ayrena yang ikut, nasiblah Mia Isabella tak ikut, kalau tidak jenuh juga dia nak melayan dua karenah.

"Encik Darren dah siap ambil gambar ke? Saya dan lenguh ni!" Ayrena bersuara saat Darren terlihat masih belum siap. Entah berapa gambar yang Darren ni ambil. Dia hanya minta sekeping sahaja untuk kenangan. ini tidak, setiap kali Ayrena berkedip, Setiap kali itulah Darren ambil gambar.

"It's Done!" Darren angguk beri balasan. Sesekali dia zoom gambar Ayrena di screen telefon.

"Teropong ni berat lah! Encik Darren tolong pegang boleh tak?" Ayrena jinjit, lantas disarungkan teropong tersebut di leher Darren tanpa persetujuan Darren. Serupa pakaikan medal di leher atlet. Elok tersangkut kedua-dua teropong yang mereka berdua sewa. Satu kepunyaan Ayrena, satu lagi kepunyaan Darren. Ini kalau orang nampak, mahu disangka mereka berdua pasangan kekasih. Sudahlah baju mereka matching-matching.


"Cantikkan permandangan dekat atas ni?" Tutur Ayrena yang kedengaran kagum. Apa yang sedang dia lihat saat ini, merupakan salah satu impian yang dia mahukan pada zaman kanak-kanak dahulu. Kalau Ikutkan perancangan, dia ingin berbulan madu di Langkawi selepas dia berkahwin. Namun, perancangan dia meleset jauh saat dia berjumpa dengan Darren. Dia pun bagai tidak percaya yang sekarang ini, dia sedang bercuti di Langkawi dengan lelaki yang bergelar Mr Cruel dan merupakan client kepada Adrian. Ini kalau papa dan mama tahu, habislah dia. Silap-silap kena luku dengan lesung batu turun temurun mama.


"Cantik!" Darren memberi balasan terhadap pertanyaan Ayrena. Pandangan mata tidak lekang memandang Ayrena yang tersenyum sambil melihat pemandangan. Entah yang mana dia kata cantik, sama ada pemandangan yang terhidang di hadapan atau seorang gadis yang sedang berdiri  di sebelah dia.

Sedang mereka berdua berjalan beriringan menikmati pemandangan indah dari atas, bunyi deringan telefon Darren membuatkan dua-dua beralih melihat sang pembuat panggilan.

"Siapa?" Soal Ayrena.

"Wait here and don't go anywhere."  Darren atur langkah menjauh dari Ayrena.



"Nak jawab call pun kena jauh-jauh!" Muncung sedepa, Ayrena kecilkan mata melihat Darren yang makin menjauh. Sehingga pandangan dia terlindung oleh para pengunjung yang makin bersesak-sesak.


"Hurm! Biarlah!" Ayrena sambung menikmati keindahan alam sambil hati menjerit teruja. Seketika, dia pejamkan mata sambil hirup udara segar sehinggalah terdengar namanya seakan dipanggil oleh seseorang. Yang pasti itu bukan suara Darren. Segera dia celikkan mata, mencari punca suara.


"Abang Qash?"

"Ayrena!" Qash semakin mendekat menghapuskan jarak antara mereka.


"Abang Qash buat apa dekat sini?" Soal Ayrena. Hati mula bermonolog Kalau driver cuti, siapa yang hantar papa pergi kerja? 


"Good question, miss Ayrena! Abang Qash minta cuti dengan Tuan Razi satu minggu."

"Abang Qash cuti?" Soal Ayrena lagi.

"Yes!" Qash senyum hingga tampak sebaris gigi.

"Kenapa tiba-tiba? Sepanjang abang Qash kerja dengan papa empat tahun ni, tak pernah-pernah pun Abang nak cuti. Kalau boleh, nak simpan je cuti Abang tu." Pandang wajah Qash Ayrena beri soalan cepumas.


"Entahlah Ayrena. Tiba-tiba je abang rasa nak cuti. Jadi, abang ambil lah cuti. Tak sangka pula terjumpa Ayrena dekat sini. Agaknya jodoh mungkin." Qash merapikan rambut di dahi hingga mencecah kening kembali. Memang fesyen rambutnya seperti budak nerd sepanjang bekerja dengan tuan Razi. Cermin mata bulat yang tadi disimpan dia sarung kembali.

"Ayrena datang dengan siapa? Atheena ke? Atau semua pekerja Ayrena ikut juga? Papa tahu tak?" Bertalu-talu Qash beri soalan. Ayrena pula sedang berfikir jawapan untuk temberang.


"Se.. sebenarnya..."

"Ayrena!" Potong Darren dari arah belakang Qash. Sejak dia menjawab panggilan, dia perasan lelaki itu memang menuju ke arah Ayrena. Mungkin kenalan atau mungkin juga para pengunjung yang bertegur sapa. Namun, segera dia dapatkan Ayrena saat Ayrena seakan mesra dengan lelaki itu.

Mendengarkan Suara dari belakangnya, terus Qash pusing tubuh. Ayrena hanya berkerut melihat reaksi Qash dan Darren yang seakan-akan terkejut melihat antara satu sama lain. Yang terlihat ketara, wajah mereka bertukar reaksi.


_______

"Sedap?"

"Sedap! Slurp! Sedap sangat." Ayrena habiskan suapan yang terakhir. Sungguh dia tidak pernah merasakan Spaghetti sesedap ini. Namun, tidak boleh bertanding dengan masakan mama. Sudah tentu masakan mama akan mendapat tempat nombor satu.

Darren peluk tubuh memandang gerak-geri Ayrena. Elok dia bersandar di kerusi berhadapan dengan Ayrena.


"Kenapa Encik tak makan? Minum Air   Americano tak kenyang pun." Melihat Darren tiada reaksi terus dia sambung makan hidangan yang lain pula.

"Siapa lelaki tadi?" Aju soalan. Pandangan mata Darren benar-benar memerhati ke anak mata Ayrena.


"Encik senyap daripada tadi sebab lelaki tadi ke? Saya ingatkan apa lah, ingatkan Encik Darren datang bulan, mood swing atau apa. Encik Darren Jealous rupanya." Pegang dada, Ayrena ambil nafas lega. Kalau nak difikirkan tentang mood swing sepatutnya dia yang mood Swing.


"Datang bulan? What's that?" Soal Darren. Memang dia faham bahasa Melayu, namun tidaklah memahami bahasa-bahasa yang ganjil seperti itu.
Dia masih lagi belajar memahami dengan mendalam.


Malu sendiri, Ayrena ketuk dahi. Ayrena, kau tak sepatutnya sebut macam tu. Namun dia angkat wajah kembali saat terfikir satu idea.


"Datang bulan tu bila Encik tak nak diganggu oleh sesiapa. So kalau sebut je datang bulan, orang tu akan pergi. Haaa! Like that!" Ayrena Angguk dengan jawapan yang dia berikan.








Mr.Cruel (BAKAL DIBUKUKAN ‼️)Where stories live. Discover now