PART 100

5.1K 350 21
                                    

"Atheena, kau tak service kereta ke?" Ayrena duduk mencangkung menghadap tayar kereta yang tidak bergerak.

"Aku baru service okay. Baru je minggu lepas." Atheena bersandar di pintu kereta Nissan GTR R35 miliknya. Apa pula ujian dia kali ini. Enjin kereta mati secara tiba-tiba. Sudah hampir satu jam mereka terkandas di situ. Tambahan pula jalan shortcut yang mereka lalu tidak menjadi laluan utama pemandu kereta lain. Daripada tadi mereka berdua menunggu, tiada satu pun kereta yang lalu di kawasan terpencil itu.

Line internet juga tiada. Sudah hampir satu jam juga mereka cuba apa yang patut, tetapi masih tidak membuahkan apa-apa. Sekarang Ayrena dan Atheena hanya memilih untuk duduk diam dan menunggu mana-mana kereta yang akan melalui kawasan itu. Mungkin selepas itu mereka boleh meminta pertolongan.

"So sekarang apa yang kita nak buat? Ada idea?"

"Lama kita tak berborak dengan mendalam, kan?"

"Hurm, itulah."

"Kau macam mana hidup lepas kahwin?"

"Macam tulah, tak bebas macam dulu-dulu. Rindu pula zaman single." Ayrena duduk bersila di atas jalan tar.

"Kenapa? Mr Cruel kau tu, tak okay ke?"

"Haih, bukan tak okay, kau nak tahu satu cerita tak?"

"Cerita apa?"

_______________

"La mia barba," Darren menilik beard kesayangannya di hadapan cermin. Mujurlah selotape yang Ayrena gunakan tidak berapa kuat. Ikatan tangan Darren juga sudah terlerai.

"Adik aku tu, kau tengok je macam tu, tapi budak kecil tu kalau datang dia punya perangai gila-gila, memang kau yang naik gila," Bergema suara Adrian di dalam ingatan Darren. Beberapa bulan yang lepas sebelum Adrian eksiden dan koma, Adrian dan dia banyak bertukar cerita. Jadi perangai Ayrena pun, dia sudah tahu dan faham daripada awal.

"Bos boleh aku masuk?" Suara Ickey di muka pintu.

"Come in," Ickey berjalan masuk ke dalam.

"Ayrena mana?"

"Cik Ayrena keluar. Bukan ke bos sendiri yang bagi izin cik Ayrena keluar?" Berkerut seribu dahi Ickey. Tubuh Darren yang sedang membelakangkannya dipandang hairan.

"Tchh! Dia jual nama aku?" Darren berpusing.

"Cik Ayrena yang cakap pada saya, bos sendiri yang benarkan untuk dia keluar."

"Haih, biarkanlah dia. Nak keluar sangat kan. Aku nak tengok berapa lama dia boleh survive."

"Kotak apa tu?" Soalan Darren membuatkan Ickey teragak-agak untuk meletakkan kotak berwarna hitam itu di atas meja.

"Bukan barang bos? Bos yang order kan?"

"Aku tak order barang." Darren menggeleng.

"Tapi ini nama bos," Ickey membaca lagi sekali tulisan yang tertulis di kotak tersebut. Darren Del Lucca!

"Siapa yang order? Bukan aku," Darren susun langkah mendekat.

Hujung jari mula membuka balutan kotak.
"Bos, biar saya buka dekat luar. Kita tak tahu apa yang ada dalam ni. Mungkin bahaya,"

"It's okay, aku nak buka sendiri." Darren meneruskan tindakannya sehingga penutup kotak itu dibuka luas.

"Bos," wajah Ickey berubah reaksi begitu juga Darren.

"Erica?" Soal Darren saling memandang sesama sendiri. Kemudian hujung mata dia kembali ke dalam kotak yang berisi segenggam rambut panjang berwarna merah. Di hujung rambut tersebut terlihat masih ada sisa-sisa darah dan kulit kepala.

Mr.Cruel (BAKAL DIBUKUKAN ‼️)Where stories live. Discover now