PART 79

8.4K 409 11
                                    

"Hurmm! bunga mana yang sesuai nak bagi pada bos ni?" Bob berjalan mengelilingi kedai bunga yang hampir keberapa puluh kali sudah dia tawaf.

"Kalau pilih yang ini nanti bos ingat aku nak mengorat bos pula. Tak pasal-pasal nanti pekerja lain ingat aku ni gay. Kalau yang ni nanti  bos tak suka pula,  Sebab nampak lembut. Hurm! Memandangkan Harini hari jadi bos. Jadi, aku bagi sekali pakej bos terbaik lah. Mana tahu nanti gaji aku naik ataupun dapat bonus." Bob melangkah lebih dalam di dalam kedai. Bila dia dah nampak bunga yang berkenan, terus Bob pergi ke kaunter.

"Aunty, bungkuskan yang itu dan yang ni."

______

Bob berjalan keluar daripada perut lift. Bunga yang dia belikan tadi masih berada di dalam beg kertas yang dibawa. Dia sedang berjalan menuju bilik office Darren.

"Mesti Ickey, Ezra dengan yang lain dah ada kat dalam." Tanpa ketukan, Bob pulas tombol pintu.

"Surprise!" Sudah di agak yang lain dah jadi badut dekat dalam ni. Bob berjalan dalam office Darren penuh berkarisma.

Ezra, Ickey, Kas dan Kar masing-masing terdiam melihat Bob. Apa yang sampuk si Bob ni? Dengan sebatang rokok elok dikepit di hujung bibir, Bob berjalan menonong ke arah Darren.

Darren berdiri sambil bersandar di meja kerjanya. Masuk saja Bob tadi dia dah geleng kepala. Tangan yang tadinya bersilang di dada, kini mencapai satu gunting.

"Kau jangan berasap-asap dalam bilik aku. Siapa mengajar kau merokok ni, Bob?" Hujung puntung rokok Darren gunting. Bila jatuh saja hujung rokok di atas lantai, Darren pijak sampai lumat.

"Bos! Saya baru je belajar merokok ni Bos." Bob bawa keluar lebihan rokok di mulut.

"Nak merokok, jauh dari aku." Hujung jari Darren menjentik dahi Bob.

"Bos!" Gosok-gosok dahi yang terasa sengal, Bob pandang ke arah yang lain.

"Korang dah bagi hadiah pada bos ke?" Soal Bob tertanya-tanya.

"Dah. Kitorang tengah tunggu kau dengan Jo je belum bagi bos hadiah lagi." Jawab Ezra.

"Bos! Ni untuk bos. Selamat hari tua dan saya nak bos tahu bos lah bos terbaik yang pernah saya ada."  Bob bawa keluar bunga yang hendak diberi. Bunga disarungkan di leher Darren. Seketika sejambak bunga yang sudah diikat kemas diberi kepada bosnya.

Terpaku Darren saat Bob memakaikan dia bunga tersebut.

"Bob!"

"Ya,bos?" Penuh semangat Bob jawab.

"Dekat mana kau beli bunga ni?"

"Kedai hujung tepi jalan tu bos. Kesian kedai dia macam takda orang pergi. Saya pun pergi lah. Tak sesak dan cantik-cantik bunga dekat situ." Jelas Bob panjang. Memang kedai itu tiada orang, dan disebabkan itu Bob memilih untuk beli bunga dekat situ. Entah mengapa kedai bunga yang lain penuh dan sesak.

"Bob! Bunga apa kau bagi ni?" Ickey menyampuk. Takkanlah Bob tak tahu bunga ni apa fungsinya? Maklumlah setiap bunga pasti ada maksud nya yang tersendiri.

"Bob! Apa kata kau yang pakai bunga ni. Sesuai dengan kau." Bunga di leher Darren tadi, Kas ambil dan sarung pula pada leher Bob.

"Eh! Kenapa pula. Ini hadiah aku pada bos. So ini milik bos."

"Mentang-mentang hari ni hari jadi aku. So, hari ni juga kau nak meraikan kematian aku ya Bob. Siap bagi bunga orang mati pada aku."

"Huh! Bunga orang mati? B..bos.." Bob kelu.

Masing-masing dah tepuk dahi. Habislah Bob. Sudahlah hadiah yang Ezra bagi tadi senjata keluaran terbaru. Silap-silap Bob boleh jadi mangsa yang pertama.

_________

"Betul ke Jo? Tapi Darren tak bagitahu pun yang harini birthday dia?" Soal Ayrena lagi. Lepas saja Darren pergi kerja tadi, Jo menelefon dia dan ajak berjumpa.

"Betul cik Ayrena. Buat apa saya nak tipu? Ni, cik Ayrena nak beli apa untuk bos?"

"Darren suka apa?" Ayrena berjalan bersebelahan dengan Jo sambil menilik skrin telefon.

"Kalau tanya Google, risau Darren pula nanti tak suka hadiah tu." Gumam Ayrena lagi.

"Jo, kalau you jadi Darren, you suka apa?"

"Saya? Kalau saya jadi bos? Hurm! Saya pun tak pasti Cik Ayrena. Semuanya Bos dah ada, apa je yang Bos belum ada?"

"Haa! I dah terfikir satu benda. You tunggu dekat sini, biar I yang pergi cari sendiri." Ayrena berlalu pergi saat terfikir satu hadiah.

Jo pula masih dalam dilema. Dia masih tidak jumpa hadiah apa yang mahu dibeli.


Mr.Cruel (BAKAL DIBUKUKAN ‼️)Where stories live. Discover now