PART 105

4.9K 390 35
                                    

"Thanks Ezra tolong hantarkan I sampai dekat rumah I. Tolong sampaikan ucapan terima kasih I pada bos you juga. Terima kasih banyak-banyak. Kalau you guys tak ada, I tak tahu apa yang jadi pada I dengan Ayrena tempoh hari."

"You're welcome miss Atheena. Masuklah! Selamat berehat. Don't worry about your car. Saya dah tolong hantarkan dekat bengkel. Nanti kalau kereta cik Atheena dah siap dibaiki, saya akan hantarkan dekat sini." Ezra tersenyum manis. Atheena dihantar hingga depan pintu rumah mengikut apa yang dipesan oleh Darren.

"Thanks again! It's okay, you boleh pergi balik. I dah sampai dekat dalam dah pun, dah selamat. No need to worry about me."

"Goodnight cik Atheena."

"Goodnight," Atheena melambaikan tangan sehingga kereta yang dipandu Ezra menyusur hilang dari kawasan banglo miliknya.

"Semuanya kacak bergaya sampai tak tahu nak pilih yang mana," pintu rumah ditutup serapat nya dan dikunci dari bawah hingga atas. Tirai langsir juga ditarik hingga menutup setiap bahagian tingkap.

"Ayrena, aku dah sampai rumah. Thanks for today. Nanti apa-apa call je aku." Satu petikan mesej dikirim pada Ayrena.

___________________

Tok!

Tok!

Tok!

Darren yang sedang duduk bersandar di headboard katil terus berhenti daripada menekan-nekan keyboard laptop. Siapa pula yang ingin berjumpa dengannya? Kebiasaannya hanya pekerja Darren yang akan mengetuk pintu dahulu sebelum masuk. Kalau Ayrena jarang sekali dia akan ketuk meminta izin, melainkan terjah masuk saja.

"Masuk," pintu dikuak luas dari luar. Tak lama kemudian, muncul Ayrena dengan beberapa bungkusan beg kertas yang penuh di tangan.

"Ickey, masuk je! Letak barang I dekat sini," serentak dengan itu, muncul pula Ickey yang membawa masuk beberapa longgokan beg kertas barangan Ayrena.

"Saya letak dekat sini," beg kertas diletakkan secara tersusun di tepi katil.

"Tinggalkan je dekat situ, thank you!"

"Bos ada nak apa-apa ke?" Soal Ickey selepas selesai meletakkan barang Ayrena. Coat hitam yang dipakainya dibetulkan kemas.

"Tak, kau pergilah rehat," Darren smbung menaip di keyboard.

"Baik bos," Ickey berlalu keluar dari bilik.

"Lamanya keluar."

"Hurm, lama sikit. Banyak sangat barang perempuan nak kena beli," Ayrena tersengih kecil. Perlahan-lahan dia naik ke atas katil dan berbaring di sebelah Darren.

"Seronok ke keluar dengan Atheena?" Tanya Darren lagi. Iris matanya masih kekal memandang di skrin laptop.

"Mestilah seronok. Kalau keluar dengan Atheena, tak pernah tak seronok."

"Seronok sangat dengan Atheena sampai tak bagi aku ikut?"

Mendengarkan itu, Ayrena terus simpul senyum manis. Cepat-cepat dia bangun daripada berbaring dan berpindah duduk di sebelah Darren. Saat ada lagi jarak yang tersisa, Ayrena hapuskan ruang tersebut.

Kepalanya disandarkan pada bahu kiri Darren. Kedua tangannya pula merayap di lengan sasa sang suami.
"Haih, merajuk ke husband saya ni?"

"Tch, for what?" Nafi Darren.

"Awak ni, dah tua-tua pun menyempat nak merajuk. Saya keluar dengan Atheena je bukannya keluar dengan lelaki lain." Ayrena cebik bibir.

"Berani ke? Kau keluar dari rumah ni pun aku cari sampai lubang cacing, inikan pula kalau kau berani keluar dengan lelaki lain belakang aku," Darren toleh memandang Ayrena.

Mr.Cruel (BAKAL DIBUKUKAN ‼️)Where stories live. Discover now