PART 106

4.7K 368 24
                                    

Darren memberi isyarat supaya kesemua anak buahnya menjatuhkan senjata dari terus dihalakan pada Mikael. Reaksi Mikael masih lagi cuak! Pucat lesi wajah bersih itu sebaik saja melihat senjata yang dihala padanya beberapa detik tadi.

"Sayang, apa semua ni? Say..."

"Once again that word comes out of your mouth, I will not hesitate to cut your tongue."

Ayrena telan liur sebaik saja mendengar amaran Darren. Memang ini apa yang dia mahukan, tetapi dia tidak sekejam itu.

"Darren," kelu lidah Ayrena apabila melihat wajah Darren yang hanya bermain serius. Dari segi pandangan mata Darren sekarang, ibaratnya sedang menahan larva api dari meletus.

"Mikael you pergi balik,"

"I tak akan balik selagi you tak setuju untuk untuk maafkan I dan kahwin dengan I," Mikael bangun berdiri.

"You ni hilang akal ke Mikael?" Ayrena turut berdiri. Pandangan matanya menentang hebat pandangan Mikael.

"I jadi macam ni sebab you, Ayrena."

"Semuanya berpunca dari you, bukan I Mikael. Sudahlah, I dah penat. Tolong pergi dari sini. Tolong pergi sejauh-jauhnya daripada hidup I. I dah tak nak tengok muka you lagi."

"Mudahnya you cakap, macam mana dengan I? I berjuang untuk cinta I, Ayrena."

"Cinta yang macam mana tu? Cinta yang boleh bertukar ganti macam you tukar ganti I dengan perempuan lain dulu?" Meninggi suara Ayrena.

"Sebab itu I nak tebus semuanya, Ayrena. I sedar yang I tak boleh hidup tanpa you." Mikael masih memujuk.

"Enough, I dah menyampah dengan you. Cukup, Mikael. Cukup! Cukup sampai sini je. I hate you."

"Ayrena," lengan Ayrena ingin ditarik oleh Mikael.

"Don't you dare touch what belongs to me," lengan Mikael digenggam dengan kuat sehingga menampakkan urat-urat di dahi Darren. Daripada tadi dia sudah cukup bersabar sebanyak yang mungkin. Tetapi, perangai Mikael tidak mahu mengalah. Malahan semakin menjadi-jadi dan melebihi had.

"Kau...s..siapa?" Gagap Mikael menyoal dengan muka yang merah padam menandakan betapa kuatnya Darren genggam lengan dia.

"Daripada tadi aku bagi peluang untuk kau bercakap, sekarang giliran aku pula untuk sedarkan diri kau tu,"

"Acah nak jadi hero ke?" Terjongket kening tajam Darren apabila mendengar satu kata yang dilontarkan Mikael bagai berbaur sindiran.

Ayrena bergerak ingin pergi, tetapi dihalang oleh suara Darren.
"Ayrena," Lengan Mikael dilepaskan dari pegangan.

Ayrena berhenti. Dia terus-menerus berdiri membelakangkan Darren dan Mikael. Wajahnya merah menahan geram.

"The woman you came to persuade and begged to accept you... is my wife." Ibaratnya hanya suara Darren yang kedengaran di ruang tamu. Bergema perkataan yang baru saja Darren katakan tadi di minda Mikael.

"Huh?" Kotak cincin yang berada di dalam genggaman Mikael, terjatuh ke atas lantai.
Cincin juga terlepas dari pegangan jari.

"How? How... can?" Mikael gagahkan mulut untuk berbicara.

"Dah lama," Jawab Darren bersahaja. Spontan Ayrena berpusing menghadap Darren. Tidak dia jangka Darren akan bercakap jujur. Seingat dia, Darren sendiri sudah berpesan banyak kali supaya merahsiakan perkahwinan mereka dan status Ayrena.

Secara tiba-tiba Darren sauk pinggang ramping Ayrena merapat dengan tubuh tegapnya. Ayrena pula berdiri kaku tidak bergerak. Masih terkejut dengan tindakan Darren yang memperlakukan dirinya sebegitu.

"Aku rasa dah cukup jelas apa yang aku cakap. Tunggu apa lagi? Kau nak aku heret kau secara paksa ataupun kau nak berambus dari sini sendiri?"

"Wait...I don't believe it,"

"Apa lagi yang aku boleh buat supaya kau percaya? I don't think you want to see me being romantic with her as husband and wife in front of you." Tutur Darren lagi.

"Ayrena, I tak percayakan dia. Bagitahu I yang dia tipu."

"He's right! I dah kahwin Mikael. I nak you dengar ni, untuk kali yang terakhir. You dengar dan hadam kan baik-baik. I, Ayrena Rosebell cuma sayang dan cintakan suami I, Darren Del Lucca untuk seumur hidup I." Laung Ayrena kuat. Tidak semena Darren menguatkan lagi genggaman di jari jemari mereka yang saling berpaut. Entah apa lagi cara yang dia ada untuk buatkan Mikael percaya.

"No, tak mungkin."

"Dah jadi dah pun, Mika. I rasa you dah hadam kata-kata I. You dah boleh pergi sejauh-jauhnya dari I. Tolong jangan muncul depan I lagi. Darren, tolong uruskan dia. I'm done here." Ayrena berlalu pergi dan naik ke tingkat atas membawa Mia bersama.

"Bob, pergi tengokkan Ayrena dengan Mia dekat atas."

"Menurut perintah, bos."

"Untuk kali terakhir aku berlembut dengan kau. Pergi dari sini,"

"Tak guna! Kau rampas dia dari aku?" Mikael berlari ke arah Darren. Tak sempat dia menyerang Darren, tubuhnya terlebih dahulu sudah dihalang dengan kedua-dua tangan Darren.

"Aku tunggu masa je, tadi." Darren menjengil memandang Mikael yang benar-benar tekad ingin menyerangnya.

"Itu je ke kekuatan kau? Aku tak rasa pun," sindir Darren bila Mikael menggenggam bahu kanannya.

Krak!

Krak!

Bunyi tulang jari patah terhasil dari tangan kiri dan kanan Mikael yang dipatahkan oleh Darren.

"Aku baru panaskan badan, takkan dah nak mengaku kalah? Tadi bukan ke kau nak serang aku? Seranglah, pukul aku." Cabar Darren. Semakin geram Mikael bila melihat wajah Darren yang sebegitu. Rasa sakit dihiraukan kerana amarah yang kian membuak.

Mikael terus ingin menyerang Darren tetapi tiada satu pun yang berjaya menjatuhkan Darren. Kesemuanya Darren berjaya elak. Peluang itulah yang Darren tunggu daripada tadi.

Buku lima digenggam sebelum Darren membuat serangan balas dengan menghentak kepala Mikael di atas permukaan meja kaca. Sudah dihentak, Darren angkat kepala Mikael kembali dan hentak semula ke atas permukaan meja. Berkali-kali dia ulang perkara yang sama.

"Aku tak ada lah kejam mana," Tubuh Mikael yang kian lemah dilempar ke atas lantai sebelum Darren bersiul kecil.

Tak lama kemudian, muncul Triston yang berlari-lari datang ke ruang tamu.

Tubuh Mikael yang berlumuran darah didatangi Triston secara perlahan-lahan. Daripada kaki hingga ke wajah, Triston hidu tubuh Mikael. Terketar-ketar Mikael apabila Siberian Tiger itu benar-benar berada dekat dengan dirinya. Jika dia bergerak sedikit walaupun seinci, pasti dirinya akan menjadi makanan harimau itu.

Pipi Mikael dijilat oleh Triston beberapa kali. Serentak dengan itu, Mikael pengsan dan tidak sedarkan diri.

"Buang dia," arah Darren sebelum menghilang ke dapur.

"Baik bos,"

____________________

"Sebab itulah aku ni idola kan bos," Bob memuji. Dia duduk mengintai di atas tangga.

"Eh, ini nak kena update ni," Bob menaip mesej untuk dihantar di dalam Bawang Rangers Group.

"Geng, hari ni ada berita tergempar!" Tak sampai sesaat mesej dihantar, berderu mesej baru yang masuk.

Mr.Cruel (BAKAL DIBUKUKAN ‼️)Where stories live. Discover now