PART 80

10.2K 495 33
                                    

"Ini hadiah untuk bos." Jo beri sekotak hadiah yang berbalut kemas. Kotak tersebut di baluti dengan sampul berwarna hitam emas. Disebabkan warna kegemaran Darren merupakan warna hitam, oleh itu Jo memilih sampul tersebut.

Darren dan anak buahnya yang lain duduk di ruang tamu bersama-sama dengan Triston. Ayrena pula masih di dalam bilik. Tidak kunjung keluar. Sejak Darren balik daripada kerja petang tadi, batang hidung Ayrena pun masih belum dia nampak.

"Bos bukalah." Sampai saja Bob daripada dapur, Bob dah menyelit di celah-celah Ezra dan Ickey.

Darren buka balutan tersebut dengan berhati-hati. Memang sudah jadi tabiat kalau buka sesuatu hadiah untuk Darren buka dengan kemas dah tidak gopoh gapah.

Terlerai saja balutan dengan kotak berwarna hitam Darren lorek senyum tipis. Ini, hadiah yang dia tidak pernah dapat lagi.

Iris mata tidak lepas dari menilik venum coco monogram boxing glove yang masih berada di dalam kotak segi empat tepat.

"Thanks Jo. Hadiah yang kau bagi ni, buatkan aku nak guna terus harini." Senyum sinis, pandangan mata Darren memandang ke arah yang lain.

"Tapi bos, kan ada Cik Ayrena. Mana boleh kita beramai-ramai pakai macam tu. Nanti apa pula yang cik Ayrena fikir." Bantah Kar tanda tidak menyetujui.

"Nothing to worry. She's sleeping. Jom. Sekarang pukul 9.00 malam, tepat pukul 9.10 aku nak semua dah ada dekat gelanggang."

Darren mula berjalan naik ke bilik diikuti dengan yang lain untuk salin pakaian yang sesuai.

__________

"Haaa! Siap pun. Ouch!" Ayrena betulkan pinggang yang terasa lenguh. Diregangkan pinggang yang terasa berbisa.

"Lama sangat duduk sampul hadiah ni." Kertas lebihan yang tidak jadi dan rosak, Ayrena konyokkan dan letak di dalam satu plastik.

Perlahan-lahan dia turun menuruni katil dan capai shawl berwarna hitam. Hadiah yang sudah siap dibungkus dipandang sekilas. Cantik!


Dia punya teruja tu tak boleh nak bawa bincang.

"Harapnya Darren suka." Hadiah yang sudah siap dibungkus diambil. Terus Ayrena atur langkah keluar daripada bilik ingin mencari keberadaan sang suami.

___________

"Baiklah, di sini kita boleh lihat untuk pusingan kali ini juga akan dimenangi oleh Encik Darren Del Lucca." Bob menjadi juri. Dia berdiri di tepi gelanggang menyaksikan perlawanan secara dekat.

Kas,Kar, Jo dan Ickey sudah pun kalah di awal perlawanan. Mereka berempat duduk di atas kerusi panjang yang elok terletak berhampiran gelanggang. Kesemua pusingan sudah dimenangi oleh Darren.


"Entah apa yang merasuki jiwa bos sampai teruk kita malam ni." Bicara Kas sambil tuam ais di dahi. Kar pula mengalami kecederaan ringan di bibir dan gigi. Jo dan Ickey turut cedera ringan. Kedua-duanya mengalami Pendarahan hidung.

Kini mereka menyaksikan perlawanan antara Darren dan Ezra yang masih belum menunjukkan tanda-tanda siapa yang akan dikira sebagai pemenang untuk pusingan seterusnya.

"Nampaknya kita boleh lihat, Encik Darren memberi serangan balas kepada Shawn Ezra." Bob masih berucap memberi liputan.

Berkali-kali tendangan diberikan ke arah Darren, namun Darren sempat mengelak. Darren membalas serangan dengan headlock kepala Ezra manakala belakang lutut kanan Ezra Darren tendang menggunakan kaki kiri. Serta merta membuatkan Ezra terjatuh melutut.

"Bos! Bos! Bos! Okay. Saya mengalah. Jangan sentuh muka saya." Ezra angkat kedua-dua belah tangan. Untuk masa sekarang, lebih baik dia mengalah saja. Lagipun Darren tak akan benarkan orang lain menang memandangkan boxing merupakan perlawanan kegemaran dia. Sebelum wajah kacak dia tercedera, Ezra memilih untuk menyerah.


"Pemenang untuk pusingan ini, masih memihak kepada Encik Darren Del Lucca." Terjerit-jerit Bob menyatakan siapa pemenangnya.

Saat Ezra turun dari gelanggang. Bob pula yang  masuk ke kawasan gelanggang.

"Bos saya nak juga."  Bob senyum teruja. Kini giliran dia.

Darren berjalan pergi ke satu sudut. Sebotol air mineral dicapai dan ditogak rakus sehingga habis.

Tempat pengadil telah diambil alih oleh Ezra.

Hujung jari telunjuk, Darren gerakkan memanggil Bob.
Bob terus berlari pantas ke arah Darren.


Tangan kiri menumbuk wajah Darren dari sisi kiri. Tangan kanan pula dihayun ke arah six-pack kanan Darren. Darren yang terkejut dengan tindakan Bob yang berlari ke arah dia tidak sempat mengelak. 


Darren terjatuh ke belakang namun ditahan dengan tali yang ketat terikat di sekitar gelanggang.

Kedengaran suara kas, Kar dan yang lain memanggil dia dari jauh. Telinga terasa berdesing. Seketika, Darren kembali semula di realiti.

Tanpa Bob sedari kulit pisang yang dia makan tadi terjatuh daripada poket.

Serangan balas ingin dibuat. Panahan mata Darren pula tepat merenung pada Bob. Dia berjalan menuju ke arah Bob. Bob berundur ke belakang saat melihat Darren menghampiri dia. Mati aku!

Akibat daripada kelicinan kulit pisang, Darren hilang keseimbangan dan sekali lagi tersembam ke belakang. Tetapi kali ini jatuhnya ke lantai.

Bob tidak membazir peluang, tanpa membazir masa dan peluang yang dia ada terus Bob berlari ke arah Darren.

________

"Woah! Belakang rak ni ada bilik?" Ayrena pamer reaksi teruja.

"Bilik apa ni? Stor ke?" Pintu yang terbuka sedikit dibuka lebih luas.


Saat Ayrena masuk ke dalam bilik tersebut, ada dua laluan yang terlihat di hadapan, laluan kiri dan juga kanan.

"Kita kena sentiasa mulakan dengan kanan dulu." Ayrena melangkah ke laluan kanan. Makin lama laluan tersebut semakin membukit ke bawah.

Telinga dia pula mula mendengar bunyi sorakan dan juga jeritan yang berpunca daripada suara yang familiar. Ayrena teruskan langkah dengan menuruni beberapa anak tangga.

Saat dia sampai ke anak tangga yang terakhir Ayrena pandang sekeliling. Membulat mata dia saat melihat tindakan Bob yang melompat tinggi dengan dibawahnya ada Darren yang sedang terbaring. Tindakan refleks, terus intonasi suara Ayrena meninggi.


"BOB!"  Bergema-gema ruangan gelanggang bawah tanah dengan suara jeritan Ayrena.

Ikcey, Ezra dan yang lain sudah spontan menutup apa yang patut. Sudahlah mereka tengah tidak berbaju dan hanya berseluar pendek sahaja.












Mr.Cruel (BAKAL DIBUKUKAN ‼️)Where stories live. Discover now