PART 36

9.2K 464 10
                                    

"Ini semua satu fitnah, Bos!" Bob masih pertahankan diri saat Darren mengelilingi dia. Ini, sudah masuk kali ke berapa Darren pusing kolam renang yang berbentuk segi empat tepat. Perbezaannya Darren masih di darat dan Bob sudah tenggelam hingga ke paras dada.

Kas, Kar, Jo, Ickey dan Ezra masing-masing berdiri tegak di tepi kolam renang. Tangan kekal menyilang di belakang.

"Ini bukan rupa orang yang kena fitnah ni. Ini rupa orang yang memfitnah. Segala jenis fitnah, kaulah ketuanya. Kau bawa perangai dekat france datang sini, ya Bob!" Kedua-dua lengan kemeja hitam disinsingkan. Sesekali dia lihat Bob kembali. Kemudian beralih ke arah anak buahnya yang lain.

Tunduk menghadap lantai. Masing-masing salahkan Bob. Kalau bukan disebabkan Bob, mereka berlima takkan berdiri di situ. Sudah masuk dua jam mereka Berdiri pegun tidak bergerak. Andai seorang yang bergerak, serta merta kepala mereka akan tembus akibat peluru yang ditembak sniper. Saat ini cahaya lazer merah masih kekal di dahi mereka. Sekejap berada di dahi Ickey, dan berpindah di dahi Kas, kemudian di dahi Kar. Saat tiada gerakan, lazer merah tersebut berpindah pula di dahi Jo dan berakhir pada Ezra. Dan begitulah pengulangan yang seterusnya. Disebabkan Darren memang mengambil langkah berjaga-jaga dengan meletakkan beberapa sniper di kawasan rumah, sekarang mereka turut menjadi mangsa. Ini kalau sekali Bos angkat tangan tanda beri arahan untuk tembak, mati kering mereka di sini.

"Bos saya sejuk lah bos! Saya kan tak boleh lama-lama dalam air. Nanti saya demam. Kalau saya demam, bos juga yang susah." Ucapan Bob mengundang bunyi sinis dari ulas bibir Darren.

"Bos, saya betul-betul sejuk ni!" Bob peluk tubuh.

"Kau, sini!" Tunjuk jari telunjuk, dia arahkan Bob untuk mara. Arahan Darren buat Bob senyum lebar.

"Yes!" Orak langkah ke arah Darren, Bob sempat menganjing Ezra dan yang lain.

"Terima kasih Bos!" Belum sempat kaki Bob Pijak anak tangga, Darren sudah bantutkan tingkah Bob.

"Ada aku suruh kau naik?" Nada serius. Dia pandang Bob yang sedang memaut besi tangga.

"Habistu kalau bukan naik atas, bos nak suruh saya buat apa?"

"Turun balik. Jangan jejak tangga." Darren duduk di salah satu kerusi rehat di tepi kolam, revolver di tangan dimainkan secara pusingan 360 darjah.

"Bos nak cederakan saya ke?" Perlahan bicara Bob. Mata masih tertancap pada Revolver kesayangan Darren. Gulp!

"Nak sangat ke?" Serta-merta Bob balas dengan gelengan apabila ditanya soalan sebegitu.

"Aku nak kau keluar dari kolam ni, tapi bukan guna tangga. Aku nak kau naik, guna tenaga sendiri. Boleh?" 

"Keluar dari kolam? Tanpa tangga?" Bob garu belakang. Sudah agak, pasti Darren akan main guna cara halus.

"Kenapa tak naik lagi? Naik lah!" Darren hulur tangan, namun langsung tak boleh dicapai Bob. Dengan kedudukan mereka yang jauh, memang mustahil tangan Bob boleh jadi panjang macam galah untuk capai tangan dia.

"Satu minit kau tak lepas naik, aku tembak." Ugutan Darren buat Bob hilang arah. Berkali-kali dia melompat dari kolam untuk naik ke atas, masih tidak membuahkan hasil.

Darren sudah sedia dengan mata helang dia. Senyum sinis, dia halakan pucuk pistol ke arah Bob.

Tidak sempat dia tarik picu, muncul kelibat Ayrena dari pintu kaca. Spontan dia sembunyikan Revolver di belakang.

"Korang semua buat apa dekat luar malam-malam ni? Tak sejuk ke?" Soal Ayrena. Dia kerling ke arah Darren, kemudian kepada Bob yang masih gigih melompat naik, dan berhenti pada lima orang lelaki yang elok berdiri tegak.

"Kenapa tak tidur lagi?" Darren soal Ayrena kembali.

"Saya belum ngantuk." Buka langkah Ayrena hampiri kerusi yang masih kosong disebelah Darren. Labuhkan punggung, dia pandang mereka kembali.

Mereka semua hanya pasang mata melihat gerak geri Ayrena.

"Abang Bob tak sejuk ke mandi kolam malam-malam ni? Nanti demam lah!"

"Dia panas sebab tu lah dia mandi." Potong Darren saat Bob hendak mula bicara.

"Ouhh! Korang berlima? Kenapa berdiri dekat situ? Sini lah, duduk! Banyak lagi kerusi kosong." Di tepuk-tepuk kerusi di sebelah.

"It's okay, Cik Ayrena! Cik Ayrena duduk je lah! Kami memang suka berdiri malam-malam ni. Bagi keluar peluh sebelum tidur." Masing-masing berbalas anggukan.

"Abang Bob okay tak tu? Nak Ayrena tolong ambilkan tuala?" Intai Bob dari jauh, dia ura-ura untuk bangun. Namun, tanpa amaran terus lengan kanan dia disambar Darren.

"No need! Lebih baik kau pergi masuk tidur, esok pagi dah nak gerak ke Airport."

"T..tapi!"

"Cik Ayrena! Actually! Kami ada perkara nak berbincang!" Potong Ickey. Dengan harapan Ayrena akan faham.

"Man only!" Sengaja Darren tekankan sedikit perkataan Only.

"Ouhh! O..kay! Kenapa tak cakap awal-awal." Bangun dari kerusi Ayrena terus tuju ke arah pintu masuk kembali meninggalkan mereka yang memerlukan ruang privasi.

Pijak anak tangga, Ayrena berhenti seketika. Tekak yang terasa kering membuatkan dia turun kembali dan tuju ke dapur.

Buka peti ais, Ayrena ambil sebotol air fresh oren. Kemudian, dia gapai pula gelas kaca yang elok tersusun.
Dituang jus oren ke dalam gelas hingga penuh. Terus dihirup jus sedikit demi sedikit hingga habis.

HUH!

"Encik Darren! Terkejut saya!" Ayrena urut dada saat melihat Darren tercegat di belakang dia. Nasib baik lah dia tidak ada sakit jantung, kalau tidak memang dah ke alam lain.

Usai basuh gelas yang digunakan, dia letakkan kembali jus Oren ke dalam peti. Entah mengapa tangan dia terasa bergetar saat ini. Mungkin kerana Pandangan Darren yang tidak henti-henti melihat dia dari tadi. 

"Dah kemas barang?" Darren bersuara. Lansung Ayrena geleng kepala.

"Belum! Saya tak jumpa beg!" Jujur Ayrena. Dari tadi dia berfikir, nak pinjam beg siapa. Namun, Kerana perasaan segan yang masih tersisa buatkan dia mati akal.

"Ikut aku! Dalam bilik aku ada satu beg kosong." Pusing tubuh, Darren susun langkah keluar dari kawasan dapur dan diikuti oleh Ayrena.

Sampai di dalam bilik, Ayrena tayang wajah terkesima. Walaupun bilik Darren dipenuhi dengan perabot dan hiasan lain yang hanya berwarna hitam, tetapi dia tidak menafikan betapa cantik dan kemas bilik tersebut ditambah pula dengan dekorasi yang memang tampak eksklusif dan Elegen.

"Buat apa berdiri tegak dekat situ? Pergilah ambil beg tu dekat wardrobe room." Darren tunjukkan satu arah.
Lantas Ayrena pergi ke arah pintu yang ditunjukkan.

Darren pula sudah lolos kan diri ke bilik mandi.

Kuak daun pintu, sekali lagi Ayrena teruja dan terkedu. Yang dia lihat saat ini, pakaian yang elok tersusun. Namun, setiap baju yang tersangkut kesemuanya berwarna hitam.  Langsung tiada warna lain. Kemeja, tshirt, baju turtleneck, singlet, coat, leather jacket, kesemuanya berwarna hitam. 

"Mungkin dia buta warna kot, sampai minat warna hitam je!" Perlahan Ayrena buka langkah. Satu persatu barangan di dalam bilik itu dia tilik. Yang paling dia kagum, kesemuanya disusun secara teratur dan kemas.

Tengok daripada pakaian, memang bukan calang-calang orang. Kesemua pakaian adalah daripada jenama-jenama termewah. Antaranya Gucci, Dior, dan Hermes.

Setiap satu jenis barang, akan disusun ke dalam satu almari cermin. Termasuk, tali tie, tali pinggang, jam, cincin dan cermin mata hitam.

"Belum jumpa lagi ke beg tu?" Tegur Darren dari arah belakang. Tindakan Darren buatkan Ayrena Pusing tubuh menghadap dia.

Serta merta Ayrena terjerit dan tutup kedua-dua mata. Manakan tidak, dengan keadaan Darren yang hanya bertuala separas pinggang mendedahkan six-pack dan biceps buatkan Ayrena bagai nak pengsan.

Dengan ukiran tattoo yang berbentuk helang dan kala jengking di belakang tubuh, menaikkan lagi aura maskulin Darren.




Mr.Cruel (BAKAL DIBUKUKAN ‼️)Where stories live. Discover now