PART 115

4.2K 369 21
                                    

3 Years Ago,

Flashback

"Bos," keras suara Lily bergema di ruang bilik yang sunyi tanpa sebarang bunyi. Perlahan dia hampiri Darren yang sedang membelakangkan dirinya. Lelaki itu tidak berbaju. Hanya seluar panjang yang tersarung di tubuh. Dapat dilihat dalam samar-samar cahaya keadaan tubuh Darren yang dipenuhi tattoo di bahagian belakang badannya.

"I need your help," Darren bersuara. Beku saja riak wajahnya. Langsung tiada sebarang reaksi. Pandangan matanya pula terus menerus memandang sehelai kertas ronyok yang berada dalam pegangan. Dia bangun daripada katil sebelum mengorak langkah mendekati Lily.

Suasana di mansion hanya suram dan senyap sunyi. Dari awal lagi Darren sudah mengarahkan kesemua anak buahnya untuk keluar daripada mansion atas alasan dia ingin bersendirian.

Lily terkesima. Akhirnya jejaka itu meminta pertolongan daripadanya. Itulah saat yang selama ini dia tunggu. Saat untuk dia membalas budi baik Darren yang telah menolong kumpulannya suatu ketika dahulu.

"Kau cakap nak balas jasa baik aku kan?" Lily mengangguk.

"Jadi bantuan apa yang bos perlukan?" Soal Lily kembali. Dia hendak menyelesaikan hutang ini secepat yang mungkin.

"Aku nak kau dengan anak buah kau yang tiga orang tu bekerja dengan someone dekat Malaysia." Permintaan Darren secara drastik mengejutkan Lily apabila perkataan Malaysia bertamu di gegendang telinganya.

"What? Banyak lagi negara dekat muka bumi ni kenapa Malaysia?"

Tch!

"Perkara mudah kenapa nak kena persoalkan?"

Lirik wajah Darren, Lily berfikir sejenak. Punyalah susah dia nak keluar dari Malaysia beberapa tahun yang lepas, sekarang ini Darren mahu dia kembali ke Malaysia?

"Jangan risau, budak-budak aku ramai dekat sana. Aku akan pastikan keselamatan kau dengan budak-budak kau terjamin." Jawab Darren tenang. Buat masa sekarang dia masih lagi dalam mood baik untuk tawar menawar dengan Lily.

"Siapa orang tu?" Lily peluk tubuh. Telinganya bersedia mendengar nama yang akan Darren sebutkan.

"Jadi kau setuju?"

"Apa-apa je lah, asalkan saya dah tak rasa berhutang dengan bos,"

"Okay,"

"Siapa orang tu?" Soal Lily lagi sekali.

Tidak menjawab. Darren bergerak ke arah almari pakaian. Sampul surat yang berada di dalam laci teratas Darren hulurkan kepada Lily.

Rakus Lily capai isi di dalam sampul.
Terjongket sinis bibir Lily.

"Perempuan, huh?" Lihat daripada gambar saja orangnya terlihat manis dan nampak baik.

Air putih dituang ke dalam gelas sebelum Darren meneguk air itu hingga habis. Soalan Lily dibiarkan tergantung.
"Okay boss! Aku setuju,"

"Esok kau dah boleh gerak. Perkara lain aku dah settlekan. Kau cuma datang sana duduk dengan perempuan tu. That's all! Jaga dia, lindungi dia,"

"Deal!" Lily masukkan kembali isi surat tadi. Rambut yang terurai diikat kemas ke belakang.

"Malam ni juga saya boleh gerak,"

"Good! Lagi cepat lagi bagus."

"Bos macam mana? Sakit lagi ke tempat luka tu?"

"Aku kena tikam sikit je. Tak dalam mana pun," Darren duduk di atas sofa single. Sebatang rokok dibawa keluar dari kotak dan dikepit di hujung bibir.

"Boss chewing gum," chewing gum berperisa mint dihulurkan kepada Darren.

Mr.Cruel (BAKAL DIBUKUKAN ‼️)Where stories live. Discover now