PART 14

10.3K 468 5
                                    

"Jemput makan, Bos." Jo memanggil Darren yang sedang membuka peti ais. Botol kaca yang berisi Fresh orange dia gapai.

"Panggilkan..."

"Kitorang kat sini, bos!" Suara Bob memotong percakapan Darren. diiringi dengan suara Kas, Kar dan Ickey. Mereka sudah mengambil tempat di meja makan. Masing-masing sedang memegang sudu dan garfu. Bob jilat bibir.  Dari tadi melihat Jo yang datang ke meja menghidangkan setiap menu membuatkan Bob terliur. Entah keberapa kali air liur dia sedut. Menahan nafsu makannya yang sudah membuak-buak. 

Bertambah teruja apabila Darren Sudah duduk di meja makan. Penantian yang ditunggu-tunggu.

Pelbagai menu yang Jo hidangkan. Antaranya makanan ruji orang Itali dan France. Termasuk Pasta, Pizza, steak, buah-buahan dan banyak lagi menu lain.

"Nah bos!" Garfu dan sudu dihulurkan kepada Darren. Terus, garfu dan sudu bertukar tangan.

"Jo, have a seat! Makan sekali."

"Baik bos!" Jo menurut arahan tanpa bantah. Ruang kosong di sebelah Bob menjadi pilihan. Kas duduk berhadapan dengan kar. Begitu juga Ickey berhadapan Bob. Darren pula duduk di tempat utama. Menghadap mereka semua.

"Sedap lah Jo kau masak. Meski aku meragui, aku makan juga." Kata kata Bob membuatkan Ickey bertindak menyepak kaki Bob. Kerut kening, Bob balas pandangan Ickey yang sedang menjengil ke arahnya.

"Fine!" Bob menggerak-gerakkan bibir.

Bukannya Ickey tidak tahu akan makna tersirat Bob. Ada saja Bob mahu kutuk.

"So bos lepas ni kitorang nak buat apa? Memandangkan bos dah ada dekat rumah ni. Bos nak saya, kas dengan Jo duduk rumah lain ke?" Risau akan ketidaksenangan Darren apabila mereka duduk di bawah satu bumbung. Bicara Kar membuatkan masing-masing hilang fokus. Menanti jawapan Darren yang sedang menikmati Pasta. Sepanjang ketiadaan Darren di Malaysia. Kar, kas dan Jo ditugaskan untuk menjaga mansion. Memandangkan itu adalah mansion yang baru dibeli oleh Darren kerana mansion yang lama telah diletupkan dengan ledakan Bom oleh pihak musuh. Hampir setahun juga mereka menetap di mansion itu.

"No need! Aku perlukan korang dekat sini. Ada sesuatu yang aku nak korang buat."

"Lagipun Bob Driver aku, dan Ickey orang kanan aku. So aku perlukan diorang sepanjang masa." Sambung Darren lagi.

"Kali ni, tugas apa?" Soal Kar.

"Nanti aku bagi. Harini aku bagi korang rehat. Mulai esok, kena kerja keras sikit." Suapan diteruskan. Kali ini hidangan pizza pula menjadi sasaran. Namun, terhenti saat melihat dekorasi di atas pizza.

"Pineapple? Why you put that things on my food?"
Garfu dan sudu diletakkan di sisi pinggan.

Ickey yang perasan akan perubahan intonasi Bosnya angkat wajah. Dilihat satu persatu makanan di atas meja. Sehinggalah, tiba di satu hidangan. Lantas diambil dan diletakkan hidangan tersebut jauh dari mereka.

"Sorry Bos! Saya lupa nak bagitahu Jo pasal tu." Ickey ketuk dahi. Angkat wajah, dia pandang Jo yang jelas masih blur. tidak faham akan kelakuan Ickey.

"Makan lah! Aku kenyang." Pusing tubuh. Darren atur langkah ke ruang tamu. Remote tv dia capai. Terus menekan-nekan butang remote. Saluran di Malaysia dan France sudah tentu lain. Lalu, Ditekan saja remote Tv. Random. Kadang siaran kartun. Dia alih. Siaran K drama. Dia alih. Berita. Juga dia alih. Kini siaran seterusnya. Permulaan movie dimulakan dengan bunyi tembakan. Ukir senyum sinis.

"Perfect!" Kaki dinaikkan bersilang.
Movie thriller bunuh membunuh juga yang menarik minatnya.

Sementara di dapur pula, kelihatan Lima orang lelaki yang sedang menghabiskan juadah.

"Sorry Jo! Ambil balik pizza kau ni." Pizza yang tadi diletakkan jauh dia hulurkan berhadapan Jo, Kar dan Kas.

"Kenapa? Bos tak suka ke aku masak? Tak sedap? Biasanya orang puji tau kalau aku masak, sedap. Setanding masakan chef antarabangsa." Nada suara Jo Sedikit kecewa. Dia cuba masak yang terbaik dan sesedap mungkin.

"Bukan! Kau masak sedap. Bos pun suka. Tak complain. Tapi silapnya ni." Jari telunjuk ditunjukkan pada Nenas yang diletakkan di atas pizza. Satu persatu potongan nenas dia tunjuk.

"Nenas? Kenapa? Bos alergik nenas?"

"Bukan alergik nenas. Alergik tu ada tapi bukan nenas. Ni, nenas ni. Italian people, memang pantang ada Nenas atas pizza. Memang tak boleh. Tengok nenas dekat atas pizza pun, boleh mendatangkan rasa marah." Jelas Ickey panjang. Disusun ayat sebaik mungkin. Sepatutnya dia maklumkan awal kepada Jo.

"Pula! Aku Tak tahu. Maklumlah kitorang ni, Malaysian people." Jari naik menggaru dahi. Silap dia tak research tentang itu. Apa yang boleh dan apa yang tidak boleh. 

"Lagi satu dalam rumah ni, jangan buat atau bawa sebarang makanan yang ada kena mengena dengan strawberi. Bos alergik. Ada bau strawberi pun, jangan."

"Okay! Catat!" Balas Jo 

"Dapat pengetahuan baru kita malam ni." Kas dan Kar angguk. Setuju dengan kata-kata Jo.

"Takpe! Yang tak boleh makan pizza ni Italian people. Aku Malaysian people. Biar aku je yang habiskan." Bob ambil Hidangan pizza dan di tarik ke arahnya. Kini tiga potong pizza dia ambil dan disatukan. Disua ke mulut. Rakus.

Kas, Kar dan Jo sudah terlopong mulut melihat tingkah  Bob. Dengan comot dekat pipi tidak ber lap. Tangan di sebelah kanan memegang peha ayam. Di sebelah kiri pula pizza. 

"Ini view biasa yang korang akan nampak sepanjang Bob dekat sini. Makanlah. Sebelum habis licin semua lauk ni  Bob habiskan." Ickey labuhkan punggung kembali. Mereka meneruskan makan malam dengan bunyi tembakan berdas-das dari televisyen.

Mr.Cruel (BAKAL DIBUKUKAN ‼️)Where stories live. Discover now