PART 112

4.2K 269 22
                                    

Melopong mulut Ayrena memandang mansion yang berada gah dihadapan mata. Dia ingatkan mansion di Malaysia sudah cukup besar, ada yang lebih besar dan lebih mewah rupanya. Kereta mewah jangan dikata, bersusun di laman rumah. Pelbagai jenis dan model keluaran terbaru pun ada di situ.

Di bahagian hadapan Mansion ada air terjun buatan yang tingginya dianggarkan dua tingkat rumah. Belum ditambahkan lagi dengan pelbagai tanaman dan pokok yang ditanam di sekeliling air terjun buatan dan di beberapa kawasan yang lain.

"Kenapa tak masuk lagi?" Darren berdiri di belakang Ayrena yang masih melenggak memandang sekeliling laman.

"C...cantik rumah awak," puji Ayrena jujur. Baru di laman rumah sudah nampak gah seperti ini, apatah lagi di belakang, tepi dan dalam rumah. Apa agaknya yang ada.

"Rumah kita," sambung Darren. Sebelah tangan dimasukkan ke dalam poket seluar. Sebelah lagi elok mendarat di pinggang ramping Ayrena.

Huh! Ayrena berada dalam khayalannya.

"Rumah kita," tak henti-henti perkataan yang Darren ucapkan bergema-gema di ruang telinganya. Dan setiap kali perkataan itu muncul Ayrena tersenyum malu.

"Bos, cik Ayrena, masuklah berehat. Saya dah kemaskan bilik." Satu suara yang tidak familiar membuatkan Ayrena tertanya-tanya siapakah gerangan yang bercakap di belakangnya. Lantas dia berpusing.

"Thanks, botak."

"Tak ada apalah bos. Bos dah balik ni pun saya teruja sangat. Kali ini feeling dia lain sebab bos bawa balik madam. Madam, nama panggilan saya botak. Boleh panggil botak je." Lelaki botak itu menundukkan separa tubuh badan ke hadapan Ayrena.

"Eh, no!" Ayrena berundur ke belakang apabila tiba-tiba dirinya dihormati sebegitu sekali.

"Hi bo...botak, kan? Panggil je lah Ayrena. Madam tu nampak tua." Ayrena tayang gigi sebaris. Nampak sedikit janggal apabila bertemu orang baru.

"Ada lagi sorang, nama dia pelik sikit. Tapi nanti kalau kau jumpa dengan dia, berkenalanlah elok-elok. Now, you need to rest. Botak tolong tunjukkan bilik dekat mana. Kalau ada apa-apa aku ada dekat bawah sini. Or just call my name and I'll be there, okay. Cubalah sesuaikan diri dengan rumah ni, harapnya kau rasa selesa dekat sini." Ucap Darren panjang lebar. Ayrena hanya mendengar sebelum mengangguk faham.

"Baik bos. Cik, Ayrena jom saya tunjukkan bilik." Botak mengiringi Ayrena hingga masuk ke dalam lift. Sepanjang perjalanan mereka dari pintu masuk hingga ke dalam lift mulut Ayrena tidak henti-henti daripada memuji setiap kecantikan perhiasan dan perabot yang ada. Butang naik ke tingkat tiga Botak tekan dengan hujung jari.

Ting!

Keluar saja dari perut lift mereka berdua terserempak dengan Bob dan seorang lelaki yang Ayrena masih belum kenal.

"Ya, kau tak percaya ke cakap aku ni? Nampak macam muka aku ni muka penipu ke?" Rancak Bob bersembang dengan lelaki itu. Air mukanya sungguh main peranan. Pakej berkerut dahi dengan mulut sambil bercerita.

"Memang muka kau tak boleh percaya pun. Membongak je kerja kau daripada dulu."
Respon lelaki yang duduk bersama-sama Bob di atas sofa.

Ayrena tergelak kecil mendengar perbualan mereka.
"Bob memang kuat bergosip sikit." Bicara botak dengan nada perlahan.

"Actually, bukan sikit." Tambah Ayrena lagi. Dia dan Botak meneruskan langkah mendekati sofa di mana keberadaan Bob.

"Amboi abang Bob, rancak bergosip." Ayrena menyandar tubuh di belakang sofa.

"Eh cik Ayrena. Err....haa kuda kau tak kenal lagi kan dengan cik Ayrena."

"Kuda?" Patutlah Darren cakap nama pelik sikit. Masalahnya kuda tu  nama haiwan!

Mr.Cruel (BAKAL DIBUKUKAN ‼️)Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ