PART 137

5.8K 465 39
                                    


Huh!

Huh!

Huh!

Grandma angkat kepala lalu dipusing ke sebelah. Dari tadi orang disebelah mengerang serupa dia yang beranak.

"Awak ni kenapa? Nak gantikan tempat Ayrena ke?" Naik berang Grandma dibuatnya. Grandpa pandang si isteri dengan dahi berpeluh-peluh.

"Saya tengah menjiwai situasi Ayrena. Awak tahu apa?"

"Tak payah nak menjiwai sangat. Yang dekat dalam itu tengah bertarung nyawa tahu tak? Sekali lagi awak buat bunyi bising, saya suruh doktor suntik awak dengan ubat pelali." Grandma bersandar tenang kembali.

Kecil besar Grandpa pandang muka garang Grandma. Bukan takut bini, bini yang menakutkan. Dah serupa kingkong je.

Dahi digaru. Dia sudah bosan duduk di depan ini. Tengah cuba mencari apa yang boleh menghilangkan bosan. Bila fikiran dah ada idea terus Grandpa bangun dari kerusi.

"Nak pergi mana?" Tegas grandma bertanya.

"Saya nak masuk sana." Pintu Labour Room dituju.

Dengan tak percaya grandma senyum sinis. Berani ke orang tua itu? Lagipun anak-anak buah Darren tengah menjaga di depan pintu. Dengan situasi yang tegang sekarang, jangan haraplah mereka beri Izin untuk masuk.

______________

"Cik Ayrena, sikit lagi." Rose yang berada di sisi memberi kata-kata semangat. Atheena juga turut ada. Yang tiada cuma Mama Luna dan Grandma yang menunggu di luar. Katanya memberi peluang untuk orang yang belum berkahwin untuk tengok bagaimana situasi melahirkan berlaku.

Dan akhirnya... lahirlah anak sulung Darren Del Lucca.

Uwek!

Uwek!

Uwek!

Bunyi teriakan bayi menangis bergema di ruang operasi. Darren genggam erat tangan Ayrena. Tak berhenti dia labuhkan ciuman pada kekura tangan Ayrena.

"Thank you so much, honey." Pipi Ayrena dielus lembut. Ayrena dah geleng kepala bila Darren dah cakap macam itu. Agaknya bagaimana reaksi Darren sekejap lagi.

Setakat ini, Darren adalah orang yang paling tenang di situ. Darren lihat si anak kecil yang berada dalam dukungan seorang doktor perempuan. Kemudian terukir senyuman bahagia di bibir Darren.

"Another one, Ayrena! You can do this." Ucap doktor yang menyambut baby.

Terus Darren pandang doktor yang bersuara tadi.

"A... another baby?" Terjungkit sebelah kening Darren. Darren berdiri dan berjalan dua langkah mara.

"Yes, Mr Darren." Jawab seorang lagi Nurse yang berdiri tidak jauh dari Darren. Lelaki itu nampak bingung seketika.

Untuk kali kedua Darren dengar lagi teriakan bayi kecil.
"Huh! D...dia bawa geng." Darren pandang bayi kedua yang berada dalam dukungan doktor.

Dan... itulah kata terakhir yang Darren ucapkan sebelum tubuhnya jatuh ke lantai. Pengsan!

"Bos! Bos bangun bos." Ros berlari ke arah Darren. Begitu juga Nadine, Lily, Rita dan Kak Su.

___________

"Comelnya cicit ku!" Tak berhenti grandpa senyum lebar. Dia puas! Kalau sekali dapat ramai sebegini, indah benar hidup dia.

"Cukuplah ini untuk tutup mulut awak buat masa setahun." Bebel grandma sambil tersenyum.

Mr.Cruel (BAKAL DIBUKUKAN ‼️)Where stories live. Discover now