PART 33

8.6K 443 2
                                    

"Jadi, Korang berdua ni pekerja Encik Darren juga?" Soal Ayrena kepada Kas, dan Kar. Kas dan Kar angguk sambil simpul senyum.

"Saya Kas dan Ini kembar saya Kar. Kalau Cik nak tahu, Bos ada lagi empat orang pekerja yang tinggal dekat rumah ni. Ada Bob, Ickey, Ezra dan Jo. Tapi mungkin Cik belum jumpa lagi empat orang tu."


"Ouh! Ramai juga yang tinggal dekat sini!" Balas anggukan, dia labuhkan punggung di kerusi meja makan. Diikuti dengan Kas dan Kar.

"Good Afternoon, Guys!" Ickey hampiri mereka bertiga dengan membawa dulang berisi jus Orange.

"Cik Ayrena, right? Saya Ickey! Panggil je saya Ickey. Actually,  saya merupakan orang kuat bos. Ataupun senang cerita orang kanan bos. Saya boleh jadi PA, saya boleh jadi chef dan banyak lagi. Memandangkan semua tentang bos saya tahu, bos tak cerita pula kenapa dan macam mana bos boleh kenal dengan Cik Ayrena." Habis kata, dia duduk di kerusi sebelah Ayrena. Menunggu kehadiran yang lain.

"Itulah, saya pun nak tahu macam mana Cik Ayrena boleh kenal dengan bos?" Soal Kar. Setahu dia, sepanjang dia masuk kumpulan Black eagle belum pernah lagi Darren bawa balik mana-mana perempuan. Tapi, tidak untuk semalam. Tiba-tiba saja Darren dan Ickey pulang dengan membawa seorang perempuan yang tidak sedarkan diri. Mana tak terkejut mereka semua.

"Ini ke gerangan yang kecoh dalam group whatsapp tu?" Kali ini, suara Jo pula menyampuk perbualan mereka dari arah belakang. Toleh belakang, terlihat sosok dua orang lelaki yang sedang merapat ke arah mereka.

"Guys! Yang ni lah yang aku cakap tu. Cik Ayrena, perkenalkan yang ini Jo, yang ini pula Ezra. Korang berdua, ini cik Ayrena. Please,be nice to our guest." Pesan Ickey.


"Guys! Guys! Air! Air! Bagi aku air!" Kelihatan Bob sedang merangkak melalui pintu masuk dapur menuju ke arah mereka.

"Bob! Kau dari mana? Aku masuk bilik kau tadi, kosong. Aku ingatkan kau keluar." Ickey hampiri Bob dengan segelas jus Orange. Dihulurkan kepada Bob gelas tersebut. Belum sempat Ickey duduk kembali Bob sudah habis kan jus tersebut.

"Aku dari belakang rumah. Nak lagi! Aku kena recharge balik. Tenaga aku dah habis." Bob hulur gelas kembali.


"Bangun,ambil sendiri!"Balasan berbentuk arahan. Tayang muncung sedepa, segera Bob bangun dari lantai berdiri tegak.

"Aku rasa aku dah burn!" Duduk bersandar Bob bersuara kembali.

"Pernah ke kau tak burn, Bob."

" How dare you Ezra! Kau nak cakap aku apa? Aku tahu lah kau Jealous dengan aku, kan?" Kecil mata Bob  pandang Ezra dengan mata membulat.

"Buat apa aku nak jealous? Sebab kau kena denda dengan bos? Untuk apa?" Sinis bunyinya.

"Bob kena denda lagi? Kali ini sebab apa?" Soal Kas.

"Aku rasa aku tahu sebab apa."Ickey ketap bibir.  Ini memang sah sebab perancangan si Bob tak menjadi.

"Sebab apa? Aku nak tahu juga." Masing-masing pandang Ickey. Inginkan jawapan. Kalau tanya Bob ni, memang si Bob akan temberang.

Melihat  Ickey yang seakan mahu buka mulut, cepat-cepat Bob Pijak kaki Ickey dari bawah meja. Kini, yang hanya terdengar adalah pertarungan kaki Bob dan Ickey dari bawah meja hingga membuatkan hidangan di atas meja turut terasa gegaran berkali-kali.

"Dah settle ke kerja yang aku bagi, Bob?" Serta-merta menjadikan suasana sunyi sepi. Tiada gerakan tubuh. Hanya mata yang menikam-nikam anak mata antara satu sama lain.

"Dah bos!"

Atur langkah, Darren turut hempas tubuh di kerusi.

"Kenapa belum makan lagi?"

"Tunggu bos! Makan tanpa bos, rasa tak lengkap lah. Macam tak kena!" Spontan Ickey beri respon.

"Makan lah!" Satu perkataan yang masing-masing nantikan. Dari tadi mereka menahan rasa lapar. Manakan tidak, masakan hari ini semuanya di masak oleh Ickey. Masakan Italian.

"Lepas makan, kemas lah apa yang patut, aku hantar kau balik." Lontar kata, Darren sambung mengunyah spaghetti kembali.

"Kenapa?"

"Kenapa apa? Aku hantar kau balik lah! Semalam tu, aku cuma tolong kau. Kau kira bertuah tahu tak aku tak minta bayaran apa-apa." Angkat wajah dia tentang mata Ayrena.

"Tapi..." Ayrena putus kata. Tidak mahu dia teruskan percakapan.

"Tapi apa? Kau takut nak balik sebab nanti ada orang minta hutang?" Bersahaja. Darren balas tanpa ayat berlapik.

"Encik nampak muka saya ni macam kaki berhutang ke?" Bidas Ayrena. Tidak puas hati dia dituduh begitu.

Yang lain hanya menjadi mata-mata melihat mereka berdua.

Mr.Cruel (BAKAL DIBUKUKAN ‼️)Where stories live. Discover now