PART 8

13.7K 530 6
                                    

Deruan angin bayu mula menembus figura tubuh tanpa henti. Pandangan ditetapkan di segenap sudut. Kadang di langit yang kian membiru dihiasi dengan burung-burung yang berterbangan.  Kadang juga di bahagian bukit bukau yang masih utuh kehijauan. Begitulah cara dia menenangkan fikiran yang sudah berserabut.

"Bos!" Suara wanita bergema di ruangan bilik bacaan yang hanya bertemankan bunyi detikan jam di dinding.

Lantas tubuh dipusing.  Memandang wanita yang mula melangkah beberapa tapak mendekatinya. Cawan Coffee diletakkan di atas meja.

"Make sure kau bawa apa yang aku nak."

"Ada bos!" Henti Langkah. Sepucuk sampul surat berwarna hitam dihulurkan ke arah Darren.

Sampul surat dibuka dan dilihat isi dalam nya.

"Kau tahu, kalau maklumat dalam ni jatuh pada kumpulan lain, apa yang akan jadi?"  Isi dalam sampul surat dikeluarkan. Pendrive berwarna hitam yang menyimpan pelbagai data dan maklumat Kumpulan-kumpulan mafia yang lain.

"Tahu bos! Selepas je Charlie tewas sebulan yang lepas, banyak kumpulan yang serang rumah dia. Budak-budak dia di antara yang ramai terkorban. Tapi, nasib menyebelahi kita. Saya jumpa pendrive tu sebelum pendrive tu jatuh kepada kumpulan lain."
Jelas Erica. Erica adalah di antara beberapa orang yang Darren percaya. Satu-satunya pekerja perempuan yang diterima untuk bekerja dalam kumpulannya. Dengan kebolehan dan kepakaran yang Erica punyai itulah yang membuatkan Darren mengambil keputusan untuk membawa Erica masuk ke dalam kumpulan Black Eagle.

Darren mula melangkah beberapa tapak. Sampul surat diletakkan di atas meja kerja.

"So, everything is fine?" Punggung dilabuhkan di atas kerusi.

"Yes! Semuanya berjalan mengikut apa yang kita dah plan."

"Make sure, no one knows our group is getting involved. Ini perjanjian aku dengan Charlie." 

"Baik bos! Yang itu bos jangan risau. Ezra dah uruskan."

"Anything else, bos?"

"Nope! Kau boleh balik! Disebabkan kau bekerja lebih masa semata-mata untuk dapatkan pendrive ni, aku bagi kau cuti. Sebulan cukup?" Alis diangkat. Lengan baju disinsingkan.

"Betul ke ni, bos?" Aju Erica sekali lagi, Ingin meminta kepastian.

"Aku cuma cakap sekali dan aku takkan ulang. Pergilah balik! Lagipun dah dua minggu kau tak balik rumah kan?"

"Baik bos! Terima kasih! Kalau bos perlukan bantuan saya, bos call je saya. Lima minit saya sampai!"

"Sure!"
Darren Angguk perlahan. Tangan membuat isyarat ke arah pintu.

Erica yang memahami isyarat itu mula mengatur langkah untuk keluar.
Dalam hati jangan cakaplah, sudah bersorak gembira.

"Nanti, Panggil kan Bob kalau terjumpa dia dekat bawah!" 
Arah Darren sebelum Erica hilang dari pandangan.

"Ciao! Erica! Laju-laju nak pergi mana?" Ickey yang baru keluar daripada dapur menyapa.

 

"Ickey! Long time no see. " Bahu kiri Ickey ditumbuk perlahan. Tanda menyapa kembali.

"Yeah! I'm a busy person you know!" Angkat bahu. Topi chef di atas kepala dibetulkan.

"Hurm! Whatever! Aku tak boleh lama ni! Maklumlah bos beri cuti!"

"APA? BOS BAGI KAU CUTI?" Sampuk Bob dari jauh.
"But how? Aku apply cuti dekat bos dah lama, tapi bos tak approve pun." Bob cekak pinggang.

Mr.Cruel (BAKAL DIBUKUKAN ‼️)Where stories live. Discover now