PART 42

9.2K 459 6
                                    

"BOS! JOM MANDI SEKALI!" Laung Bob yang mulai berjalan di pesisir pantai. Topi pantai di atas kepala dipegang kemas dengan sebelah tangan. Risau ditiup angin. Sebelah tangan lagi memegang pelampung itik kesayangan yang sudah kembung diisi angin. Senyum lebar Bob dapat mandi pantai.

"Mandi lah korang puas-puas. Dah siap mandi, call aku." Darren tinggal pesan sebelum dia pusing tubuh untuk pergi ke tempat lain.

"Baik bos!" Bob beri balasan, terus dia terjun ke arah yang lain yang sudah lama berendam.

Ayrena pula masih duduk di kerusi batu berhampiran pantai. Kalau ikutkan hati, sekarang pun dia mahu terjun join sekali. Tapi disebabkan dia masih berfikiran waras, ditepis keinginan dia yang satu itu.

"Nak ikut aku tak?" Soal Darren. Tidak sampai hati mahu tinggalkan Ayrena seorang diri. Lagipun anak buahnya sedang fokus pada Mia. Andai kata hilang si Ayrena ni, apa yang dia akan jawab dengan Adrian nanti?

"Encik bercakap dengan saya ke?" Pandang Darren, Ayrena tunding jari je arahnya.


"Takkan aku bercakap dengan Ickey yang tengah berenang tu pula?" Hela nafas, Darren teleng kepala ke tepi. Andai kata Ayrena tidak mahu ikut, dia boleh saja pergi sendiri.

"N..nak! Nak!" Angguk dua kali, Ayrena bangun dari duduk. Handbag yang baru dibeli oleh Darren tempoh hari dia sangkut di bahu.

"Mia! Be careful!" Suara Ickey berkali-kali mengingatkan Mia untuk tidak keluar dari kawasan yang sedang mereka mandi.

Kas, Kar , Jo, Ickey dan Ezra berendam sambil buat bentuk bulatan. Di tengah-tengah mereka ada Mia yang sedang berenang riang. Disebabkan paras air laut naik, mereka perlu berjaga-jaga risau jika berlaku perkara yang tidak diingini.

"Kita nak pergi mana? Jauh sangat ke sampai nak naik kereta?" Angkat alis Ayrena soal Darren yang sudah berada dalam Kereta berjenama Bentley berwarna hitam metalik.

"Ikut je lah!" Tali pinggang diperbetulkan sebelum dia pandang Ayrena di sebelah. Mata bertentang mata.

"K... kenapa?" Soal Ayrena gusar. Seram pula bila Darren tenung dia sebegitu. Bukan seram apa, seram jika dia yang hilang kawalan. Muka Ayrena saat ini, jangan cakaplah memang merah bak tomato. Malu!

"Eh..encik! Encik jangan..." Putus kata, Ayrena halang Darren dari mendekat ke arahnya. Dada bidang lelaki itu dihalang menggunakan kedua-dua tangan apabila Darren dekatkan tubuh dengan dia. Riak cemas di wajah memang tidak boleh berselindung.

"Kau memang tak reti nak pakai ni ke?" Tali pinggang dililit pada tubuh Ayrena. Melihat muka Ayrena yang jelas sudah membahang buatkan dia mahu tergelak. Namun, dia kawal dengan reaksi biasa. Apalah yang si Ayrena ni fikir.

"Jangan nak perasan sangat lah!" Bicara Darren saat Ayrena buka mata yang tertutup. Saat ini, boleh terasa deruan nafas mereka berdua.
Sedar akan realiti, serta merta Darren betulkan kembali duduk di tempat duduk pemandu.

Perlahan-lahan kereta yang dipandu menyusur keluar dari kawasan
pantai.

Ayrena hanya pandang ke luar tingkap. Tidak sanggup dia ingin melihat Darren saat ini. Biarlah hati dia perlahan-lahan bertenang dahulu.

Darren pula, dari tadi dia menggenggam stereng kereta. Sejak tadi lagi dia berusaha untuk mengusir perasaan yang datang menyinggah.
Perasaan apakah ini pun dia tidak tahu. Yang pasti, perasaan itu kerap kali terasa sejak Ayrena mula muncul dalam hidup dia. 

Mr.Cruel (BAKAL DIBUKUKAN ‼️)Where stories live. Discover now