PART 34

8.5K 480 29
                                    

"Encik Darren cakap nak hantar saya balik rumah. Kenapa kita datang sini?" Kerut kening dia pandang Darren dalam-dalam. Kemudian pandangan dia alih ke hadapan. Mereka sekarang berada di parking lot di bahagian bawah tanah shopping mall.

"Keluar! Takkan kau nak pakai baju yang sama selama seminggu nanti?" Keluar dari perut kereta dia berjalan ke arah satu sudut menuju ke lift meninggalkan Ayrena yang masih berada di dalam kereta.

"Seminggu?" Tutup pintu kereta, segera dia dapatkan Darren yang sudah berada di dalam lift.

"Maksud Encik Darren?" Kini, betul-betul dia berdiri tegak di hadapan Darren. Saling berpandangan ke anak mata hazel Darren. Darren pula masih beriak biasa sambil tangan kekal di dalam poket.

"Aku akan bawa pekerja aku pergi bercuti esok. Kalau ikutkan tarikh sepatutnya harini dah sampai Langkawi. Tapi, terpaksa tunda plan disebabkan..." Jeda.

"Something happen!" Sambung Darren lagi.

Dapat jawapan yang dimahukan, Ayrena jatuhkan kepala berkali-kali.

Sesekali dapat dia melihat gerakan halkum si Darren. Terus, pandangan Darren hanya memandang ke arah pintu lift dan lansung tidak menyinggah kepada Ayrena. Sedar akan jarak mereka, segera Ayrena menjarakkan tubuh. Berpindah arah, dari berdiri di depan kini di sebelah kanan Darren.

Sampai di satu tingkat, mereka berdua berjalan keluar beriringan.

"Ambil card ni, beli lah apa yang patut. Aku nak jumpa kawan aku sekejap." Black Card dihulurkan. Namun tiada sambutan dari Ayrena.

"Kalau saya ambil nanti Encik Darren labelkan saya mata duitan atau kaki kikis pula." Peluk tubuh. Dia pandang kad di tangan Darren.  

"Kalau tak ambil, kau nak beli guna apa? Lagipun kau sekarang sehelai sepinggang, Ayrena. Remember that! So, just take it!" Merapat, dia hulur kembali kad tersebut. 

"Nak buat macam mana, kan. Orang dah bagi. Serba-salah pula saya kalau tak ambil. Risau pula kalau sampai Encik melutut nanti nak suruh saya ambil kad ni." Ambil kad, Ayrena buka langkah untuk mulakan pengembaraan dalam shopping mall.

"Selagi aku tak jemput, jangan pergi dekat parking lot, faham?" Sambar Lengan Ayrena, Darren letakkan pesan.

"Kenapa?" Soal Ayrena kembali.

"Can you just listen to what I say?"

"Baiklah Encik Darren! As you wish!" Bengkokkan tubuh, dia buat lagak seakan princess sebelum pergi.

Melihat Ayrena yang sudah hilang dari pandangan mata, dia capai telefon dari poket.

"Hello! Jumpa aku kat tingkat atas!" Masuk ke dalam ruangan lift. Darren matikan panggilan.

___

"Ya Cik, ini saja ke?" Soal seorang pekerja wanita. Di scan satu persatu pakaian tersebut. Bibir ukir senyum sebelum dia letakkan beberapa pakaian yang dibeli Ayrena ke dalam beg kertas.

"Semuanya RM 389.00!" Ayrena hulurkan Black Card.

"Thanks!" Balas senyuman. Terus dia jalan Keluar dari Victoria secret dan meneruskan perjalanan ke kedai seterusnya.

"Saya dah buat apa yang bos suruh. Maklumat pun saya dah cari. Nama lelaki tu Alex! Alex Zhao!  Kalau ikutkan data, dia dah pernah berkahwin dan bercerai lima tahun yang lepas. Alex ni boleh dikatakan ketua gangster dekat beberapa kawasan. Tapi kumpulan dia tak kuat mana pun macam yang saya cakap pada bos. Baru saya tumbuk sekali dah pengsan." Sam tunjukkan beberapa gambar yang diambil malam tadi.

"Buat ikut arahan yang aku suruh je, jangan pandai-pandai tukar plan. Aku nak kau uruskan yang dekat cafe juga. Jangan sampai ada yang perasan." Satu persatu arahan Darren beri.

"Baik bos!"

TING!
Satu notifikasi masuk ke dalam telefon Darren. Segera dia buka Lock screen. Dibaca satu mesej yang dihantar.

"Pembelian di Victoria secret. Sebanyak RM 389.00." Tutup screen dia kembali fokus.

"Bos okay?" Tegur Sam. Diintai sedikit screen telefon namun, serta merta Darren masukkan telefon ke dalam poket seluar.

"I'm good! So anything else?" Melihat Sam geleng kepala dia tarik nafas dalam.

"Aku turun dulu. Anything just contact me!" Tekan butang lift, dia turun ke tingkat bawah kembali.

____

"Yang ni cantik. Yang ni pun cantik. Yang mana yang more cantik. Hurmm!" Berfikir sejenak Ayrena berundur ke belakang perlahan-lahan. Mengamati dress panjang yang berwarna hitam dan putih.

BUKKK!

Sedar yang dia sudah terlanggar seseorang. Terus dia pusing tubuh. Cemas!

"I'm sorry sir!" Ayrena mendekat ke arah lelaki yang masih menghadap lantai.

"Can't you be more care..."

"Sayang!"

"Mikael!" Perlahan saja Ayrena bicara. Tidak mahu berlama-lama. Terus dia langkah keluar dari kedai baju tersebut.

"Sayang! Wait for me! Sayang! Ayrena!" Jeritan Adam Mikael buat Ayrena mati langkah. Kalau ikutkan hati nak saja dia sumbat heels dalam mulut Adam Mikael.

"Don't ever you call me like that, Mikael!" Jengil mata, dia tolak  tubuh Mikael ke belakang.

"Ayrena! I know you still mad at me. But, please! Tolong jangan hukum I macam ni. I tak sanggup hilang you. I love you, sayang." Direnung anak mata Ayrena. Mengharapkan gadis itu masih mempercayai dia.

Tidak endahkan Mikael, Ayrena mahu sambung langkah kembali. Namun, terasa lengan dilelar kasar.

"I'm talking with you!" Wajah merah padam. Geram Ayrena menghiraukan dia. Mikael selamba dekatkan tubuh mereka berdua. 

Ayrena bentak. Sedaya upaya dia ingin keluar dari genggaman Mikael saat Mikael genggam kedua-dua bahu dia.

Rapatkan wajah.

"I'm still love you, Ayrena. Bagi I peluang."

"Let me go! I tak nak dengar apa pun dari mulut you, Mikael. Kepercayaan I dah hilang. Bagi I you dah mati. Buat apa you masih cintakan I, You kan banyak perempuan simpanan kat luar sana. Setiap hari you tukar ganti. I sendiri dah lupakan you, and you must do the same. Anggap yang kita tak pernah ada apa-apa."

"You ingat semudah itu ke I nak lepaskan you? No! I dah cakap pada Papa untuk jumpa dengan family you. That's means I'm serious about us. And soon, we'll get married."

"You ingat semudah itu juga ke papa dan mama I nak terima. Sampai mati pun, I takkan terima you lah, Mikael. You ingat perempuan ni mainan ke? Nak you ambil, tak nak you tinggal kan macam tu. Lelaki jenis apa you ni?" Berkali-kali Ayrena bidas.

Makin Ayrena lepaskan apa yang terbuku, semakin kuat cengkaman Mikael di bahu Ayrena.

"How dare you touch what's mine!" Satu suara dari arah belakang membuatkan tingkah Mikael terhenti.

Mr.Cruel (BAKAL DIBUKUKAN ‼️)Where stories live. Discover now