Sebulan Kemudian,
Sebulan terasa berlalu dengan pantas. Ayrena merenung dalam ke langit biru yang terbentang luas. Halwa telinganya hanya fokus pada bunyi desiran ombak di pantai. Tegak batang tubuhnya berdiri di atas satu batu besar yang berada benar-benar di pesisiran.
Sekarang adalah masa untuk dia bertenang seketika. Bertenang daripada setiap hal yang sedang menganggu ketenteraman jiwanya. Meskipun nadi jantungnya sedang berdetak kencang dek geram dengan sikap Darren yang kian menjadi-jadi, namun dia perlu gagahkan diri untuk mencari sebuah jawapan untuk sesuatu hal yang masih misteri.
Berkobar-kobar semangat di dalam diri Ayrena untuk mendapatkan jawapan yang masih lagi menjadi tanda tanya. Siapa Eva Smith yang sebenar-benarnya kepada Darren? Jika Eva itu hanyalah sekadar kawannya daripada kecil, tidak akan Darren sanggup mendahulukan Eva daripadanya yang bergelar isteri dalam segala hal?
Dalam masa sebulan yang lalu, kerap sungguh Darren berjumpa dengan Eva. Kata Darren, mereka berjumpa hanyalah sekadar client saja. Tapi dia tidaklah naif dan bodoh untuk percaya kenyataan itu.
Cumanya Ayrena sengaja berdiam diri buat seketika. Dalam diam, dia sedang merancang strategi.
"Eva Smith," nama yang terpacul dari mulut Ayrena membuatkan dia senyum sinis sendiri.
Perut yang kian membesar Ayrena usap dengan penuh rasa kecewa.
"Sebulan anak-anak mama tak dapat attention dari papa sebab papa sibuk. Kesian anak-anak mama," luah Ayrena dengan intonasi suara seakan berbisik.Hingga saat ini, hanya dia sahaja yang mengetahui tentang jantina babies dan berapa yang ada. Pergi check up babies pun, Darren tak ikut. Hanya ditemani anak-anak buah Darren saja.
Sehinggalah satu saat, dia terasa dengan Darren, tiba-tiba rasa muak dengan semuanya. Kesemua perkara, anak buah Darren yang akan buat. Kalau dia mengidam sesuatu makanan, anak buah Darren yang akan belikan makanan yang dia mahukan. Kalau dia sedih dan emosinya tidak tentu, anak buah Darren juga yang akan memujuknya.
Darren pula? Sibuk bekerja. Meeting saja yang dia ingat, anak dan isteri? Dibiarkan dijaga di bawah jagaan pekerja.
Sekarang ini, dia sudah tekad. Tekad untuk tidak memberitahu kepada sesiapa mahupun Darren sendiri tentang jantina dan berapa yang ada. Biarlah itu terus menjadi sebuah rahsia sehingga dia melahirkan nanti.
"Bos, saya bawa cik Ayrena pergi pantai sebab cik Ayrena mengidam nak pergi pantai. Bos nak saya hantar cik Ayrena dekat office bos ke sekejap lagi? Dah nak dekat waktu lunch ni, mana tahu bos nak lunch dengan cik Ayrena," Jo menghantar satu mesej pada Darren. Tak sampai satu minit mesej itu dibalas.
"No need, bawa dia balik terus. Bahaya lama-lama dekat luar." Petikan yang Darren hantar Jo balas dengan nada mengeluh.
Telefon kembali disimpan ke dalam poket seluar. Angkat kepala, dia pandang semula Ayrena yang masih berdiri di atas batu.
"Cik Ayrena, dah nak dekat 2 jam cik Ayrena tenung langit dengan pantai itu. Saya rasa kita patut balik sekarang. Matahari pun dah terpacak dekat atas kepala,"
"Dua jam? I ingatkan baru 10 minit. Patutlah lenguh kaki I," Ayrena berpusing untuk melangkah turun daripada batu besar yang dia berdiri.
Jo terus datang mendekat dan membantu Ayrena turun. Risau jika tersalah langkah, mati dia kena dengan bos.
"Kita balik, ya!"
"Darren busy lagi ke? Dah dua hari dia bermalam dekat office tak balik rumah. Kalau you hantar I dekat office dia boleh?" Pinta Ayrena dengan reaksi memujuk.

YOU ARE READING
Mr.Cruel (BAKAL DIBUKUKAN ‼️)
ActionSegalanya adalah sebuah kebetulan.Takdir mereka telah pun bermula dengan pertemuan pertama tanpa sengaja antara mereka. Sejak pertemuan tragis itu, bayang hitam seolah-olah menghantui hidup Ayrena. Namun, siapa sangka corakan takdir menyatukan mer...