PART 31

9.3K 431 4
                                    

Ickey!" Bahu Ickey dicuit dari arah belakang.

"Hurm, awal kau bangun harini, Bob. Baru pukul 8.00 pagi kau dah tercegat dekat sini. Kalau tidak, pukul 12 tengahari pun belum tentu kau bangun." Dia teruskan kerja sambil bercakap dengan Bob. Dihiris-hiris beberapa bawang besar dan diletakkan ke dalam mangkuk kaca.

"Tak perlu nak sindir aku, okay! Aku bangun ni pun, sebab whatsapp group kita tu tak habis-habis masuk notifikasi. Aku baca tadi, kau cakap dalam group tu yang bos ada bawa balik perempuan. Betul ke? Siapa perempuan tu? Scandal bos? Cantik ke? Macam mana bos boleh terfikir nak bawa perempuan tu ke sini?" Berdas-das soalan Bob beri. Bersinar anak matanya ingin menanti jawapan Ickey.

"Betul lah tu! Bos bawa balik perempuan. Tapi kan, aku macam pernah tengok perempuan tu, cuma..."

"Cuma?" Bob beria-ia ingin tahu. Ini lah masanya. Sudah lama dia tidak mendengar berita-berita hot sejak mereka datang ke Malaysia. Kalau mereka di France setiap hari dia boleh buat kerja part-time kesukaannya.

"Cuma aku tak ingat dekat mana." Angkat bahu, Ickey sambung kembali memotong hirisan bawang yang terakhir.

"Macam mana bos boleh bawa balik Stranger? Bukan ke bos jenis yang tak percaya pada orang, kan?" Kecilkan mata Bob buat-buat berfikir. Dia ingin tahu selebihnya.

"Sudah lah, biar aku sendiri yang pergi tengok perempuan tu. Pukul berapa dah ni, takkan tak bangun-bangun lagi."  Bob pusing tubuh. Biar dia sendiri yang merungkai siapa si gerangan yang diceritakan Ickey dalam group semalam.

"Kau ni Bob, baru harini bangun awal tak payah nak sindir orang sangat. Daripada kau pergi kacau perempuan tu, lebih baik kau tolong aku masak ni."

"Tak nak lah! Kau masak sedap-sedap, okay. Nanti dah siap panggil aku. Sekarang ni, aku ada perkara yang lebih penting yang nak buat daripada nak tolong kau memasak. Aku pergi dulu." Bob keluar dari dapur dan maju ke arah tangga. Dia benar-benar ingin tahu siapa perempuan itu.

"Memang confirm lah perempuan tu dekat sini, kan?" Telinga dilekapkan di daun pintu. Sedikit hampa apabila tiada sebarang bunyi yang dia dengar. 

Tombol pintu dia pegang. Belum sempat dia pulas tombol, telinga kiri Bob ditarik ke belakang menyebabkan dia turut terdorong ke belakang.

"B...b...bos!" Gagap bibir Bob keluarkan kata.

"Kau buat apa?"

"T...t...tak buat apa, bos! Saya cuma lap tombol pintu ni. Rasa macam berhabuk sangat, tu yang saya lap sikit tu. Haa,dah berkilat!" Tutur Bob sambil menunjuk ke arah tombol.

"Bob,Bob,Bob! Kau bukannya baru kerja dengan aku setahun, Bob!" Darren pandang muka Bob. Meleret dia ukir senyum sinis.

Bob sudah cemas. Dia tahu maksud senyum Sinis Darren. Hukuman apa lagi yang akan dia hadapi kali ini.

"Apa kata Harini kau keluar kan peluh sikit, Bob." Angkat kening. Dia lirik semula ke arah Bob yang sudah berpeluh-peluh.

"Maafkan saya, bos! Janji tak buat lagi." Bob angkat tangan tanda berikrar dengan harapan tidak ada hukuman untuk dia harini. 

"Maaf, janji tak buat lagi. Maaf,Janji! Mudahnya kau berkata-kata Bob." Perlahan saja suara Darren memukul gegendang telinga Bob.

"Ini janji betul, bos!"

"Tak boleh! Kali ini, aku tak terima. Lagipun, rumput kat belakang rumah dah panjang tu. Jadi, aku nak kau pergi belakang rumah, potong rumput tu. Pastikan potong semua."

"Potong rumput je?" Bob bersuara lega. Mujurlah tidak ada hukuman yang berat. Melihat Darren yang mengangguk membuatkan rasa lega dia berkali-kali ganda. Setakat potong rumput celah gigi dia je.

"Aku nak kau Potong rumput. Tapi kau kena guna sabit, bukan pakai mesin rumput." Sambung Darren lagi.
Spontan membuat Bob terkedu.

"Bos! Penat lah saya kalau macam tu."

"Guna sabit pun dah dikira bagus, rasanya. Atau kau nak potong semua rumput tu guna gunting? Which one?"

"Okay, bos! Saya guna sabit. Sabit pun sabit lah," Bob mula langkah ke arah tangga. Lebih baik dia mula sekarang.

Melihat Bob yang sudah turun, Darren halakan pandangan ke arah pintu bilik tetamu.

"Tak kan tak sedar-sedar lagi perempuan ni?" Niat ingin menjenguk masuk ke dalam, namun serta merta dia matikan niat dan teruskan saja langkah ke arah Master Room. Lebih baik bersihkan diri dahulu, memandangkan dia baru balik dari jogging.  Pakaian pun, hanya singlet dan seluar trek yang tersarung di tubuh.

________

"Macam mana ni Cik Atheena? Perlu ke kita beritahu keluarga Cik Ayrena? Saya rasa ni memang kes culik ni. Nak tengok CCTV, masa tu jugalah CCTV nak rosak. Saya buntu ni! Tak tahu nak buat apa. Kalaulah semalam, saya balik awal dari kedai tu, mungkin ini semua tak jadi." Lily mulai rasa serba-salah. Dia rasa tak tenang. Dari semalam lagi dia ada di cafe. Tidak sampai hati mahu pulang ke rumah. Saat dia sampai di cafe semalam, dia juga turut terkejut. Dengan keadaan cafe yang seperti kena rompak. Namun, langsung tiada barang berharga atau berbentuk wang yang hilang. Berkemungkinan besar ini adalah kes penculikan kerana Cik Ayrena hilang tanpa meninggalkan sebarang jejak.

"Kalau nak report polis pun, kena tunggu 24 jam dulu. Kalau nak beritahu keluarga Ayrena..."

"Tak boleh keluarga dia tak boleh tahu. Lagipun belum pasti samada ini betul-betul kes culik atau apa. Mungkin Ayrena kena serang dan cemas sangat masa tu. Berkemungkinan juga dia lari keluar masa dia kena serang, dan tersesat." Atheena buat spekulasi.

"Macam mana ni? Apa yang kita nak buat?" Suara Kak Su turut berbaur risau. Mereka sekarang sedang menunggu kehadiran Nadine dan Rita. Sedikit sebanyak mungkin Nadine dan Rita boleh membantu.

Mr.Cruel (BAKAL DIBUKUKAN ‼️)Where stories live. Discover now