PART 20

10.3K 455 7
                                    

"Abang Ad nak bawa Ayrena pergi mana ni?" Soalan sama yang entah keberapa kali dia tanya. Namun, masih tiada jawapan.

"Adalah! Sekejap! Dah nak sampai dah!" Tekun saja Adrian memandu.  
Tak sabar-sabar betul si budak kecil ni! Daripada tadi dia diajukan dengan soalan yang sama.

"Lambat lagi ke, abang Ad?" Ayrena Muncung bibir sambil berpeluk tubuh. Dah lah hari minggu, sepatutnya hari ini dia hanya duduk di rumah dan tengok Drama. Tapi lain pula yang jadi. Tiba-tiba dapat panggilan dari Adrian dan disuruh bersiap. Mahu tak muncung.

"Okay! Dah sampai!"

"Sampai?" Kerut kening. Dia Kerling kiri dan kanan.

Tali pinggang dileraikan dari tubuh. Memandang Ayrena yang masih berkerut membuatkan dia ukir senyum.

"Shopping mall?" Adrian di sisi dia pandang. Bagai tidak percaya.

"Ini ke suprise tu? Ini? Pergi Shopping?" Soal Ayrena lagi. Abang Adrian ni biar betul. Dia punyalah bersiap bagai nak rak. Shopping mall je!

"Abang sure tak silap tempat?" Ayrena minta kepastian risau kalau Adrian ni tiba-tiba rabun.

"Betul! Dekat sini lah! Harini, abang nak belanja Ayrena. So, Ayrena boleh ambil je apa yang Ayrena nak, abang yang akan bayarkan!"

"Woah! Betul ke?" Ayrena tayang reaksi terkejut. Bukan senang nak dapat peluang keemasan macam ni. Melihat Adrian mengangguk menambahkan lagi rasa teruja. Yes!

"Dah, jom!"

"Jom!" Laju dia melangkah mengekori Adrian.

__________

"Betul, bos! Saya dah check banyak kali. Memang lelaki ni yang cuba masuk kita punya markas hari tu. Semua data dia saya dan kumpulkan. Nama dia Johny. Johny ni merupakan bekas banduan yang dibebaskan atas sebab bukti-bukti jenayah yang dia buat, tak cukup. Macam-macam jenayah yang dia dah buat antaranya membunuh, merompak, rape dan banyak lagi." Telefon di letakkan di atas meja dan ditolak ke arah Darren. Satu persatu gambar dia slide ke tepi.

Keadaan yang sedikit sesak di dalam mall membuatkan perbualan mereka tidak didengari sesiapa.

"Jadi, aku rasa tak perlu aku jelaskan apa yang kau perlu buat."

"Baik, bos! Saya sendiri yang akan bawa dia jumpa bos." Telefon diambil kembali dan diletakkan di dalam poket. Air fresh orange dihirup perlahan.

"Bos ada apa-apa lagi?"

"Tak! Aku bagi masa tiga hari untuk kau dapatkan lelaki tu. Aku nak dia, hidup-hidup." Sengaja dia tekankan perkataan dibelakang.

"Baik bos!" Tanpa lengah,  Sam beredar dari situ. Ingin mendapatkan orang yang diburu.

Darren turut sama melangkah keluar beberapa saat selepas Sam hilang dari pandangan.

Suasana mall yang agak sesak dengan pengunjung dari pelbagai negara membuatkan dia atur langkah ke elevator menuju tingkat atas.

Kedai yang menjual pelbagai coat dan kemeja lengan panjang menjadi pilihan.

______

"Ayrena! Yang ni kad abang! Kalau Ayrena nak apa-apa ambil je bayar pakai kad ni! Now, abang nak pergi tandas, urgent!" Gold Card bertukar tangan. Laju langkah Adrian mencari toilet untuk melepaskan apa yang tertanggung.

Figura Adrian kian hilang dari pandangan mata.

"Tak lama lagi birthday papa. Hurm! Tahun lepas dah bagi Tie. Tahun ni, agak-agak apa yang menarik?" Mata melilau mencari kedai pakaian lelaki saat sudah mendapat idea. Dia mulai atur langkah saat terdapat satu kedai yang menjual Coat dan pelbagai pakaian lain. Namun, langkah dia terhenti saat ditahan oleh seorang pekerja lelaki.

"Maaf, cik!" Jari ditunjuk ke arah sekeping papan tanda!

"Man only!" Perkataan yang tertera di atas papan tanda tersebut membuatkan Ayrena bagai hilang rahang. Kedai macam ni pun ada?

Terus, anggukan yang dibalas pekerja tersebut

"Ehem! Saya lelaki!" Tanpa segan silu dia mengaku dan melangkah memasuki kawasan kedai. Demi papa!

Satu persatu baju dia amati. Semua cantik. Kalau ambil semua ni, mahu jadi papa kedana abang Adrian.

Satu coat berwarna hitam dia ambil. Dibelek-belek coat tersebut. Namun, serta merta dia letakkan kembali saat mata tertancap pada satu set kemeja dan coat yang kelihatan sangat exclusive dan Branded.
Terus dia melangkah ingin mendapatkan Kemeja dan Coat yang bakal dia beli.

Saat dia ingin mengambil kemeja dan Coat dari tempat gantung, ada satu tangan yang terlebih dahulu menyambar.

"Ini boleh buat gaduh ni!" Ketap gigi. Wajah si perampas Coat dia pandang.

Bagaikan hilang dari dunia, handbag Gucci yang tadi elok tersangkut di bahu kini terjatuh ke lantai apabila melihat gerangan si perampas.

Mr.Cruel (BAKAL DIBUKUKAN ‼️)Where stories live. Discover now