PART 48

9.4K 477 15
                                    

HUH!

"Mimpi rupanya!" Ayrena bangun tercungap-cungap. Dada sudah berombak mencari penafasan.

"Apa yang mimpi?" Adrian duduk bersandar di sisi pintu yang elok terbuka luas. Di tangan ada sebiji epal merah. Digigit isi epal merah sikit demi sedikit.

Duduk termanggung Ayrena urut dahi.

"Bertuah! Depan tetamu juga nak buat hal!" Pandangan Adrian mencerlung ke arah Ayrena. Sehingga tampak kening tebal dia bertaut sesama sendiri.

"Mana lah Ayrena tahu. Tiba-tiba je." Pertahankan diri, Ayrena angkat kedua-dua bahu. Suka hati saja Adrian mahu marah dia. Perkara sudah jadi, mana boleh dia putar masa kembali.

"Macam mana boleh pengsan? Takkan tiba-tiba je menjerit lepastu pengsan? Kenapa? Sebab tengok Tetamu papa handsome sangat? Tak kisahlah, yang penting abang lagi kacak dan bergaya dari dia, kan?" Terjungkit berkali-kali kening Adrian selepas puji diri sendiri.

"Dugaan Ayrena dapat abang yang jenis angkat bakul sendiri ni!" Geleng kepala Ayrena mendongak kembali memandang Adrian yang masih bersandar di pintu.

"Tetamu papa tu dah balik ke?"

"Dah balik tadi. Itulah, pengsan lama sangat, dah tak sempat nak jumpa buah hati pangeran jantung." Sakat Adrian. Nak tergelak saat wajah Ayrena mula merona merah.

"M... mana ada! Ayrena tak kenal dia pun!" Gigit isi pipi, hujung comforter dilipat-lipat.

"Ouhh really? Okay lah abang buat-buat tak tahu even abang tahu. Ayrena jangan risau, abang Ad ni jenis pegang pada rahsia. So, mama dengan papa tak tahu apa-apa pun.  Dia datang pun sebab papa memang dah kenal Darren tu. Kalau tidak, jangan haraplah papa nak bawa client papa datang rumah. Papa ada cerita juga yang Darren tu boleh dikatakan penyumbang terbesar dalam syarikat kita masa papa uruskan syarikat dekat France. Darren yang banyak tolong papa sepanjang papa dekat sana." Panjang Adrian perjelaskan.

"Kenapa abang beritahu pada Ayrena? Ayrena tak nak tahu pun." Buat-buat tidak peduli, Ayrena toleh ke luar tingkap.

"Saja! Maknanya Ayrena dengan Darren tu mungkin ada peluang untuk ke next step. Lagipun, papa nampak rapat sangat dengan Darren tu. Nampak mesra." 
Tambah Adrian lagi. Iris mata tidak lepas memandang Ayrena yang seakan tidak peduli. Menyampah! Tak suka, tapi tersipu-sipu malu. Nak saja dia campak epal di tangan. Mentang-mentang dia masih single.

"Abang mengarut apa ni? Encik Darren tu bukannya pandang Ayrena pun." Ayrena bersuara. Namun, nada suara diperlahankan sedikit. Risau jika papa atau mama yang terdengar perbualan mereka habis dia.

"Cakap abang mengarut pula. Kalau abang mengarut, takkan lah Ayrena boleh pergi sampai Langkawi tu kan?" Sinis Ayat keluar dari mulut Adrian.

Terbuntang mata Ayrena mendengarkan pernyataan tersebut.

"Abang tahu! Tapi, abang percaya Ayrena pandai jaga diri. Dan abang percaya yang Darren tu bukan jenis yang ambil kesempatan. Jadi, abang biarkan korang. Kalau ikutkan hati lama dah abang heret bawa balik. Tapi itulah, tak sampai hati. Abang ni masih ada empati untuk adik abang ni. Mungkin itu cara yang Ayrena cakap sebelum ni. Lagipun Ayrena dah matang untuk fikirkan yang mana yang betul dan yang mana yang salah. Ikut pada umur pun, dah sesuai untuk kahwin."

"Kenapa tiba-tiba abang cakap soal kahwin pula? Tak boleh! Tak boleh! Tak boleh! Abang kena kahwin dulu. Lepas abang kahwin, baru Ayrena akan kahwin. Noktah."

"Yakin ke Ayrena? Silap-silap Ayrena yang kahwin dulu. Bukannya boleh percaya sangat. Silap-silap ke Thailand nanti."

"Ayrena bukan jenis macam tu okay. Kat Thailand buat apa? Tak nak lah Ayrena kahwin kat Thailand. Buat malu je!" Ayrena tayang muncung itik. Apa ke patut dia kahwin dekat Thailand? No! No! No! A big no!

____________

"Papa! Boleh Mia masuk? Tok! Tok! Tok!" Muncul Mia Dari belakang pintu. Bunyi ketukan dibuat dari ulas bibir. Tayang senyum lebar saat Darren turut pandang ke arahnya.

"Come in!" Darren angkat tubuh kecil Mia Isabella ke dalam dakapan. Kemudian dia sambung kembali menaip di laptop. Lincah jari jemari menari di keyboard. Diikuti dengan jari kecil Mia yang mengikut jejak Darren.

"Uncle Bob cakap papa pergi jumpa mama harini." Terhenti tingkah Darren dari terus menaip. Iris mata melirik ke wajah Mia Isabella.

"Tak sempat jumpa mama pun!" Kini, jari jemari berpindah dari atas keyboard ke arah pipi gebu Mia. Ditekan-tekan pipi Mia hingga muncung bibir Mia. Tergelak kecil dia  melihat kecomelan si kecil.

"Why? Mia rindu mama?" Mata bulat Mia ditenung dalam. Mia balas dengan anggukan.

"It's okay! Nanti papa bawa mama jumpa Mia."

"Betul ke? Promise?" Angkat kepala, Mia buat Pinky promise dan hala ke arah Darren.

"Promise!"

Mr.Cruel (BAKAL DIBUKUKAN ‼️)Where stories live. Discover now