PART 40

8.7K 435 4
                                    

"Cik Ayrena kenapa? Muncung je. Patutnya Cik Ayrena happy. Kita kan tengah bercuti sekarang. " Suara Ezra kedengaran memujuk. Perasan yang kelakuan Ayrena berbeza. Banyak termenung daripada semalam.


"Ezra! I dah melepas nak dapat kan bos you." Tutur Ayrena sambil termenung menghadap taman bunga di belakang rumah.

"Kenapa Cik Ayrena cakap macam tu?" Ezra Sedikit terkejut saat mendengarkan apa yang gadis itu kata. Bukankah Ayrena memang bercinta dengan bos? Memang budak-budak lain pun tahu perkara itu. Semuanya sebab berita yang sudah tersebar luas kerana Bob.


"Mia! Siapa mama kepada Mia? Mesti cantik orangnya kan? Memang kalah I yang tak seberapa ni."


Ezra garu kepala. Apa yang dia ingin jawab sekarang ini? Kalau dia menceritakan kebenaran, silap haribulan nahas dia. Tapi kalau tidak cerita, bos mati dengan gelaran teruna tua. Malu keturunan Del Lucca nanti.


"Berapa umur Mia?" Soal Ayrena. Kaki perlahan-lahan digerakkan untuk menghayun buaian. 


"Bulan depan dah masuk 4 tahun." Nak atau tidak, Ezra jujur saja. Demi kebaikan bos.

"Maksudnya bos you dah kahwin berapa lama? Lima tahun? Enam tahun? Atau tujuh tahun?" Bertalu-talu soalan Ayrena sua. Dia benar-benar ingin tahu.


"Siapa cakap bos dah kahwin?"

Serta merta Ayrena Kerut dahi.

"Kalau dia tak kahwin macam mana boleh dapat Mia?" Tanya Ayrena lagi. Namun serta merta Ayrena tekup mulut.

"Cik Ayrena jangan fikir yang bukan-bukan tentang bos. Bos tu nampak je jahat. Memang tak dapat dinafikan yang bos tu jahat di mata orang lain. Tapi, bagi kami sendiri pekerja bos. Bos tu baik sangat. Kalau bos jahat dan tak berhati perut, bos takkan jaga dan besarkan Mia Isabella. Kalau bos jahat, bos takkan ambil Mia dan jadikan Mia tu anak angkat bos. Dan kalau bos itu kejam, bos takkan selamatkan Mia empat tahun lepas. Malam yang buatkan Mia hilang keluarga kandung dia sekelip mata. Jadi, saya harap cik Ayrena tak terasa kalau Mia panggil Cik Ayrena mama. Itu sebab dia tak pernah rasa kasih sayang seorang ibu." Percakapan Ezra terhenti apabila mengingatkan saat-saat Darren, Ickey, Bob dan dia menjaga Mia siang dan malam. Setiap hari mereka bangun di malam hari buatkan susu botol untuk Mia. Bergilir-gilir mereka menjaga Mia siang dan malam sepanjang Mia masih bayi.

Cerita Ezra buatkan Ayrena terkesima. Dia faham perasaan itu. Perasaan menjadi yatim piatu sekelip mata. Perasaan dibesarkan oleh keluarga angkat. Itu satu kenyataan yang memedihkan. Tanpa sedar air mata Ayrena sudah bertakung, namun cepat-cepat dia lap dengan hujung lengan.

"Ouh! Sorry! I tak patut tanya you, kan?"


"It's okay, Cik Ayrena! Saya mungkir janji saya dengan bos, untuk selamatkan masa depan bos! Cik Ayrena jangan sia-siakan bos saya. Saya masuk dulu, nak betulkan paip singki yang Bob buat patah." Pamit Ezra dan dibalas dengan anggukan Ayrena.


"Mama! Ops! Sorry! Aunty Ayrena!" Mia tekup mulut. Sedar akan keterlanjuran kata.


"Kalau Mia nak panggil aunty Ayrena mama pun, boleh. Kalau panggil aunty Ayrena mama, lagi aunty suka." Senyum lebar. Ayrena bawa Mia ke dalam pelukan.

"Hehe! Mia suka lah macam ni! Mia rasa hangat je!" Kedua-dua tangan kemas peluk belakang Ayrena.

"Macam mana Mia boleh ada dekat sini? Sebelum Mia sampai dekat sini, Mia duduk dekat mana?" Soal Ayrena apabila pelukan dileraikan.


"Mia daripada France datang ke Malaysia. Jauh, kan? Uncle Ace yang hantar." Pandang Ayrena, Mia jawab penuh minat.


"Uncle Ace?" Soal Ayrena, pelik. Siapa Ace? Dia lansung tidak berjumpa dengan mana-mana lelaki selain pekerja Darren yang memang sudah dia kenal.


Mia angguk.

"Uncle Ace akan jaga Mia kalau papa outstation. Kalau papa dah ada dengan Mia, uncle Ace akan lesap."

"Maksudnya?"

"Papa suruh uncle balik France semula."

"Ouhhh!"


"Mia! Nak ikut papa?" Darren berjalan ke arah Mereka. Elok tersarung baju turtleneck di tubuh tersebut. Darren ni memang tak rasa panas ke? Kulit buaya ke apa?


"Nak ikut! Papa nak bawa pergi mana? Kita pergi dengan mama kan?" Mia sudah tayang sebaris gigi. Teruja!

"Again?" Darren renung Ayrena yang masih setia di sisi Mia.

Senyum tipis, Ayrena angkat wajah pandang ke arah Darren. Kedua-dua bahu dia angkat sebagai balasan.

Mr.Cruel (BAKAL DIBUKUKAN ‼️)जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें