PART 17

10.9K 470 4
                                    

"Dua puluh satu! Tiga puluh dua! Tiga puluh lapan! Empat puluh enam!"  Seperti biasa, nombor akan disebut secara rawak oleh Bob. Peluh di dahi sudah menitik-nitik.

"SEMULA! AKU DENGAR! AKU TAK AMBIL PEKERJA YANG TAK SEKOLAH! MULA BALIK SAMPAI LIMA RATUS." Darren memberi arahan. Tubuh bersandar di balkoni dibaluti bathrobe yang  berwarna hitam. Sepasang mata miliknya memerhati Bob yang sedang pumping di tepi kolam renang bersebelahan kanan rumah.

"Bos! Saya dah penat! Tak nak dah! Maaflah Bos! Janji lain kali tak buat dah." Tubuh masih dalam keadaan menghadap bumi. Hanya kepala saja mendongak memandang Darren yang tengah berdiri di balkoni tingkat satu.

"Buat sampai lima ratus, baru boleh masuk rumah." Tegas suara Darren. Rambut yang masih lembab dibiarkan terjurai. Beralun-alun rambut berwarna caramel Brown hair miliknya ditiup angin.  

Bob muncung Bibir. Nak tak nak kena habiskan juga. Apakan daya, pikat perempuan pun kena denda. Dilihat langit yang langsung tiada bintang. Kilat pun dah mula sambar menyambar. Bob betulkan posisi.

"Kira perlahan je lah!" Getus Bob dan meneruskan pumping yang tergendala. Kali ini kiraan hanya dibuat dalam hati.

"KUAT! AKU NAK DENGAR! KAU SENYAP, AKU SURUH SNIPER DEKAT ATAS TU TEMBAK."  Revolver di tangan diletakkan bersebelahannya.

"Tiga puluh dua. Tiga puluh tiga! Tiga puluh empat!"

"KUAT LAGI!" Suara Darren naik seoktaf.

Bob meneruskan kiraan dengan lantang. Kalau bukan sebab ada bos dan sniper, sudah lama dia curi-curi masuk. Nak lari masuk sekarang pun, risau roh dulu yang masuk rumah, tubuh tertinggal di luar.

___________

"Ayrena!" Panggil Atheena. Tubuh dilabuhkan ke atas sofa. Mata memerhati Ayrena yang termenung dari tadi.

"Hurm?" Angkat wajah, dipandang Atheena yang duduk di sebelah.

"Kau kenapa ni? Sejak balik kerja tadi, macam lain je aku tengok!" Remote Tv dia ambil, ditukar channel tv daripada cerita Tamil kepada K drama.

"Ni memang sah berangan. Kalau tidak, takkan lah cerita Tamil ni dia tengok." Getus Atheena. Perlahan.

"Kenapa? Aku Nampak tak okay ke?" Diaju pula soalan kepada Atheena.

"Lah! Tanya aku balik! Tak lah, aku cuma tanya. Kau okay tak? Itu je!"

"Aku okay je. Cuma teringatkan apa yang jadi dekat cafe tadi. Ada something happen."  Tutur Ayrena.

"Something happen? Apa dia? Tak nak share? Kongsi lah dengan aku." Atheena betulkan duduk. Riak wajah berminat untuk tahu.

"Kau nak tahu? Okay! Cerita dia macam ni..."

Flashback

"Cik Ayrena dah okay? Tak berdebar-debar dah?" Soal Rita khawatir.

" Feeling better!" Jawab Ayrena. Cawan air Mocha diletakkan di dalam sinki. Shawl satin dibetulkan di satu cermin yang diletakkan di belakang pintu, sebelum ingin mengatur langkah ke hadapan.

"Rita, angkat ni bawa pergi depan!" Pinta kak Su seraya menunjukkan ke arah dua dulang. Satu dulang berisi croissant, dan satu lagi berisi bomboloni.

Terus, dicapai dulang Bomboloni itu dan dibawa penuh berhati-hati.

"It's okay! Yang ni Biar Ayrena bawa!" Halang Ayrena apabila Kak Su seperti mahu angkat Dulang yang masih tersisa. Kemudian dulang yang  berisi Croissant dia angkat mengikuti Rita yang sudah menuju ke hadapan cafe. 

"Cik Ayrena letak je dekat situ. Biar saya yang susun."  Terlihat Lily yang sedang mengangkat satu persatu Dulang yang sudah kosong dan diasingkan ke tepi.  Setiap menu sudah tersusun mengikut kategori masing-masing. Donut pelbagai saiz, Croissant, Bomboloni dan banyak lagi pencuci mulut.

Mr.Cruel (BAKAL DIBUKUKAN ‼️)Where stories live. Discover now