Bab 22

439 7 0
                                    


H

ARRY yang memerhati dari jauh senyum lebar. Selesai tugasnya untuk hari ini. Hatinya berlagu riang memandangkan dia sudah menang dalam pertaruhan. Lebih-lebih lagi dia mampu membuat Ryan cemburu.

Sedang Harry termanggu-manggu seorang diri, tampil Dahlia di depannya.

"Mr. Harith...., boleh I ajak you menari?" tanya Dahlia dalam agak ragu-ragu. Malu besar kalau pelawaannya ditolak.

"Sure...." Harry senyum Segera dia bangkit dari kerusi dan tarik tangan Dahlia menyertai Ryan dan beberapa pasangan lain yang sedang tenggelam dalam alunan romantis lagu slow ballad dendangan Marc Anthony dan Tina Arena.

Ellise mengerling pasangan berhampiran meraka. Harry sedang menari dengan Dahlia, gadis sombong yang bekerja di meja penyambut tetamu Medic Corp Tower. Bibir Ellise ketap dengan geram. Bukan dia cemburu akan Harry dan Dahlia, tetapi mengenangkan apa yang sudah Harry buat pada dia.

'Be my date?' Teringat lagi akan pelawaan Harry minggu lepas. Tiba-tiba dia rasa sungguh benci pada Harry sekarang. Rasa dipermainkan!

Lagu berhenti dan video yang terlayar di skrin turut terpadam. Semua yang berada di lantai tari bertepuk-tangan dan bagi yang sudah menari juga menundukkan kepala pada pasangan masing-masing sambil membengkokkan kaki.

Tanpa bertangguh, Ellise memusing tubuhnya.

"Ellise!" laung Ryan.

Ellise menoleh sebentar dan kemudian langkah dipercepatkan ke pintu utama Majestic Ballroom. Hati Ellise sakit. Dia tak patut berada di sini dan mahu pulang sahaja ke rumah sewanya.

Dengan tumit runcing tiga inci setengah, terpaksalah Ellise menjinjit kedua-dua kain gaun kembangnya yang labuh menyapu lantai.

"Ellise... stop!" jerit Ryan lagi dalam muzik rancak yang dimainkan sebaik sahaja lagu pilihannya berakhir tadi. Ellise.... masih dengan perangai lamanya. Suka sangat mahu melarikan diri jauh-jauh dari dia.

Sedar yang Ryan sedang mengejar di belakang, Ellise berlari-lari anak. Lupa yang dia sedang memakai heels tertutup yang runcing di bahagian depan. Tangan yang menyelak pintu, tak sempat mahu tarik kain kembangnya. Akibatnya, hujung kasut tumit tinggi Ellise terpijak kain sendiri.

Ellise tak dapat imbangi badan. Petugas hotel yang berdiri di luar pintu juga tak sempat mahu menyambut. Ellise terduduk dengan gaya bersimpuh. Terhenyak pinggangnya. Mujurlah dia jatuh di atas karpet tebal. Kalau atas lantai marmar yang keras, ngeri untuk membayangkannya. Kemungkinan dia akan jatuh terlentang dengan kain terselak.

"Auchhh!" Ellise pegang pinggang. Sakitnya ya amat! Perangai kelibutnya memang payah untuk dibuang. Dan kenapalah berkali-kali dia jatuh bilamana terlibat dengan Ryan?

Bukan setakat tubuhnya yang tersungkur, tapi hati dan jiwa kental Ellise turut tersungkur dengan perlakuan Ryan yang tidak terduga. Yang Ellise pun satu. Payah sungguh mahu menolak atau melarang kucupan Ryan yang menggetarkan perasaannya. Lagi berbesar hati merelakan!

'Apa dah jadi dengan kau, Ellise?'

%%%%%%%%%%

"ELLISE!" Tak sampai seminit dia mengelamun, Ryan sudah melutut di sisinya.

Ellise merah muka. Malu tertangkap dengan aksi terduduk begitu.

"Why you running away from me?" Hendak tergelak juga Ryan tadi. Bukan dia tak nampak bagaimana Ellise tersadung dan jatuh terduduk. Melihat dahi Ellise berkerut menahan sakit dan memegang pinggang, tak jadi dia mahu hamburkan tawa. Macam-macam sungguh gadis genit bernama Ellise ini. Si brutal yang kelibut!

RYAN-ELLISE - Mungkinkah Ada Cinta?Where stories live. Discover now