Bab - 11

1.1K 58 15
                                    


RYAN bawa diri ke dapur semula dan duduk di kerusi. Sekeping pizza yang masih panas dikeluarkan dari kotaknya. Perut yang lapar, ditambah lagi sekeping dan hingga kepingan ke-tiga barulah dia merasa kenyang. Air Pepsi dituang ke gelas kaca dan buih-buihnya mengelembung hingga penuh gelas. Dibiarkan dulu buih itu menghilang dan kemudian menuang lagi gelas kaca hingga penuh, barulah diangkat ke bibir. Uhh.... nikmat tak terkata apabila air bergas itu melalui kerongkongnya.

"Aaaaaa!!!!" jeritan bergema dari dalam bilik. Suara Ellise! Bingkas Ryan bangun dari duduk dan menerpa ke biliknya. Apa kena dengan Ellise? Terjatuh katilkah?

"Ellise?"

"Why am here? You supposed to send me home!!" jerit Ellise. Meradang sungguh dia. Celik-celik mata sahaja, dia rasa sungguh asing. Bila mengamati sekeliling dan ternampak bayangan sendiri di sebalik cermin kaca di dinding, barulah dia sedar yang dia kini berada di dalam bilik Ryan. Di kondo mewah Ryan!

Baru hendak merapati katil, sebiji bantal melayang ke dahi Ryan. Bukk! Sebiji lagi terkena bahunya pula.

"Ellise... calm down!" Ryan terus menerpa ketika Ellise mahu raih bantal hiasan berwarna hitam. Jatuh bantal itu ke lantai.

"I hate you! I hate you so much! Let me go!" Ellise menyumpah-nyumpah. Ryan mungkir janji!. Ryan yang menindih tubuhnya cuba ditolak sekuat hati dan meronta-ronta sedaya yang boleh. Lagi kuat Ellise meronta, lagi kejap Ryan mengunci tubuh Ellise hingga kedua-dua tangan Ellise ditekan ke tilam.

"Ellise!!" tengking Ryan. Ikutkan hati mahu sahaja ditampar pipi gebu itu supaya gadis itu diam, tapi seumur hidupnya dia berpegang pada prinsip tak akan mengasari mana-mana perempuan.

Lengkingan suara Ryan mematikan rontaan Ellise. Ellise menangis. Takut!. Tak pernah ada lagi siapa-siapa yang pernah menengkingnya sebegitu kuat.

"Syhh..... don't cry...... I won't hurt you." Air mata di pipi Ellise diseka setelah sebelah tangan Ellise dilepaskan. Dengan perlahan pipi gebu itu dielus.

Ellise masih dengan sisa esakannya.

Tangan yang mengusap pipi Ellise dialihkan. Rambut yang menutup sebahagian dahi Ellise juga diraut ke sisi. Matanya tidak berkalih dari merenung anak mata Ellise. Dalam.... memukau..... menggoda.

"Ryan......." Ellise mendesir halus. Esak tangisnya tadi berubah menjadi debar. Agaknya setiap degupan jantungnya memukul-mukul dada kekar Ryan yang tidak berbaju.

"Oh Ellise..... I can't help myself," bibir Ellise dikucup hangat. Kemahuannya meningkat, meronta-ronta hinggakan tak mampu lagi menolak gelodak hati yang sudah menguasai.

Ellise pejamkan mata. Air jernih menuruni pipinya semula.

Bila menyedari Ellise kaku dan tidak menyambut kucupannya, Ryan kembali mendongak.

"If I let you fulfill your needs, would you consider hutang I pada you selesai sepenuhnya? Dan kita tak perlu berjumpa lagi?"

Ryan tersentak. "What do you mean?"

"Wang seratus ribu yang you dah donate." Ellise tarik nafas.

Ryan terkesima. Ellise masih tak ikhlas dengannya? Masih mengangap dirinya sebagai tebusan?

Ryan berguling ke sebelah dan baring terlentang. Lengan, dilabuhkan ke dahi sendiri. Ellise mengiring membelakangi Ryan. Tersesak-esak dia menyambung tangis.

%%%%%%%%%%%

RYAN menginjak merapati Ellise dan mengiring sama. Diraih kepala gadis itu ke lengannya.

RYAN-ELLISE - Mungkinkah Ada Cinta?Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ