Bab - 6

1.1K 55 12
                                    


LAMBAT-LAMBAT dia mengekori langkah Ryan ke lif. Ryan menekan butang dan berpaling ke ke belakang. Menunggu Ellise sampai di sebelahnya. 

"Why? You terasa nak ubah fikiran?" Ryan tahu gadis itu sedang berfikir banyak. Tentulah tentang apa yang bakal berlaku sebentar lagi. Dia sendiri hampir tidak percaya gadis yang tak sampai 24 jam dikenalinya ini bakal menjadi teman tidurnya. Bukan untuk malam ini saja. Malah dia boleh memaksa lebih dari itu.

Ting! Pintu lif terbuka. Dan Ryan tarik lengan Ellise masuk bersamanya. Bukan dia bimbang Ellise lari, tapi geram dengan tingkahlaku gadis itu yang tidak berkutik langsung dari tadi. Sebelah tangannya laju menekan butang bernombor 15.

"What do you want from me, Ryan?" soalan yang sama ditanya berulang ulang. Sungguh dia tak faham apa yang ada di dalam hati Ryan sebenarnya. 

"Nothing. Like I said earlier, a revenge! To show how happy I am without her."

Ellise tahu pada siapa perkataan 'her' itu Ryan tujukan. Sudah tentulah Andrea!

"And, you puas hati?"

"Yes."

"What about me? You sanggup laburkan seratus ribu ringgit untuk tidur dengan perempuan yang you kutip tepi jalan. Andrea called me what? A dirty piece of trash!"

"Then, you sanggup tidur dengan Dato' Bernard, playboy tua tu? You preferred him over me?"

"No!" dengar nama Dato' Bernard yang tua dan nampak miang itu, tekaknya sudah meloya. Inikan pula mahu menemani dia hingga ke katil.

Ryan senyum sinis. Ah! Perempuan seperti Ellise mungkin awal-awal saja jual mahal. Konon mahu tunjuk baik. Entah-entah, sebelum ini dia sudah biasa berpeleseran ke disko-disko dan mengikut jantan-jantan mabuk pulang ke rumah. Lagilah mengenangkan Ellise yang berbual mesra dengan

Harry di majlis tadi. Tapi.... kenapa bila berbicara dengan dia, Ellise tak semesra itu?

Ting! Lif berhenti dan pintunya terbuka lebar. Ellise mendongak. Dadanya mula berdetak hebat.

"Come!" tak mahu lepaskan genggaman tangan, Ryan tarik Ellise menyusuri koridor hinggalah sampai di depan pintu rumahnya.

Sebuah kondo mewah yang baru dibeli dan diubahsuai sepenuhnya 6 bulan yang lepas. Sejak berpisah dengan Andrea, kondo lamanya sudah dijual dan dia menetap bersama orang tuanya buat sementara. Hanya sesekali dia tidur di kondo ini pada malam minggu ataupun ketika lewat habiskan kerjanya di pejabat dan apabila dia begitu malas mahu balik ke Ampang.

Tangan Ellise dilepaskan dan kunci dikeluarkan dari poket seluarnya. "Masuklah!" pelawa Ryan ketika pintu sudah terselak lebar.

Ellise menapak masuk, memijak lantai marmar berwarna krim. Di depan mata, sebuah meja makan diperbuat dari kaca dengan empat buah kerusi berwarna hitam. Pinggan dan gelas wain tersusun di atas meja. Dihiasi pula dengan bekas lilin berkaki. Chandelier yang tergantung di atasnya dari kristal berbentuk diamond berjuraian ke bawah. Sungguh cantik! Di belakang meja makan pula, dinding kaca telus memisahkan dari ruang tamu.

Ryan tarik tangan Ellise semula melepasi sofa berwarna krim dengan kusyen bercorak kontemporari berwarna hitam. Segala dalam kondo ini berlatarkan warna krim, putih dan hitam. Dari perabut hingga ke langsir.

"This is your home?" tanya Ellise sedikit teruja. Namun dia harus percaya yang lelaki kaya seperti Ryan mampu miliki segalanya. Tengok sahajalah kondo mewah ini. Segala-galanya perfect dari kacamata seorang perempuan seperti dia.

RYAN-ELLISE - Mungkinkah Ada Cinta?Where stories live. Discover now