Bab 44 (AKHIR)

802 8 0
                                    

SETAHUN BERLALU

RUMAH keluarga Harry dikunjungi Ryan dan Ellise bagi menziarahi Qaseh yang baru saja keluar dari hospital selepas melahirkan bayi lelaki. Cepat betul benih Harry melekat selepas mereka selamat diijabkabulkan. Balik dari berbulan madu di kota London dan Paris, tak lama selepas itu Qaseh disahkan mengandung.

Harry yang tak mahu berenggang dengan putera sulungnya, mahu Qaseh berpantang di rumah keluarganya. Puan Sri Nazihah juga amat berbesar hati untuk manjaga pantang menantu perempuannya. Cukup teruja kerana inilah cucu lelaki pertama dalam keluarga mereka.

"Comelnya Harash!" Ellise cium pipi gebu dan kemerahan dalam bayi dalam gendongannya tak jemu-jemu. Sudah hampir 15 minit dia mendukung Harash, seakan mahu dia bawa balik Harash ke rumahnya sekarang juga. Geram!. Cemburunya pada Qaseh yang punya anak secepat ini. Sedangkan dia....

Entahlah! Ryan bilang dia masih belum bersedia mahu punya anak. Masih belum puas mengulit tubuh Ellise setiap malam. Ryan tak mahu berkongsi kasih-sayang Ellise dengan orang lain.

Qaseh tersenyum. Dia yang sedang bersandar belunjur di atas katil hanya memandang Ellise yang sedang mendodoikan anaknya di dukungan. Elok pula Harash tak banyak ragam hari ini sedangkan semalam, seharian dia asyik menangis.

"Ellise.... He fell asleep already. Put him down, will you?" suruh Rayan dalam nada perlahan. Tak mahu membangunkan si kecil.

Dari tadi, dia asyik mengerling isteri yang leka dengan Harash padahal ketika itu dia rancak bersembang dengan Harry. Hati kecilnya berbisik. Ellise tak sabar punya anak kah? Setakat ini, Ellise tak pernah menyuarakan keingininan untuk mengandung. Atau mungkin, Ellise takut mahu berantanya kerana awal-awal lagi dia sudah nyatakan tak mahu punya anak untuk 2 atau 3 tahun ini. Mood bulan madunya, masih lagi berlarutan. Belum puas dia 'bercinta' dengan isteri yang cantik lagi 'hebat' seperti Ellise.

Ryan bimbang, jika tiba-tiba Ellise didapati mengandung, Ellise akan hilang keinginan untuk melayaninya 'sehebat' sekarang. Lebih-lebih lagi membayangkan lekuk tubuh Ellise yang bakal berubah menjadi gemuk! Dia tak sanggup sama sekali jikalau tubuh seksi lagi menggiurkan milik Ellise bakal berubah bentuk.

"So bro, kau bila lagi nak ada baby?" tiba-tiba Harry bertanya sebaik sahaja Ellise letakkan Harash di atas katil bayi bersebelahan katil besar Harry dan Qaseh. Sengaja dia mengajukan soal bayi di hadapan isteri masing-masing

"Aku? Isyhh... tungguh dululah! Fasa bulan madu aku masih belum habis lagi. Betul tak, sweetheart?" Ryan melirik manja pada isterinya.

Ellise telan liur. Senyuman separa ikhlas terpamir bersama anggukan walaupun hati tidak setuju sama sekali dengan kenyataan Ryan. Eileen kakaknya sudah punya anak, begitu juga Indra dan Christie yang hanya menunggu kelahiran cahayamata sulung mereka. Sungguh Ellise cemburu.

Mengapalah dia berkahwin dengan lelaki yang tak mahu punya keluarga yang lengkap seperti orang lain?

"Iyalah tu. Kau tak sudah-sudah dengan honeymoon. Belum puas-puas lagi ke berkepit?" perli Harry.

Qaseh ketawa kecil. Ryan tu memanglah! Dari sebelum berkahwin, asyik 'merakus' sahaja dengan Ellise. Sudah bergelar suami isteripun, tak hilang sifat romantisnya. 24 jam mahu bepeluk-cium dengan Ellise tak kira di mana.

Dia dan suaminya taklah begitu. Walau Harith agak 'nakal' juga dulu, tapi sejak bernikah, dia harus akui suaminya sudah berubah sepenuhnya. Harith, seorang suami yang penyayang dan bertanggungjawab. Qaseh kini sudah berhenti kerja. Sejak awal kehamilan, dia mengalami alahan teruk dan Harith menyuruh dia lebih tumpukan pada kesihatan, bukannya pada kerjaya. Suaminya lebih dari mampu untuk beri dia makan. Dan keputusan dia untuk menjaga sendiri anak kandungnya, disokong penuh oleh Harith,

RYAN-ELLISE - Mungkinkah Ada Cinta?Where stories live. Discover now