Bab 15

1.2K 47 14
                                    

DARI Ampang, Ryan menyusuri Lingkaran Tengah dan keluar ke Lebuhraya Karak. Seterusnya, Ryan memasuki susur ke Genting Highlands. Ellise yang tadi diam menoleh ke kanan.

"Are we heading to Genting?" bukannya Ellise tak pernah sampai ke Genting Highlands. Sudah berkali-kali keluarganya bercuti ke sana. Malah saban tahun papanya akan naik ke Puncak Genting sewaktu cuti Tahun Baru Cina. Apa lagi kalau bukan pergi mencuba nasib berjudi di kasino terulung di Malaysia itu?

Ryan mengangguk tanpa suara. Sungguh tenang Ryan memandu tetapi hatinya sarat dengan pelbagai andaian. Ellise bakal menurut kehendaknya atau bakal terjadi pertelingkahan lagi nanti?

"Takkanlah kita nak ke Genting macam ni aja? You tengoklah baju apa yang I pakai? Nanti I tak tahan sejuk." Bergaun pendek tali halus ini, mana mungkin Ellise dapat menahan kesejukan di puncak sana.

"I'll make you warm, don't worry."

Terdiam Ellise. Nak berpeluk sepanjang masa?

Mendaki ke puncak Genting dengan jalan yang lengang, sekejap saja Porshe Ryan berhenti di depan Genting Grand Hotel. Ellise kaku di tempat duduk penumpang. Rasa berat mahu keluar sedangkan Ryan sudahpun membuka pintu kereta untuknya.

"We're here." Ryan mengingatkan dan masih menunggu Ellise buka pintu juga.

Ellise hulurkan kaki keluar sambil menyangkutkan tas tangan bertali emas ke bahunya.

Tangan Ellise, segera Ryan rangkul kemas. Seorang jockey menghampiri Ryan.

"Good evening Mister Ryan." Tegurnya dengan ramah dan Ryan membalas. Kunci Porschenya diserahkan kepada car jockey tersebut.

Ryan senyum. Dia membawa Ellise terus ke lobi dan menyuruh Ellise duduk di sette. Tahulah Ellise yang Ryan sudah biasa ke mari sehinggakan seorang car jockey pun sudah mengenali Ryan.

"Wait here for a while,"

"Good evening Sir!" penyambut tetamu yang berdiri di kaunter sedia membantu dengan senyuman manisnya.

"Hye.... I'm Ryan Isaac. Could you please hand me my key card? Club Suite 15-009,"

"Wait a second sir,"

Ryan menunggu sambil itu dia berpaling ke belakang. Memerhatikan Ellise yang sedang resah menantikan apa tindakan Ryan selanjutnya.

%%%%%%%%%%%%

"MISTER RYAN!" penyambut tetamu memanggil dan Ryan kembali berpaling ke kaunter. Di tangan gadis itu ada key card dan segera dihulurkan pada Ryan.

"This is your card and please sign here." Peraturan bagi penghuni Club Suite menurunkan tandatangan bagi tujuan keselamatan.

"Enjoy your stay."

Ryan angguk dan membalas dengan senyuman kecil tanda menghargai pertolongan gadis itu.

Ellise menyilangkan kedua-dua tangan dan menggosok kedua-dua lengannya. Sejuk semakin mencengkam. Diamati ke sekeliling. Rata-rata pengunjung memakai jaket dan ada yang bersweater lengan panjang. Hanya dia yang kelihatan janggal dengan gaun pendek bertali halus mendedahkan keseluruhan bahu.

"Ryan...I'm so cold," Ellise berdiri dan merapati Ryan. Bergetar bibirnya menahan kesejukan. Hairannya melihat Ryan yang nampak bersahaja dengan T-shirt putih body-fit dan jeans berwarna biru gelap. Agaknya otot-otot kekar ditubuh Ryan boleh menebat hawa sejuk.

"Let's have some drinks to keep you warm."

Arghhh! Sunguh lega kiranya Ryan mahu membawanya menikmati minuman panas sekarang ini. Dia terbayang menyisip coklat panas yang masih berasap.

RYAN-ELLISE - Mungkinkah Ada Cinta?Where stories live. Discover now