Bab 28

381 5 0
                                    


TIDUR semalaman lagi di Bukt Tinggi memandangkan Harry belum sihat sepenuhnya. Seronok pula menghabiskan masa sehari suntuk berdua-duaan dengan Harry. Yang Harry pula, buat-buat lupa tentang dosa pahala. Kecewanya ditolak Qaseh secara terang-terangan amat pedih.

Jam hampir 12.00 malam. Ellise dan Harry masih lagi di atas sofa dengan kepala Ellise enak sahaja melentok di bahu Harry.

"You tak mengantuk ke?" Harry mengerling ke sisi. Mata Ellise masih segar bugar, cuma.... dia sudah berhenti bercakap. Agak lama mereka bersembang selepas makan malam tadi.

"I lapar.... ada lagi tak restoran buka at this hour?"

Harry ketawa. Dia dengar banyak cerita dari Ryan yang Ellise kuat makan. "Mana ada lagi cafe buka except mamak stall which I think, jauh dari sini."

"Ala......."

"Jom.... kita naik Genting?" ajak Harry.

"Genting?" Ellise telan liur. Kenangan bersama Ryan berlegar di kepala. Kenangan kali pertama dia dan Ryan.... ahhhh!

"Tak mahulah. Cancelled!" aksi potong leher sendiri, Ellise gayakan.

"Kenapa?" Harry tolak bahu Ellise dan mengiring tubuhnya menghadap Ellise.

Ellise tak menjawab. Hanya anak mata Harry direnung dalam. "You don't have to ask if you already know the answer." Ellise tahan sebak.

Ellise cukup yakin Harry tahu Ryan sudah menodainya malam itu. Eh, salah! Cerita Ryan, dia yang telah me'rogol' Ryan.

"Sorry, my bad. Tak perlu jawab kalau ia menyakitkan." Setitik air jernih di pipi Ellise, Harry kuis dengan jarinya. Jari-jemarinya melekap di pipi gebu dan licin milik Ellise.

Anak mata tetap tidak dilarikan. Mata cantik Ellise, hidung mancung Ellise, bibir seksi Ellise ditatap sepenuhnya. Membangkitkan getar di hati Harry.

Ellise juga sama. Jiwanya berkocak. Harry kawan rapatnya, Ryan dambaan hatinya. Tetapi mengapa Ryan tidak mampu melayani dia selembut Harry?

"Ha.... ryy....." nafas Ellise tertahan-tahan. Berkali-kali dia menelan liur. Bibir yang kering juga sudah banyak kali dikemam, membasahkan dengan air liur sendiri. Cuba mengawal gelodak hati.

Terpukau!

Harry tidak sedar bila masa bibirnya dan bibir Ellise bercantum. Menyedut ulas bibir seksi Ellise, saling mengecap kemanisan. Membias seribu rasa. Ellise pejam mata rapat-rapat, merangkul bahu Harry dengan erat. Lupa siapa Harry pada Ryan.

"Ellise...." Gemersik suara Harry memanpan telinga.

Bibirnya sudah dilepaskan, tapi mata Ellise masih terpejam menikmati sisa-sia kemanisan yang masih tinggal. Dada terasa mengah. Apa yang dikecapi bersama Harry berbeza sungguh dengan apa yang pernah Ryan persembahkan. Kenapa dia harus membandingkan kedua-duanya?

Perlahan-lahan kelopak mata Ellise angkat. Di depan matanya, Harry tersenyum manis. Bibir Harry beralih pula ke ubun-ubunnya. Mengucup lama di situ.

"Will you take me as your wife?"

Harry tersentak. Betul ke apa yang di dengarinya tadi? "Ellise.... I don't know. You, Ryan... It's so complicated."

"Complicated, how?"

Harry mati akal. Lama dia terdiam memikirkan alasan yang realistik untuk menolak secara baik.

"I can convert to Islam if it necessary to."

RYAN-ELLISE - Mungkinkah Ada Cinta?Where stories live. Discover now