Bab 38

352 5 0
                                    


SEGALA botol kosong dan gelas kaca di atas bar counter ditepis Ryan dengan geram.

"Arghhhhhh!" Pecah berderai gelas wain terhempas ke lantai. Mujurlah botol-botol wain yang sudah kosong diteguk Ryan tadi agak tebal, maka hanya retak di sana-sini.

"Ryan!!" Puan Regina menerpa masuk ke lounge. Puas dicari anak lelakinya, rupa-rupanya sedang mabuk-mabuk melepaskan marah di ruang khas untuk meraikan tetamu di tingkat satu ini.

"Botol Whiskey yang masih ada sisa cecair kuning, diteguk dengan rakus. Ryan terhuyung-hayang melangkah ke arah mummynya.

"She's gone, mummy! She's hurting me. Why must her?"

"Ryan..... sudahlah! Ini mama dan papa Ellise datang,"

"Untuk apa mereka datang? Ellise sudah lari!" Ryan silangkan tapak tangan atas kepala sendiri dan mengapitnya ke dahi.

"Ryan.... Papa rasa, Ellise bukan hilang. Dia larikan diri kerana ini." Telefon diserahkan kepada Ryan dengan skrin terpampang dengan aplikasi watsapps. Ada beberapa keping foto yang dihantar ke telefon bimbit Ellise. Photo dia tertidur separuh bogel di atas katil. Di sebelahnya ada Andrea.

"Ooooo shit!!" Ryan tersedar sesuatu. Foto itu dihantar melalui telefon pintar miliknya. Bermakna, ini kerja Andrea?

Ryan renung wajah papa dan mama mertuanya silih berganti. "Papa... mama, it wasn't what you thought. Andrea.... she trapped me. I was at site when two men approached and hit me at the back. I pengsan."

"But, I'm very sure Ellise tak tahu apa-apa. Dari gambar, Ellise tentu fikir you dan Andrea........"

"I'm sorry papa, mama." Tergeleng-geleng kepala Ryan. Sesal dengan apa yang sudah berlaku. Hati mendongkol geram. Andrea!!!

"Jadi... papa sangat berharap Ryan tak rampas restoran papa. Papa dah tak ada bisnes lain lagi." Eddy Chua merayu. Kehilangan Ellise satu hal yang sangat membimbangkan. Ditambah pula dengan perjanjian bisnes yang telah dia buat bersama menantunya. Habislah segala modal yang sudah dilaburkan untuk membuka francais nasi ayam Hainan miliknya.

"No....no, papa! That would't happened, your business is my priority."

Eddie Chua tarik nafas lega. Dia tahu, Ryan bukanlah seorang yang kejam walau kadang-kala dia kelihatan ego dan bongkak.

"Sekarang, kita mahu cari Ellise di mana? Mama cukup risau." Puan Jeyamani menyoal. Suami dan menantunya tak sudah-sudah dengan bisnes. Ellise tidak pentingkah bagi mereka berdua?

"Kita sudah lapor pada polis. Let them buat kerja." Suaminya menyelar. Puan Jeya mendengus.

"I juga dah minta orang-orang I cari Ellise sekitar KL, tapi malangnya belum berhasil." Ryan sugul dan buntu.

"Why not kita siarkan di akhbar?" mummy Ryan membuat usul.

"Tak boleh mummy. Family kita sudah cukup malu dengan wedding reception yang terpaksa dibatalkan. Jika keluar paper, apa pandangan orang ramai pada kita?"

"Just put in small column. Don't mention your name. Letak nama kami pun tak apa." Pantas Puan Jeya mencadangkan.

Ryan mengangguk kecil."Let see how. Thanks mama for the idea."

"Kami balik dulu. Tolong maafkan Ellise dengan apa yang sudah dia buat. Dia terlalu muda, mudah termakan dengan hasutan." Sekali lagi Puan Jeya memohon maaf atas kesilapan anaknya. Kedua-dua tangannya bertaut rapat dan dihalakan pada Ryan.

RYAN-ELLISE - Mungkinkah Ada Cinta?Where stories live. Discover now