Bab - 2

1.2K 44 6
                                    



KELIHATAN seorang lelaki bertubuh tegap tergesa-gesa menghampiri mereka.

"Mr. Ryan" Zaki tundukkan kepalanya sedikit tanda hormat. "Kita harus gerak sekarang. Tuan perlu bersiap untuk majlis amal malam nanti or..... you will be late," Zaki mengingatkan majikannya

Oh! Majlis amal. Ryan hampir terlupa tentang itu. Betul kata Zaki. Ada lagi yang lebih penting harus dititik-beratkan daripada bersoal-jawab dengan gadis 'kelibut' di depannya ini. Ryan berpusing ke kanan, buat-buat tak tahu sahaja dengan soalan Ellise sebentar tadi. Tiba-tiba suara Zaki kedengaran lagi menampan telinganya.

"Dan....." Zaki berjeda sebentar. "Saya dapat berita, Cik Andrea juga akan hadiri majlis amal kelolaan mummy Tuan. Berpasangan dengan Dato' Bernard."

Perkhabaran itu, membuatkan Ryan kaku di situ juga. Mendengar nama Andrea, mengembalikan kenangan lama yang cuba dihapuskan sepenuhnya. Bencinya pada Andrea bukan sedikit. Dan Dato' Bernard? Lelaki yang telah merampas Andrea darinya. Berbakul-bakul sumpah seranahnya pada Dato' tua tak sedar diri itu.

RYAN! Itulah nama yang disebut seorang lelaki yang tiba-tiba datang menegur. Yang menghairankan Ellise, kenapa Ryan terkaku apabila lelaki yang baru muncul menyebut 2 nama lain?. Andrea dan Dato' Bernard? Siapa mereka? Dan mengapa Ryan seolah termenung jauh dan hilang dalam dunianya sendiri?

"Tuan," sehinggalah Zaki menyeru sekali lagi, barulah Ryan sedar dari lamunan panjang. Entah apalah dia mengelamun tadi teringatkan kekasih lamanya.

"Apa Tuan mahu buat? Tuan masih nak hadiri majlis amal tu ke?" Zaki mahu kepastian. Dia bersedia berkhidmat untuk menghantar majikannya ke mana sahaja dia mahu pergi.

Ryan pejamkan matanya sebentar. Cuba mencari penyelesaian.

Tiba-tiba sahaja idea bernas muncul. Sudah tiba masanya dia berhenti menghindarkan diri dari Andrea dan Bernard selepas setahun dia buat begitu. Mungkin malam ini, dia patut tonjolkan diri dan tunjukkan betapa dia lebih bahagia dan berjaya tanpa bekas kekasihnya. Mudah-mudahan rancangannya ini bakal naikkan cemburu Andrea. Biar Andrea rasa kehilangan dan rugi kerana meninggalkannya dulu.

"I tetap akan pergi." Ryan diam sejenak. "Tolong inform penganjur, I'm bringing someone with me." Semasa menyambung ayat, Ryan langsung tidak memandang Zaki. Anak mata Ryan menyoroti wajah Ellise.

Pada mulanya, Ellise terpinga-pinga cuba mentafsir renungan tajam Ryan. Sehinggalah otaknya dapat mencerna kata-kata Ryan pada lelaki di sebelah.

Ellise kerdipkan matanya berkali-kali. Berharap benar, ini hanyalah khayalan semata-mata. Tetapi. bila menyedari dia masih berada di tempat sama, di alam nyata, Ellise berdiri lurus dan berbalas pandang dengan Ryan. Tak mungkin apa yang Ryan ucapkan tadi ada sangkut-paut dengan dirinya? Seramai-ramai perempuan di luar sana, kenapa dia yang dipilih Ryan?

Aksi Ellise diperhatikan Ryan dengan mata bersinar-sinar tetapi cepat cepat dikawal emosinya. Ekpresi wajah 'Do I care' ditayang dengan selamba tanpa riak bersalah.

Setelah beberapa saat berlalu, Ryan masih lagi merenung Ellise. Sedaya upaya Ellise cuba berlakon seolah dia tidak tahu apa-apa. Dalam gementar, Ellise membuka mulut.

"Kenapa you asyik tenung I? Shouldn't you go and pick up your date?"

"I am looking at my date." Hujung bibir Ryan terjungkit. Mata tetap merenung tajam wajah polos di hadapannya.

Tergamam! Jawapan Ryan tak masuk di akal langsung! "I will never go with you. You tak boleh paksa I!" Ellise menjerit marah, bersedia untuk larikan diri.

RYAN-ELLISE - Mungkinkah Ada Cinta?Where stories live. Discover now