Part 26

389 5 0
                                    


RYAN baru buka pintu pejabat miliknya dan mata tertumpu pada Harry yang sedang bercakap dengan Angie.

"Bro! tiba-tiba aje muncul? What's up?"

Harry menoleh. Huh... panjang umur Ryan. Baru saja dia bertanya pada Angie samada Ryan ada di biliknya atau tidak.

Tanpa berlengah, Harry menerpa ke pintu. Ditolak tubuh Ryan ke dalam dan sepantas itu juga penumbuknya melayang ke pipi Ryan. Tersasar ke hidung Ryan.

Angie terjerit. Cepat-cepat Harry tendang daun pintu hingga tertutup.

Tangan yang sakit, Harry legakan dengan mengipas-ngipas di udara.

"Woi!! What's the hell was that?" tangan, automatik menekup hidung. Gila Harrry ni. Kalau tulang hidung mancungnya patah? Kurang saham ke'henseman' miliknya.

"Kau memang patut kena sebiji dengan aku,"

"Tiba-tiba kau serang aku, apa hal? Aku ada buat salah ke?"

"Itu, sebagai reward atas apa yang kau dah buat pada Ellise."

Ryan tersentak. "Owh.... Ellise!. I got it. Kau yang bawak lari Ellise dari kondo aku? Bravo bro!! You are the saviour. Superhero!" Ryan ketawa sinis sambil menepuk bahu Harry.

Harry ketap giginya berlaga atas bawah. Mula geram melihat gaya selamba Ryan. Seolah tak peduli Ellise larikan diri. Bongkak!

"Dia yang minta tolong aku lepas kau berkasar dengan dia. Jantan jenis apa kau ni, Ryan?"

"Why so particular about her? Sebab dia cantik? Oh.. too bad... kau marah sampai tumbuk aku ni, sebab kau tak dapat "redah-siasat" tubuh Ellise yang macam aku dah buat? She had her period yesterday. Pity you...."

"Kurang ajar. Kau ingat aku macam kau? Kau anggap Ellise tu apa? Pelacur?" Harry berang. Sekali lagi tangan cuba dihayung ke muka Ryan tapi kali ini Ryan sudah bersedia. Dapat ditepis tangan Harry dan penumbuknya pula hinggap di pipi Harry, betul-betul di bawah mata Harry.

Harry mengaduh! Mesti lebam pipinya.

"Harry, Harry! Tak payahlah kau nak tunjuk kuat. Dalam boxing class pun, kau selalu kalah dengan aku!" Ryan memerli.

Harry gelengkan kepala beberapa kali. Sampai pening-pening lalat kepalanya dibelasah Ryan tadi. Mana taknya, penumbuk Ryan, 2 kali ganda besar dari genggaman tangan miliknya.

"Disebabkan perempuan murah macam Ellise, kau sanggup nak patahkan hidung aku? Hey.... Kawan jenis apa kau ni?"

"Ellise bukan perempuan murah. Dia pekerja kau, staf Poliklinik MediCity. Tak boleh ke kau bagi muka sikit? You got her virgin. And now, she's in love with you."

"Love? Semua perempuan sama saja. Cinta hanya kerana duit. Ya... dia staf aku. Tapi, kau fikir aku boleh kenal beratus-ratus staf MediCity? Aku kutip dia tepi jalan, Harry! Ellise terlanggar aku, dan aku paksa dia ikut aku ke Charity Dinner. Aku minta dia berlakon untuk buat Andrea cemburu. And luckily, aku yang selamatkan dia dari dibida orang lain. Seratus Ribu! Kalau bukan aku, dia tentu kena ratah entah lelaki mana malam itu." Panjang lebar Ryan menerangkan dan inilah kali pertama dia bercerita bagaimana dia boleh terbabit dengan seorang gadis bernama Ellise Chua.

"Aku tak rasa dia mata duitan." Suara Harry mula mengendur. Dia rebahkan tubuhnya ke kerusi.

Ryan senyum sinis lagi. Jari telunjuknya di goyang beberapa kali di depan wajah Harry.

"Kau jangan mudah percaya pada perempuan! With Andrea, aku dah belajar sesuatu. Walau aku kurung Ellise dalam kondo aku, aku dah bayar dia dengan banyak."

RYAN-ELLISE - Mungkinkah Ada Cinta?Where stories live. Discover now