Bab - 13

1.1K 51 5
                                    


ARGHH!! Ryan ni, memanglah!. Tak perlu menunggu hujung minggu, keesokan harinya tiba-tiba Ryan terpacul di lobi Poliklinik MediCity ketika Ellise baru 'punch out' sebaik sahaja syifnya berakhir.

Baru sekejap tadi dia menukar unifom klinik ke pakaian kasual untuk pulang ke rumah. Janji yang dibuat bersama Qaseh, mahu ke Restoran Murni cawangan Kepong selepas habis kerja. Sepatutnya Ellise akan terus mengambil monorel ke stesen Titiwangsa dan Qaseh akan menjemputnya di sana.

"Hai.... nak balik ke?" senyum Ryan.

Ellise mengerling. Habis, dengan beg sandang di bahunya ini, Ryan fikir dia mahu ke padang bola?

"Hai... er you ada appointment with Dr. Danny?" Ellise berharap sangat yang Ryan akan mengiayakan kata-katanya.

"No... I came to see you."

"Why so fast? Sunday night is too far away."

"Let's having dinner." Ryan mengajak. Secara kasar, mengarah Ellise makan malam bersamanya.

"Sorry, I have dinner date with someone else." Tak hiraukan Ryan, Ellise keluar melalui pintu kaca automatik. Jam di tangan di teliti. Masih awal lagi. Qaseh agaknya belum habis kerja. Janjinya sekitar jam 7.30 petang, barulah dia akan bertemu Qaseh.

"Ellise...." Pergelangan tangannya dicekup kuat.

Ellise terkejut. "What are you doing?" Ellise cuba tarik lengannya, namun sekuat mana tenaga perempuannya mahu bebas dari cengkaman Ryan?

"You ada date dengan siapa?" berputik cemburu Ryan. Entah mengapa dia tidak suka Ellise melayan lelaki lain. Ellise pernah berkata, dia lelaki pertama. Jadi, segala milik Ellise, hanya untuk tatapan dia seorang walau belum sempat lagi dia meniduri Ellise.

"You peduli apa? Suka hati I lah nak keluar dengan siapa yang I suka?" Ellise ketap bibir. Datang tak diundang, tiba-tiba menyoal begitu. Walau bagaimanapun, Ellise tak boleh menyekat Ryan. Poliklinik MediCity milik Ryan dan tentulah dia boleh datang sesuka hati.

"I won't let anybody to touch you."

"You ni kenapa, hah? I'm not your girlfriend, not even your wife neither. So please....." Masih bertelagah dan cuba leraikan pautan Ryan di pergelangan tangannya. Ellise marah. Sangat-sangat marah sekarang ini.

"No one could ever refuse my order." Tegas Ryan. Mudah sahaja dia tarik Ellise ke kereta milikknya yang elok terparkir di depan klinik. Siap menyilangkan seat belt ke tubuh Ellise. Bimbang Ellise akan meluru keluar dari kereta.

"I hanya nak keluar dinner dengan Qaseh. Takkan itu pun tak boleh?" separuh menjerit Ellise sekali lagi.

Ryan yang baru menghidupkan enjin kereta terpempan. Oh! Cemburu butanya sia-sia sahaja.

"Give Qaseh a call and cancel your plan. Tell her I'm bringing you out tonight."

"No way!" jeritannya bergema semula. Kalau hari-hari begini, telinga sendiri harus pekak agaknya.

Ryan ketawa sinis. Kereta sudah pun bergerak meninggalkan klinik. Ellise hendak membantah? Kirim salam la....

"You bet!" sinisnya Ryan lagi.

Ellise memuncung."I hate you!" sudah banyak kali Ellise meluahkan benci, namun tak dapat Ellise membohongi hati sendiri. Benci, hanya mainan di mulut. Jiwa berkali-kali mengatakan sebaliknya. Ryan buatlah apa sahaja, paksalah apa pun jua. Ellise harus mengaku, dia sudah jatuh cinta pada Ryan.

RYAN-ELLISE - Mungkinkah Ada Cinta?Where stories live. Discover now