Bab 23

471 6 0
                                    


MIMPI ngeri dikejar lembaga yang menakutkan, tiba-tiba Ellise terbangun. Terkebil-kebil bila mendapati dia kini bukan lagi di dalam sebuah hutan yang gelap-gelita. Sekarang dia berada di atas katil bercadar serba putih, Oh! Dia di dalam bilik Ryan sebenarnya.

Ellise meraba sebelah. Ryan tiada. Ke mana dia pergi?

Membalut tubuh dengan selimut, Ellise keluar dari bilik. Matanya terpandangkan peti TV yang sedang terpasang. Ryan sedang menonton rupa-rupanya. Kenapa dia tak buka sahaja TV di dalam bilik?

"Ryan......" Ellise membongkok di belakang kepala Ryan. Tersentak lelaki itu.

"Kenapa bangun?"

Ellise senyum hambar. "Bad dream." Jawab Ellise perlahan.

"Come here!" Ryan menepuk-nepuk paha sendiri.

Faham dengan permintaan Ryan, Ellise berkalih ke depan Ryan. Teragak-agak dia mahu duduk. Tangan, Ryan hulurkan dan Ellise jatuhkan sebelah tangan ke tapak tangan Ryan. Ryan geleng beberapa kali.

"Kenapa mahu malu dengan I?" sebelah tangan Ryan lagi tarik selimut di tubuh Ellise dan mudah saja ianya terlorot ke lantai. Pantas disauk pinggang Ellise duduk di pangkuan, membelakanginya.

"Feel comfortable in your own skin?" tangan yang melingkar di pinggang Ellise diperketatkan. Dagu, Ryan sangkutkan ke bahu Ellise. Dikucup bahu Ellise bertalu-talu.

Ellise angguk. Sudah tentu dia rasa nyaman dan selesa. Kalau boleh dia mahu begini sampai bila-bila.

"Paha you tak lenguh ke?" sejam sudah berlalu. Rancangan di TV entah apa-apa Tak ada minat untuk Ellise mahupun Ryan untuk terus melekat kepadanya.

Ellise pusingkan kepala. Rupa-rupanya Ryan sudah terlelap. Ellise mahu turun dari pangkuan tapi Ryan menahan.

"Don't move."

Tak jadi Ellise teruskan niat untuk bangkit. Hanya menunggu tindakan Ryan seterusnya."I sejuk. You tak sejuk ke?" soal Ellise. Bila difikir-fikirkan, tak mungkin Ryan kesejukan kerana dia berada di atas pangkuan Ryan sedangkan tubuhnya pula, terdedah pada hawa dingin tanpa sebarang alas.

"Sejuk ke? I tahu cara nak panaskan you." Leher jinjang Ellise mula dielus serata menggunakan bibirnya. Tubuh Ellise bergelombang. Menegak naik seluruh bulu romanya.

"Rrrrr..... yan......." Ellise merengek. Faham sangat dengan jawapan Ryan tadi. Mestilah tak lain tak bukan dari.....

Tak sempat berfikir panjang, tubuh Ellise sudah bergolek ke sofa. Sama-sama mengiring dan Ryan betulkan kedudukannya agar kedua-duanya baring dengan selesa.

Tubuh yang kedinginan, mula menyerap haba tenaga Ryan. Nafsu yang terus menjala, menusuk nadi tak pernah berhenti.

Biarpun harus menongkah arus, terpaksa juga memudik perahu ke hilir, Ryan cekal menjadi pelayar tegar hingga dapat mencari daratan untuk berlabuh.

%%%%%%%%%%%

KEPALA yang beralas dengan dada Ryan, Ellise dongakkan. Ryan masih lagi lena.

"Ryan......"

Sungguh dia hairan, ketika bersama Ryan dia mudah sahaja lelapkan mata. Kalau di rumah sendiri, dia terkebil-kebil sampai dinihari. Haish... Ryan, seperti candu buat Ellise. Sekali terhidu, khayalnya hingga lupa dunia sekeliling. Mimpi ngeri pun tiada kalau tidur dalam pelukan Ryan.

"Ryan... bangunlah! I nak balik.," Kali kedua dia menyeru. Susah pula Ryan mahu buka mata.

"Stay longer, please. I belum puas peluk you."

RYAN-ELLISE - Mungkinkah Ada Cinta?Where stories live. Discover now