Bab 25

390 5 0
                                    


LOCENG ditekan beberapa kali. Resah hatinya sejak mendapat panggilan dari Ellise. Suara Ellise sedang menangis membimbangkan hatinya. Ini kondo Ryan. Tapi..... di mana Ryan?

Ellise terhencut-hencut ke pintu. Beg sandang di bahu dan ballerina shoe dijinjing. Dia mahu cepat pergi dari sini. Ryan! Perasaan benci pada lelaki itu semakin meruap-ruap.

"Ellise?" wajah pucat Ellise dengan rambut yang tidak terurus direnung.

"Harry!" terbang kasut di tangan. Terus sahaja Ellise benamkan kepalanya ke dada Harry. Menghamburkan tangisan sekali lagi.

"Tolong bawa I pergi dari sini. Please..... tolong I." mendayu-dayu suara Ellise. Tubuh Harry dipeluk erat.

Harry terkaku. Tangannya teragak-agak mahu memeluk Ellise. Apa yang sudah berlaku? Kenapa Ellise menangis sampai bengkak-bengkak mata?

"Ellise....." Rambut Ellise yang ikal dan kelihatan mengerbang, Harry lurut dengan jari-jarinya.

"Where is Ryan? What he did to you? Did he hurt you?"

"I don't know. Dia dah kelaur. I nak balik... please.... tolong hantar I balik."

"But Ellise.... I don't think so Ryan suka apa yang you buat ni. I'm sure dia akan cari you."

"Then, bawa I pergi jauh dari sini. I tak nak jumpa dia lagi. I hate him!" Ellise kesat air mata dengan belakang tapak tangan. Kepalanya menjenguk ke lantai mencari kasut.

"Kenapa dengan kaki you?"

"Later I cerita. I kena cepat. I bimbang Ryan balik semula ke sini." Ellise sedar dia terleka dalam kesedihan tadi bila saja ternampak Harry. Sekarang, dia harus ajak Harry cepat-cepat tinggalkan kondo Ryan.

"Where to?" Harry bertanya sebaik sahaja Porshe Panamera GTS yang dipandunya mula bergerak keluar dari perkarangan Regalia Residence.

"Anywhere... asalkan Ryan tak dapat cari I." Ellise teresak-esak semula.

Harry berfikir sejenak. Setelah yakin dengan hala tujunya sebentar lagi, dia menoleh pada Ellise sebentar.

"Before that.... tell me. What had happened between you and Ryan? Dah dua hari Ryan hilang. Hari ni pun dia tak masuk office,"

"He was with me. Until.... an hour ago. We had a big fight and he......" Dalam sisa tangis, Ellise mula bercerita.

"Go on..... tell me all. What he had done to you?"

Dan Ellise menyambung cerita tadi. Sambil itu juga sesekali Ellise sapu air mata yang terjurai ke pipi. Hampir sekotak agaknya tisu dalam kereta Harry digunakan Ellise.

"He did what? Oh my!" tergeleng-geleng kepala Harry mendengar cerita Ellise di penghujungnya. Kisah yang berlaku sebelum Ryan keluar dari kondo sendiri entah ke mana pergi. Sungguh tak disangka Ryan sampai hati memaksa Ellise sebegitu rupa.

"Kita ke Bukit Tinggi, boleh?" Harry nekad membawa Ellise bersembunyi untuk beberapa hari. Esok dia mahu bertemu Ryan dan membuat perhitungan dengan kawan baiknya. Akan diajar cukup-cukup lelaki itu bagaimana mahu melayan seorang perempuan, bukannya sebagai pelacur!

Ellise angguk. "Sebelum tu, boleh you bawa I pergi beli pakaian?" Ellise teringat. Hendak cepat tadi, dia hanya angkut beg sandang sendiri yang dibawa sebelum ke annual dinner tempohari.

"Okey...." Harry membelok di simpang lampu isyarat dan menuju ke arah Ampang Point. Mujurlah dia belum keluar lagi dari pusat bandaraya.

Masing-masing diam selepas itu. Hanya kedengaran alunan lagu dicorong radio. Lagu baru dari kumpulan De Meises dari seberang mendayu-dayu menyapa telinga.

RYAN-ELLISE - Mungkinkah Ada Cinta?Where stories live. Discover now