Bab - 4

1K 47 5
                                    



PANGGILAN dari pembesar suara mahu Ryan ke belakang pentas dengan segera.

"It won't be too long." Janji Ryan. Agak berat hati mahumembiarkan Ellise keseorangan. Lebih-lebih lagi, Andrea dan Dato‟ Bernard belum lagi muncul di hadapannya.

Ellise mengangguk dan tersenyum. Memang tak patutlah dia mahu menegah Ryan dengan urusan majlis besar ini walaupun dia tahu dia bakal tercangak-cangak di tengah-tengah keriuhan tetamu.

Gelas fruit punch disua ke bibir sekali lagi. Nyaman terasa bila minuman sejuk itu melalui kerongkongnya. Seketika kemudian, terasa bahunya ditepuk seseorang.

"Hello there,"

Ellise tersentak. Segera direnung tajam wajah lelaki yang tiba-tiba mahu beramah dengannya.

"Opss, sorry! I'm Harry, Ryan's best friend." Harry hulurkan tangan untuk bersalaman.

Ellise tekesima. Oh... mungkin inilah best friend Ryan yang disebut Regina Isaac tadi. Yang sentiasa ada bersama setiap malam Isnin sewaktu makan malam bersama Ryan.

"I'm Ellise Chua."

"Chinese? Lol.... I ingat you ni Malay. You don't mind I cakap Melayu? Because I'm Malay actually,"

"You are?" Ellise pula yang tercengang. Lelaki tampan di sisinya ini berkulit cerah dan miliki sepasang mata yang amat sepet. Matanya sendiri bulat dan besar.

"Actually.... my real name is Harith. Harith Eizlan. Tapi..... Ryan yang tukar nama I pada Harry."

Ellise ketawa perlahan. Harith! Sedap nama itu. Dan.... dia kelihatan lebih Chinese dari Ellise sendiri.

"I macam tak percaya Ryan ada best friend. It's just, he seems so......." Ellise tak berani menyambung.

"Mean? Rude? Cold? Scary? I could go on all day." Harry menambah dengan penuh yakin.

Ellise mengikik perlahan. Itu sebenarnya yang bermain di fikiran sejak bertembung dengan Ryan awal pagi tadi.

"Yeah... macam tulah lebih kurang. Macam mana you berdua boleh jadi kawan baik? If you don't mind me asking."

"Kami berkawan sejak kecil. Dulu... our parents juga berkawan baik. Sama-sama di sekolah menengah dan masuk kolej bersama. Jadi, kami tak pernah berpisah. Even now, I dan Ryan ada business partnership juga. Percaya tak kalau I beritahu you, Ryan wasn't always as cold and ruthless as he is now?"

"You mean, what he is now, because of Andrea?"

"Ryan told you about Andrea?" wah, satu kemajuan ni. Ryan boleh berkongsi perihal kisah silam dengan gadis lain?

"Not much. Ryan just told me, Andrea was his ex. That's all,"

"Hmmmm.... what about you? You ada boyfriend?"

"Kalau I ada boyfriend.... you fikir, I sanggup ke datang sini temankan Ryan?"

Dan selepas itu, perbualan mereka bertambah rancak. Sesekali mereka ketawa lepas. Ellise senang dengan cara Harry melayannya. Tidak seperti Ryan yang angkuh. Ellise hairan bagaimana mereka berdua boleh berkawan baik.

"Mana girlfriend you?" terintai-intai Ellise ke sekeliling. Takkanlah lama berbual begini, tak ada sesiapa mencari Harry?

"I came by myself. No girlfriend,"

RYAN-ELLISE - Mungkinkah Ada Cinta?Where stories live. Discover now