Bab - 10

1.1K 43 15
                                    


ZAKI menyimpan semua beg-beg kertas yang dibawa Ryan dan Ellise ke dalam bonet Lexus RX. Pada mulanya dia terkejut juga apabila Ryan menyuruh dia menjemput bosnya itu di depan Pavilion. Tak pernah-pernah lagi Ryan ke mana-mana bersendirian tanpa dia.

Akan tetapi, apabila terpandangkan Ellise yang berdiri sarat dengan beg-beg kertas di kiri kanan tangannya, barulah Zaki faham. Sudah tentu Ryan diheret Ellise ke sini. Ellise yang nampak polos dua hari lepas, mula dipandang serong. Semua perempuan di KL ni sama saja! Asal dibawa ke katil, mesti mahu dibalas dengan imbuhan barangan berjenama dan mahal-mahal belaka. Zaki bimbang, peristiwa lama akan berulang sekali lagi. Mungkin juga suatu hari nanti, Ellise juga akan tinggalkan Ryan untuk seorang lelaki yang lebih kaya?

"Puas hati now?"

"Ermm... yes. Thank you so much belanja I." Meleret senyuman Ellise. Perempuan mana yang tak suka kalau ada lelaki budiman yang sanggup habiskan beribu-ribu ringgit untuknya? Takut hendak mencongak, sudah berapa banyak Ryan belanjakan. Biarlah dia tak tahu keseluruhan jumlahnya.

"So.... what's next?"

"Apa?" soalan Ryan, Ellise balas dengan soalan juga.

"You nak buat apa lagi? I mean... what's your plan for the rest of the day?"

"Ermm.... you tak nak balik office ke?" bila teringatkan pejabat Ryan, terbayang lagi bagaimana kelatnya wajah 2 orang receptionist di lobi bangunan Medic Corp. Tercengang-cengang Dahlia dan Serina melihat dia bergandingan dengan CEO Medic Corp yang tampan lalu di depan kaunter resepsi.

Wajah kelat kedua gadis itu bertambah kelat bilamana dengan sengaja Ellise menyauk lengan Ryan. Sambil itu dia menoleh ke kaunter dengan senyuman bangga. Yang seronoknya, Ryan tak pula marah. Malah, membiarkan sahaja lengannya dipaut hingga mereka selamat keluar dari bangunan tinggi Medic Corp.

"Hey.. berangan!" peha Ellise ditepuk kuat.

Tersentak Ellise. Pijar terasa kulit mulusnya. Sudahlah dia hanya mengenakan skirt pendek petak-petak gaya Scottish di atas lutut. Bila dia duduk, skirtnya tersingkap dengan separuh pehanya terdedah.

"Aww.... sakitlah!" marah Ellise sambil menggosok peha sendiri. Ganas betul Ryan. Patutlah Andrea lari!

"Siapa suruh berangan? I tanya... you nak buat apa lagi? Shopping some more?"

"Ermm.... let me think!"

Ryan mencerlung. Cara Ellise menjawab, macam ada satu rancangan yang besar saja dalam kepalanya. Janganlah dia minta yang bukan-bukan. Risau juga dia....

Ellise senyum. "You selalu pergi enjoy tak?"

"Enjoy? Where? Mana ada club buka lagi petang-petang begini?

"Aiseyh..... you fikir, kalau nak berhibur kena pergi kelab aje ke?"

"Then, you nak bawa I ke mana?"

"Zaki.... tolong bawa kami ke The Curve Royale Bintang ya?"

"Okey miss,"

"Hah? Hotel? Are you sure?" berkerut dahi Ryan. Ellise mahu mengajaknya ke hotel? Di kepala sudah terbayang yang 'satu' itu. Jangan-jangan Ellise sudah bersedia untuk.....

"Let's go ice skating." Ajak Ellise riang.

Ryan tersentak. Terbang tanggapan buruknya sebentar tadi. "Skating?" tanya Ryan semula seolah payah untuk mempercayai ajakan Ellise.

Ellise mengangguk. Itu cadangan awalnya pagi tadi. Selepas ambil beg sandang di pejabat Ryan, dia mahu ke gelanggang ais yang sudah berbulan tidak dikunjunginya. Sejak mula bekerja di Poliklinik MediCity, masanya begitu terbatas. Hobinya yang satu itu, terpaksa dilupakan buat sementara waktu.

RYAN-ELLISE - Mungkinkah Ada Cinta?Where stories live. Discover now