Bab 24

429 6 0
                                    


USAI makan tengahari yang agak lewat hari ini, Ryan cempung Ellise untuk masuk ke bilik semula.

"I bosan baring atas katil." Sebelah tangan yang merangkul leher Ryan tadi, ditunjukkan pada sofa di ruang tamu.

"Are you sure?"

"Yes.. very... I nak tonton TV di situ. Kalau dalam bilik, mudah sangat I tidur." Tilam empuk dalam bilik Ryan, dia senang terlena. Lagilah, sebelah malamnya hanya tidur-tidur ayam. Ryan bukan beri dia peluang untuk tidur. Pantang dia pejamkan mata, mulalah tangan si 'Sotong Kurita' menjelajah tubuhnya sana-sini.

"Fine.... you boleh rest atas sofa but don't walk around," Ellise diturunkan ke sofa putih. TV dipasang. Ellise hanya perhatikan Ryan bersiap untuk keluar bagi membeli barang-barang yang dipinta Ellise tadi.

Iyalah sangat Ryan berjanji mahu keluar sekejap sahaja. Panjang senarainya. Termasuk dengan 'Kotex', pencuci muka dan gel mandian kegemaran Ellise. Harus berjam-jam Ryan habiskan masanya di luar.

Ellise senyum sumbing. Dapat juga dia mem'buli' Ryan yang kuat mengarah itu. Ubat yang dibekalkan Dr. Danny laju bertindakbalas dengan tubuhnya. Sekarang, badan Ellise tidak lagi panas dan sendi-sendi yang lenguh di'kerja'kan Ryan semalaman tidak terasa lagi.

Ellise betulkan duduk dengan naikkan kedua-dua belah kaki ke atas sofa. Dengan berlapikkan kusyen kecil, dia rehatkan badan dengan mengiring. Mata tetap terarah pada TV. T-shirt besar kepunyaan Ryan tersingkap naik ke pangkal pehanya, Ellise biarkan saja. Bukan ada sesiapa yang mahu tengok!

"Ellise......"

"Hah?" disangkakan Ryan sudah keluar. Tadi yang dia dengar pintu sudah ditutup, itu apa?

"You belum keluar lagi?" Ellise tertanya-tanya. Namun mata dapat menangkap sorotan anak mata Ryan di bawah perutnya. Baru dia tersedar.

Tangan Ellise yang mahu tarik t-shirt yang tersingkap, ditepis. Ryan senyum.

"You sengaja tayang seksi untuk I, tak bagi I keluar ke?"

"Hah? Bu..... bukan!" Ellise rasa tak tenteram. Anak mata tajam Ryan tetap tidak berkalih dari tempat tadi. Tanpa sedar, tapak tangan menekup di situ. Mengiring sambil mengepitnya dengan kedua-dua belah peha.

Ryan ketawa besar. Ellise... Ellise! Masih lagi malu-malu dengannya padahal sudah berapa puluh kali dia menyentuh, mengelus dan menakluki apa yang cuba diselindungi Ellise dengan tangannya. Entah-entah sudah beratus kali. Dia sendiri tidak dapat mencongaknya.

"You nak keluar, keluar ajelah. Tak perlu nak ketawakan I?"

"You halau I? Ini rumah I.... suka hatilah I lah nak buat apa pun."

"Ryan..... please," Ellise gerun. Ryan sudah menunduk. Tangan yang terkepit tadi, berjaya Ryan tarik keluar.

"You suka sangat goda I."

"Mana ada?"

"You turn me on!" Ryan sengih miang. Pantas sahaja t-shirt besar yang Ellise pakai dileraikan dan tangan mula merayap ke dada Ellise. Yang putih gebu dan kenyal itulah yang paling menjadi kegemaran Ryan sejak tubuh Elise berjaya ditaklukinya.

"Ryan... no! You tak puas-puas lagi ke? I letih," Ellise merayu sungguh-sungguh."Pleaseee..... at least, save it for tonight. Can you?"

Serta-merta tangan Ryan berhenti dari aksinya tadi. Tangannya beralih ke leher Ellise. Berkalih tubuh hingga menelentang sambil merangkul dan tarik Ellise meniarap ke atas badannya.

Bibir Ellise dikucup semahu-mahunya sehingga dia puas. Mendesah-desah Ellise kelemasan hinggalah Ryan lepaskan bibirnya dan tersenyum manis.

"Okey....you can sleep now. Don't move!" Kepala Ellise ditarik ke bahunya. Ryan lingkarkan kedua-dua belah tangannya ke belakang Ellise. Merangkul erat tubuh Ellise. Nyaman dan sungguh enak bila dada gebu Ellise meghimpit ke dadanya.

RYAN-ELLISE - Mungkinkah Ada Cinta?Where stories live. Discover now